Setengah Hari Di One Utama, Bandar Utama
Tarikh 31/1/2009 – Hari ni aku jadi baby sitter untuk 3 orang budak….. 2 org anak buah & sorang adik aku….. Time ni kan cuti sekolah & Uitm…. dah lama tak hang out dgn diorang ni kat luar…. jadi aku ambil keputusan buat rancangan secara mengejut…. kalau plan2 ni selalunye mesti tak jadi…. Aktiviti pertama : main bowling…. dah lama aku tak melontar bola ni…. dah dekat 3 tahun….. itupun ada sekali main dengan kawan office…. kalau diri sendiri tu bila tengok member kad Pusat Bowling ni last aku main pada tahun 2006…. lama tu…. dah lonjong dah bola bowling aku dalam beg…..
Gaya macam pemain negara…. tapi strike nye sungguh tak terkata…. tak cukup jari nak kira….. ni kerje adik akulah ni… suka sangat tangkap gambar…..

Yang ni adik aku yang masih lagi belajar di Universiti….. Nama penuh Nur Hidayah Haji Zainal… ambik course Creative Multimedia…. asyik mengadap laptop je kerjenye…. sampai malas nak buat kerje rumah bila cuti….. Kalau nampak sebelah aku tu akak aku…. entah macam mana boleh datang pulak kat sini… Time ni nak lepas geram aku saje main 5 frame…. booking 2 lane sebelah2…. rasa nak tercabut lutut dan tangan dibuatnye…. malam mulalah badan habis sakit2….

Ni pulak anak buah aku nombor 2…. nama Muhamad Nur Izzat Rosli Bin Dato’ Seri Prof Dr. Muhamad Rosli Che Wan a.k.a Ijat…. dia ni pun dah mula gila kamera macam Usunye juga… pantang Usunye nak simpan kamera dia mula kecek nak pinjam….. takpe pegang beg ke hulu ke hilir janji dapat guna kamera…. time ni tengah lepak baru lepas main bowling….. nak pergi makan kot….

Lepak kejap kat Starbuck beli chocalate aisblend….. tengah menunggu…. suruh budak2 ni je yang belikan…. malas nak beratur….. Moniter dari jauh je sudah cukup, masing2 dah besar…..

Ni sorang lagi anak buah aku… kakak si Ijat… nama Nur Intan Roslina Binti Dato’ Seri Prof Dr. Muhamad Rosli Che Wan a.k.a Kuteh @ Intan @ Piper…. Aku je panggil dia Kuteh…. Dari kecik aku bela dia, sampai tadika kat Ampang, time tu akulah yang hantar ke sekolah, siap dukung lintas jalan lagi…. alah..alah…alah…. kalau sekarang nak dukung mahu patah pinggang aku jawabnye…..