Hari Pertama Perkhemahan Di Pantai Bagan Lalang, Sepang Pada 8/2/2009
Tarikh 7/2/2009 (4.15 pagi)….. Barang2 yang dibawa untuk camping kali ni…. macam nak tinggal seminggu…. abis dah jadi leader untuk 3 orang lagi… mula2 nak pergi 6 orang, last2 tak jadi pulak pasal kena kerja dan sorang lagi ada kelas….. tak kisah janji aku dapat pergi juga…. bawak anak buah dan anak2 jiran… saje seronok2 lepas tension….
Baru sampai…. Bertolak dari Damansara pukul 9.00 pagi… kononnye nak bertolak lepas subuh, lewat2 pukul 7.30 pagi… last2 terlajak tidur sampai pukul 8.30 pagi…… Sebab nak cari ayam, ikan, udang dan lain2 ramuan utk BBQ malam ni kat Gaint Kota Damansara…. Pasal dah terlambat bangun kitaorang cadang cari semuanye kat Pekan Salak Lama @ kat Pekan Sepang…. Kitaorang sampai pukul 12.30 tghari…. Ni tengah memandang port mana nak pacak khemah dan dekat dengan kereta….. Kalau ramai seperti yang dijanjikan mulanye pakat nak bawak 2 kereta… jadi banyak kelengkapan boleh bawak… pengabisnye bawak 1 kereta je, kereta si Zarul….. elok juga boleh tong2 duit minyak….. jimat sikit…..
Pukul 1.00 ptg….. dah siap setup khemah dan kawasan unggun api a.k.a dapur masak dalam tanah…. Pasang 3 khemah, 2 utk tidur & 1 utk letak barang lain….. saje buat macam ramai orang utk keselamatan…..
Sengeh seronok sbb dah sampai dan program perkhemahan berjaya dilakukan walaupun tak ramai yang ikut…. tapi kalau ramai pun leceh juga….. kali ni cameraman aku, aku lantik anak buah aku Ijat…. barulah gambar aku ada…. kalau tak itulah masalah bagi semua cameraman, gambar peribadi kitaorang selalunya kurang……

Macam cerita P.Ramlee pulak…. cerita Bujang Lapok…. jalan di kawasan persekitaran Pantai Bagan Lalang…. sini merupakan kawasan pelancongan bagi Negeri Selangor dan merupakan salah satu kawasan pantai yang terbaik dan paling ramai pengunjung…. kat sini juga diorang tengah membuat resort bertaraf antarabangsa…. layoutnya macam planning layout Palm kat Dubai…. masih lagi underconstruction…. 50% siap….. jadi pantai terpaksa di kawal dan pekerja2 sentiasa berkawal utk mengutip apa2 bahan pembinaan yang hanyut…. tapi pantainye still bersih…..

Balik ke khemah balik….. lepak2 sambil bincang nak buat apa malam ni….. tapi yang penting makan mesti siap juga malam ni….. lama tak borak dengan anak jiran ni….. Nama yang baju putih tu Zarul Zaid Bin Halil…. umur baru 25 kot tak ingat… dia ni lulusan kolej mana entah bidang masakan…. dulu dia kerja dengan Chef Ismail & Angkasawan Negara Sheikh Muzaffar di Restoran Rebung….. lama juga dia kerja kat situ…. sekarang ni dia kat Restoran Ali Cafe di Kelana Jaya…. Bab masak lauk2 kahwin, untuk restoran, untuk makan beradap dan katering orang kahwin semua dia dah buat….. ukiran pd buah2an seperti tembikai memang dia handal…. jadi kali ni dia jadi kitaorang punya tukang masak…. yang belakang tu adik dia Zarul Zamir Bin Halil…. budak sekolah tingkatan 5 kat Bangsar…. dia ni bab angkat2 barang memang rajin…..

Yang ni merupakan penganjur majlis dan tester masakan dari Restoran Buluh pulak….. bab menambah rasa masakan serah pada ku…..

Dari kawasan khemah kitaorang, jarak ke sempadan pantai cuma 400 meter je…. sekarang ni air tengah pasang….. jadi aktiviti ke pantai ditangguhkan sebentar sbb air penuh dalam pukul 4 petang….. jadi aktiviti berborak dan melayan perasaan je yang boleh dilakukan…..

