Ni first time ke Gunung Nuang, Hulu Langat…. Atas ajakan dan minat tu aku setuju pergi….. 3 hari juga kitaorang ber camping kat sana…. seramai 13 orang semuanya…. depa2 tu semua otai2 cuma aku dan budak cina tu je baru berjinak2 dalam arena redah meredah hutan ni…. Dari kiri : Raymond… Hazlan… Aku… dan Bert…..

Perjalanan bermula dari tempat daftar masuk (Pejabat Jabatan Hutan)… Time tu pun dah pukul 6 petang baru nak bergerak…. sebab kitaorang hari Sabtu tu ramai yang kerja… so tunggu semuanya sampai baru bertolak…. Belum apa2 lagi bergambar naik habis memory camera….. tak sampai 1 km pun lagi….

Dah dekat pukul 7 dah ni… jauh lagi perjalanan…. kitaorang kumpulan yang paling lambat sampai….. itupun sebab temankan si Hazlan ni… sebab kaki dia tak kuat macam dulu… nak tinggalkan pun kesian…. takut juga apa2 hal… macamana tak pancit, rokok memanjang kat tangan…..

Masa ni dah pukul 8.30 malam… baru 1/3 pejalanan…. berkumpul sekejap rehat sambil kumpul tenaga dan makan ringan2 dulu…. air dah nak habis…. sumber air (sungai) jauh lagi… time nilah yang paling aku kecut perut sebab budak2 ni semuanya kena gigit pacat…. check2 ala2 rupanya aku pun sama kena gigit… tapi seekor je…. apa lagi aku panggillah Bert…. Kita orang ni sebenar baru je lepas kawasan hutan shortcut…. nak naik ke Gunung Nuang ni ada 2 jalan… satu ikut track 4×4…. satu lagi ikut jalan lama… tapi cepat sampai… sebab masing bertolak lambat jadi kitaorang ikut jalan lama… ikut jalan lama ni menyeramkan sebab kita tak nampak track… harapkan lampu suluh sahaja semasa berjalan… dan jalannya sempit dan belukar…. sampai satu tempat tu kitaorang hilang track…. semua dah diam dah tapi dengan kemahiran dan pengalaman Bert… dia boleh tahu jalan mana nak lalu walaupun dan semak samun…. cara dia cari balik track yang betul, dia suruh kitaorang tutup semua lampu suluh yang kitaorang pegang… jadi semuanya dalam keadaan gelap gelita… aku cuaklah juga…. lepas tu dia sorang2 jalan dari point sebelumnya sampai entah mana dia pergi sorang2…. dalam 15 minit lepas tu dia datang balik dan arahkan kitaorang ikut dia…. handal2… masa sampai je kat kawasan kem… dia beritahu mungkin sebab kitaorang tak jumpa jalan tadi kemungkinan time tu musim durian hutan dan yang gemar makan durian dalam hutan ni cuma Harimau je… mungkin Allah tu taknak kitaorang bertembung dengannya…. Alhamdulillah semuanya selamat….

Sampai juga kitaorang…. aku, Hazlan dan Raymond… kumpulan yang terakhir sampai…. dekat pukul 12.30 pagi baru sampai…. susah juga nak memanjat Gunung Nuang ni…. perjalanan waktu malam pulak tu…. sampai2 terus makan malam…. budak2 lain dah lama sampai jadi diaorang setup kawasan khemah dan masak apa yang patut… sakit2 badan… pengalaman aku dalam perjalanan tu…. macam2… satu aku nampak sepasang mata warna merah dalam belukar memandang aku….. lepas tu ada satu kawasan aku dengar bunyi orang mengergah dari dalam belukar… aku diam je…. bapa aku dah pesan jangan nak tegur masa dalam hutan…. Seram2…. heee.ee…heeee.eee……

Aktiviti aku selama 2 hari….. mandi… mandi…. mandi…. bila aku hilang je dari kawasan khemah….. budak2 mesti cakap aku kat dalam sungai….. best giler kat sini….. air dia sejuk giler…. tempat yang aku berendam ni macam tempat urut… air tu kuat macam orang urut…. hilang penat bila dah masuk dalam sungai ni…

2 Mei 2005 …. Tengah nak bersiap sedia untuk balik…. Pukul 11.30 pagi kitaorang bertolak…. Sampah2 semuanya kitaorang masukkan dalam plastik beg dan ikat…. lepas tu sangkutkan atas pokok…. sebab nanti renjer hutan akan kutip… kerja2 berjadual…. tapi mana yang boleh hapuskan kita orang bakar dulu….

Dah nak hampir sampai di Pejabat Jabatan Hutan…. dalam 20 minit lagi sampailah ni…. sempat juga berposing dengan pemandangan pokok2 pine yang ditanam oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dulu…. Tapi nasihat aku kepada mereka yang hendak memanjat Gunung Nuang ni hendaklah ada orang yang berpengalaman dengan tempat ni…. banyak berita tentang orang hilang dan sesat untuk ke sana….. mungkin takbur, riak, bermegah2 dengan kemampuan diri sendiri, dan macam2 lagi, hutan ni boleh mensesatkan kita dengan sekelip mata je….. nikmatilah keindahan alam yang masih ada ni….. syukurlah masih ada lagi kawasan macam ni lagi…. untuk orang2 macam aku yang baru….. tapi sebenarnya gunung ni merupakan gunung untuk buat latihan bagi mereka yang hendak ke Gunung Tahan….. Selamat tinggal Gunung Nuang….