Hari Isnin lepas aku berada di Damansara sebab ada hal yang aku kena settlekan sebelum aku balik ke Banting… Hal penting dan macam2 lagi hal sampingan… Yang penting settlekan hutang2 bulanan… Hutang loan rumah, hutang maintenant, bil internet, bil air dan macam2 bil lagilah…. Walaupun lepas tu poket kosong, tapi perut taklehlah dikosongkan juga… Hehehehe… So untuk jalan2 cari kolestrol kali ini, aku bawa korang ke sebuah restoran yang agak famous di One Utama ni… Siapa yang minat lagu2 Korea, pasti akan mencuba juga menu dari negara Korea itu sendiri…. RESTORAN SEOUL GARDEN

Kali ni aku, wife aku Iena dan adik aku yang suka mengekor aku Anor ke restoran tersebut… Sibuk benor nak suruh abangnye bawa makan kat sini… Atas permintaan sejagat, aku tunaikan…. Dan untuk pengetahuan korang juga, lokasi Restoran Seoul Garden ni adalah terletak di bahagian New Wing One Utama… No. Lot  LG345…. Tingkat LG… Wah siap promote lot lagi….

Kat sini ada 2 bahagian restoran… Satunye adalah cafe yang berada di bahagian luar restoran iaitu Breek Cafe dan untuk makan menu Korea ini adalah di restoran sebelahnye iaitu Seoul Garden…. Yang merupakan juga restoran favorite Tun Dr. Mahathir Mohamad (bekas PM Malaysia)….

Kat sini menunye ada Ala Card dan juga menu buffet… Yang paling best sekali adalah menu buffetnye… Sebab kita akan merasai kesedapan menu dari negara Korea itu sendiri… Cara makannye pulak adalah dengan membakar dan merebus makanan yang telah kita ambil di bahagian hidangan…. Korang nak cekek seberapa banyak mana pun boleh sebab kita dah bayar untuk harga buffet…. Menunye takkan habis…. Sentiasa akan direfill oleh staff….

Ini adalah pembuka tirai aku untuk makan tengahari Isnin tu… Padahal kalau korang tengok lepas tu berpinggan2 aku makan… Tapi aku makan nasi cuma beberapa sudu jer, selebihnye benda2 lain yang dipanggang…. Dari daging, ikan, ayam, cendawan, tiram, scallop, lobak putih, rebung, sayuran, udang, dan macam2 lagi…. Memang puas hati kalau korang makan kat sini….

Sup kali ini aku pilih Sup Kimchi…. Kimchi merupakan makanan atau menu tradisional negara Korea…. Kalau korang selalu layan cerita atau rancangan Korea, pasti akan tahu apa itu yang dinamakan Kimchi… Kubis panjang yang diperap dengan bahan2 tertentu dan kemudiannye dihidang terus… Memang sedap sangat Kimchi ni… Di restoran ni Kimchi dipelbagaikan, ada dari kobis panjang, ada dari cendawan, ada dari timun @ zukini…. Tapi yang paling sedap adalah dari kubis panjang…. Dan merupakan tarikan utama pelanggan ke Restoran Seoul Garden ni….

Terdapat sos special darirestoran ini… Satu warna hijau dan satu lagi yang berwarna merah… Yang paling sedap untuk dicicah dengan makanan yang kita bakar tu, aku pilih yang merah….

Dekat 2 jam setengah aku bertiga dalam restoran ni… Kenyangnye jangan cakaplah…. Penat bersenam selama seminggu… Dalam masa 2 jam jer habis semuanye tak tercover… 

Dah settle semua makan berat, kat sini juga ada disediakan desert @ pencuci mulut… Padahal pemenuh perut… Antara hidangannye adalah aiskrim pelbagai perisa, ais batu campur (buat sendiri), puding, buah2an dan macam2 lagi…. Tak termakan sebenarnye kat sini…. 

Nah ambil engko..!!! Licin… Sangat2 mengenyangkan…. Kat sini ada sesetengah menu kita kena habiskan, kalau tak habis diaorang akan tingbang dan akan dicharge entah berapa ringgit lagi sebagai denda pembaziran… Ingat senang2 jer nak buang makanan… Itu adalah cara untuk kita tidak melakukan pembaziran…. Aku sangat sokong undeng2 (ala2 gaya P.Ramlee) tersebut…

Dah kenyang mulalah buat perangai yang bukan2… Dah macam orang mabuk kalau korang tengok kitaorang kat restoran ni hari tu…. Tapi suasana di dalam restoran ni memang relaks dan santai… Cuma kedengaran bunyi sizzling dari hotplate atas meja masing2…. 

Kat belakang aku tu adalah ruang untuk kita ambil menu buffet tersebut…. Memang best… Korang cubalah nanti kalau datang ke One Utama yer… Kalau tak tahu nak ke sana boleh ajak aku sekali, tapi korang belanja aku yer…. Ohhh lupa pulak, harga untuk buffet di Seoul Garden ni agak2 ehem2 jugalah… Tapi untuk mereka yang nak merasakan menu makanan yang baru, aku rasa ianye tak menjadi masalah kot….

Wife aku ambil gambar 2 orang yang telah kekenyangan tanpa pengetahuan…. Maklumlah perut tengah penuh, semuanye pening2 lalat lagi…. Oklah nanti aku sambung lagi aktiviti hari tu…. Sehari suntuk sampai ke malam aku di luar menguruskan segala urusan dan kebajikan wife dan adik aku…. 
About these ads