1 Mac 2008…. Kali ni aku lepak dengan kawan2 aku….. Bert dan Kerry….. Saja nak pergi untuk tangkap gambar buat portfolio masing2….. kebetulan ada rumah kat sana (makcik adik ipar aku…. rumah tu buat rumah singgah….) jadi kos penginapan dah tak payah dah….. kitaorang kongsi minyak dan tol je……

Pasar malam di Cameron Highlands…. Kat sinilah kitaorang borong buah2an…. Aku borong jagung Royal… oren Cameron… strawberi….. dan lain2…. naik penuh kereta Bert…. marah kawan tu….

Time ni lepak sarapan pagi kat BOH Tea Centre, Sungai Palas….. tempat pembikinan dan bagaimana teh dihasilkan…. tempat ni tenang giler sebab dibina di dalam ladang teh…… Bert menikmati suasana pagi….

Aku tangkap gambar dia…. Bert tangkap gambar aku….. Kerry entah ke mana…. Tandas kot kalau tak silap aku…..

Pagi2 lagi dah sedut rokok….. Nak berak pun hisap rokok juga….. Mamat ni rasanya tak mandi lagi…… masa kat rumah tadi dia kata nak balik nanti baru nak mandi…. Budak vokey… macam2 perangai….

Nilah dia aksi ‘Poyeng’ di Cameron Highlands…. nampak senang sebenarnya terbelit juga tangan nak buat macam tu….. Kerry je yang boleh buat dengan mudahnya…… 2 Mac 2008 kitaorang balik….. 2 hari je… itu pun dah puas dah…..