Nilah anak buah aku….. Muhamad Nur Izzat Rosli Bin Dato’ Seri Prof Dr. Muhamad Rosli Che Wan a.k.a Ijat….. anak kakak aku…. kalau tak kakak dia pun ikut juga dalam trip ni…. tapi kena kerja dan ada kawan dia kahwin…. baru tingkatan 4 di sekolah Damansara Damai…. kalau bab2 camping ni, mesti dia sibuk nak ikut…. tapi rajin….. pasang khemah ni dialah yang pasang…..

Pukul 5.30 ptg….. Si Zarul dah mulakan kerjanye…. tengah prepare bahan untuk peram ayam, udang dan ikan…. laju je dia buat kerja… maklumlah dah biasa, kalah org perempuan di dapur….

Tugasan aku untuk menyalakan unggun api….. waktu bertugas aku mula pukul 7.00 malam, kalau nyalakan sekarang buat abis kayu arang je…..

Relaks je dia buat kerja….. tapi memang dia ni handal pasal masak-memasak…. tengah siang ikan selar buat ikan bakar malam ni…. siap nak buat air asam lagi….. yang ayam buat panggang je dan udang juga…. tapi dah peram dengan bahan apa entah… sedap gila….

Pukul 8.00 malam….. Masa yang ditunggu2…. makan time….. ni tengah usaha memanggang apa yang patutlah ni…. mula2 menu pertama ‘ayam’…. lepas tu dengan hidangan ‘ikan bakar’….. dan seterusnya…. udang…. kiranya udang ni macam pencuci mulut @ makan kuaci….


Yang jadi punca pegang lampu suluh tu pasal kitaorang lupa nak bawa lampu camping…. cuma bawak lilin 6 batang je…. tapi cepat abis….. penganjur terlupa kerana terlalu seronok nak pergi….. terpaksalah menggunakan lampu suluh utk check menu dah masak ke belum…. yang terang ni pasal flash camera aku….

Lupa pulak aku…. tambah 1 lagi menu dalam trip ni iaitu Lokan…. petang tadi ada sorang India tu datang naik motor dekat khemah kitaorang tanya kitaorang makan tak benda ni…. aku cakap memang makan tapi susah nak dapat, selalunya kat Johor je banyak benda ni, jadi aku belilah 2 kilo…. adalah dalam 14 biji….. buat rasa je…. benda ni macam kepah dan isinya manis bila di bakar…..

Bila dah masak biasanya cicah dengan cili sos je…. tapi aku buat2 macam ala2 makan siput Italy tu “Es Cargo”…. tapi memang manis betul Lokan ni…. nyesal tak beli lebih….. bapa aku cakap Lokan ni kalau masak rendang pun sedap… ni yang nak beli lagi bawak balik ni…..

Ijat pun bukan main makan benda ni…. padahal dia ni elergi seafood…. dekat 4 biji dia makan… Alhamdulillah takde apa2…. kalau dia alergi keliling mata dia bengkak…..

Time ni pukul 11.45 malam…… Makan malam dah lama settle dah….. masa untuk minum malam…. buat kopi dan teh… cicah dengan biskut yang memang dah dibawa dari rumah….. perut kenyang gila…. makanan tadi pun ada lagi, jawabnya buat sarapan pagilah…..

Malam dah mula berangin….. sekarang ni bayu darat…. sejuk dah mula terasa…. jadi kitaorang duduk tawaf unggun api untuk dapatkan haba….. sikit….. sambil2 makan kacang ngan yin….. Ijat tak sudah main kamera aku….. elok juga aku dah malas nak tangkap gambar sbb perut dah kenyang…..


Pukul 1.00 pagi….. Post terakhir sebelum masuk tidur….. itu pun Zarul je yang terus tidur…. Aku, Ijat dan Amir jalan2 ke pantai….. malam tu bulan mengambang penuh jadi tak perlu sangat lampu suluh kat tangan…. kalau ketam kecik punya lah banyak…. merayap2….. bila dekat dia hilang masuk lubang….. budak2 tu punyalah seronok kejar…..