Sepetang Di Pantai Morib, Banting, Kuala Langat

Kreativiti adik aku….. dia suruh aku hulur jari dan pegang cincin….. mula2nya aku tak perasan apa yang dia nak buat…. bila dah tengok result dia dalam kamera baru tahu…. idea & kreativiti masing2….. habis tu kalau masuk u tapi tak gunakan segala pembelajaran yang diajar nak buat apa…. bagus3…. bolehah aku pencen dari jadi photographer lepas ni…. jadi bos lah pulak…. pekerja @ pelapis dah ada……

Satu lagi hasil kerja adik aku ni….. entah bila2 entah dia tangkap ni…. merenung jauh di lautan terbentang luas….

Time aku pulak untuk mencari bahan2 untuk dibuat simpanan…. time ni matahari dah mula nak turun (sunset)….. cantik pulak masa ni air laut tengah surut… jadi dapatlah turun kejap….

Dah penat turun dan tangkap gambar, lepak di benteng tepi pantai…… menunggu dan melihat sunset di Pantai Morib….. Lepas ni baliklah….

Tapi sebelum tu apa lagi lapik perutlah dulu…. minum ABC dan makan Sup Cendawan, nasi putih dan telur dadar…..