Hari Ke Dua Perkhemahan Di Pantai Bagan Lalang, Sepang Pada 8/2/2009

Pukul 8.30 pagi…. Lepak kat luar khemah…. time ni masing2 belum mandi lagi….. nak terjun laut sejuk…. nak mandi kat toilet bayar, pun sejuk juga….. jadi kitaorang cadang basuh muka dan gosok gigi dululah kat khemah….. lepak melayan angin pagi….

Muka budak sekolah tak mandi pagi….. kita orang memulakan sarapan pagi dengan air kotak… nak buat air panas kayu api dah habis…. tinggal baranye je…

Nilah sarapan pagi kita orang pagi tu….. Lokan yang dah dibakar malam tadi… dan udang….. yang Lokan tu kitaorang letak atas bara yang masih ada tapi udang kitaorang makan terus…. di samping biskut yang masih banyak lagi…. airnye, air kotak soya, mangga, dan laici…. serta air mineral dari kedai runcit kat Pekan Salak Lama…… Kenyang juga……

Pukul 10.30 pagi…. Baru balik dari toilet bayar yang jaraknye lebih kurang 400 meter dari tapak khemah kitaorang…… tengah berborak dengan akak yang berkhemah sebelah dengan kitaorang…. Geng diorang dari Seremban, dekat pukul 7.30 malam baru sampai…. dia lagilah satu khemah sampai 5 orang…. 2 dewasa 3 kanak2….. yang bestnye mula2 dia datang nak tumpang sidai baju kat ampaian kitaorang, lepas tu datang lagi nak pinjam ligther, tak lama tu tanya kitaorang macamana nak nyalakan kayu sbb diorang dah try tapi tak menyala….. mula2 tu Zarul pergi tolong, yang aku jaga makanan yang tengah di bakar…. tengok macam lama sangat jadi aku pergilah pulak…. macam mana nak menyala ada ke akak tu curah minyak masak punyalah banyak kat kayu api dia…. orang letak sikit je, itu pun bila dah ada api sikit…. patutlah tak menyala….. dengan kepakaran dan fire starter yang kita orang ada, akhirnye menyala juga unggun api akak tu…..

Muka tak puas hati sebab dah nak balik dah….. lepak dulu, tengok gelagat orang di tepi pantai… tapi tak sedar orang tengok gelagat kitaorang entah macamana entah….

Pukul 12.00 tghari….. Masa untuk beredar dan mengemas barang2 dan kawasan khemah supaya orang lain dapat menggunakannya….. tinggal nak tanggalkan khemah je….. kitaorang bertolak balik lebih kurang pukul 12.45 tgahari…… itupun singgah Banting kejap….. malam lepas Isyak bertolak balik ke Damansara semula, Zarul dengan adiknye balik ke Bangsar dalam pukul 12.00 tgh malam….. esok dia kena kerja… aku dan Ijat lepak rumah lepaskan penat….. Insya-Allah kitaorang lepas ni pun nak datang lagi tapi nak bawak budak2 lain pulak….