Sabtu 12 Sept 2009 (semalamlah)… Pagi2 lagi aku dengan wife balik ke Banting untuk check rumah mak bapa aku kat Banting… Lama juga tak jengok…. So, pukul 8.30 pagi aku bergerak dari Damansara…. Tujuan sebenarnye balik ni sebab aku nak pergi memborong kerepek2, kacang2 dan lain2 lagi untuk raya tahun ni… bukan tahun ni jer aku buat macam tu, setiap raya aku rasa…. Bila kata Banting orang akan fikir Jawa kan…memang Banting ramai orang Jawa…. Bila kata orang Jawa mesti kita ingat diaorang ni rajin buat kerepek untuk jualan bagi menambah pendapatan keluarga…. Aku bukan orang Jawa tau… Jadi kat kawasan aku ni ramailah pengusaha kilang2 kerepek…. dan harganye memang murah berbanding di Kuala Lumpur ni….

Kilang kerepek di Sg.Lang, Banting, Selangor…

Sampai2 je aku terus ke kilang kerepek tu, mak datok ramai giler orang dah macam pasar…. bila dah masuk je dalam kilang tu, nak bergerak langsung tak boleh…. oiuuuii tak pernah aku tengok macam ni…. selalunye kosong jer… siap boleh berlari2 lagi…. aku dengan wife pun ambil apa yang patut…. tangan bersilang2… takut aku H1N1…. Kat sini jer aku spent dalam RM120.00 jer…. macam2 dapat… Nak bayar je dekat 40 minit… punyalah panjang Q…. peluh dah mencurah2 dah kat dahi….

Dah settle semuanye aku pun balik ke rumah mak aku…. tengok apa yang patut, baring kejap, kemas kejap dan mbil apa yang patut… mak aku pesan macam2…. Pukul 12.00 tengahari aku dan wife bertolak balik ke Damansara…. sebelum singgah kejap kat rumah jiran… Pakcik tu cakap kat Sg.Kelambu lagi murah kalau nak borong kerepek… triiiiinnggg….. otak aku berputar…. best juga ni…. tanya wife aku nak pergi tak…. dia kata tak kisah, apa lagi aku pun ke sanalah jawabnye…. Sampai kat kilang tersebut, orang taklah ramai macam kilang pertama tadi…. santai sekit…. banyak juga pilihan, dan yang pentingnye harganye lebih murah dari kilang tadi… nyesal tak pergi kat sini…. Aku spent lagi RM50.00, tapi banyak giler aku dapat…. Kalau kata harga kilang pertama RM10.00, kilang yang kedua ni RM7.00…. apa kata korang….???? Bezakan….

Selesai memborong, aku pun teruslah bertolak balik….. Nak dijadikan kisah dan kesabaran dalam bulan Ramadhan ni….. sampai kat Telok Panglima Garang, tayar kereta aku pecah…. itupun selepas ada sebuah kereta hon aku bagitahu….. berhentilah tepi jalan tengok…. mak aaiii KEMPIS habis…. rupanye tayar tu siap koyak dari dalam…. yang hairannye aku tak rasa apa2 pun semasa memandu…. dengan terik matahari pukul 1.00 petang…. aku pun keluarkan spare tyre dan jack…. dah lama aku tak tukar tayar…. Alhamdulillah berjalan dengan lancar…. tapi peluh tak hingat donia mencurah2…. dahlah barang penuh bonet dan sit belakang…… dalam setengah jam je aku dah settle tukar…. kemas balik kereta… terus cari kedai tayar….. teringat pulak kat Klang ada kedai tayar branded tapi harga murah berbanding KL… aku selalu ke sana dulu….

2 biji tayar belakang yang terpaksa ditukar serentak….

Sampai2 je mak aaii sekali punyalah ramai orang, dah macam pasar…. aku pun membatalkan niat ke kedai tu…. tapi aku ada satu lagi kedai yang murah…. hehehe…. ramai juga tapi taklah ramai macam tadi…. Tukar tayar bahagian belakang 2 biji…. RM300.00 melayang…. tayar tu pun sebenarnye dah nak kena tukar…. nak jadi ceritalahkan…. Pukul 5.00 petang aku masih lagi di Klang…. Lama sikit sebab ramai orang, lagi2 nak buat alignment…. dalam 5.30 petang juga aku bertolak ke Damansara…. Adoi penat giler….. tekak Masya-Allah hausnye sebab tukar tayar tadi….. Wife aku dah pening kepala dah menunggu tukar tayar punyalah lama…. kesian aku tengok…. tak pernah pun bawa dia ke kedai tayar sebelum ni….

Sampai rumah dekat pukul 6.10 petang…. sampai2 je terus masuk bilik, landing kat katil….. sedar2 anak buah Melly aku jerit suruh bangun….. tengok jam dah dekat pukul 7.10 petang…. terperanjatlah jawabnye….. naik pening kepala…. rasa baru kejap je aku tidur…. Masa tengah tukar tayar tu, hati aku dah berkata aku nak buka je lepas ni….. haus giler2….. tapi nasib baik aku tak ikut hati…. kalau tak nanti berpuasa 7 lah aku (puasa 6 + 1 hari ganti….)…. Makkk Aiii Penat Giler……

About these ads