30 Disember 2007…. Aku, Hazlan dan Bert….. Geng mendaki gunung….. Tapi kalau takde Bert aku tak pergi…. sebab dia ni macam tok batinlah….. dalam geng kami….. pengalaman yang banyak dalam meredah hutan….. dan setakat Gunung Nuang ni dah berpuluh kali dia panjat…… Motivasi dia pun bagus bagi mereka yang baru…. pembakar semangat…….

Kalau yang sebelah kiri sekali… Hazlan…. dia ni pun banyak juga pengalaman dalam kerja2 meredah hutan dan gunung-ganang…. tu masa badan dia fit..lah… kalau sekarang ni…. jawabnya orang yang paling last sekali sampai dengan jarak masa yang lama pulak tu…… tapi semangat dia aku kagum walaupun dia istimewa…..

Yang aku pulak diorang cakap macam pelancong Jepun…. dengan stokinnya dan seluar track panjang….. sebenarnya aku ni takut dengan pacat….. dari kecik lagi macam tu…… tapi masuk hutan tersangatlah suka……. selalu ikut bapa aku redah hutan dalam Selangor…….