HOSPITAL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (HUKM)

Pas Menunggu Pesakit – Mana dapat? Sebab apa? Siapa sakit? Sakit apa? Macamana keadaannya? Dah ok ke? Dah boleh balik rumah? Nak makan apa? Dan macam2 lagi soalannya…

Semua tu tadi sama ada ikhlas ditanya atau buat syarat je sebab nak tunjukkan keprihatinan diri kepada seseorang…. Aku dah masak dah dengan soalan2 tu…. tapi yang menanggungnya adalah aku…. telefon berdering2 (macam pakai telefon rumahlah pulak bunyinya..) tak… tak… aku tukar bunyinya kepada bunyi lagu ‘LOW’… rancak sikit….

Aku sekarang terpaksa menghadkan masa untuk memblog aku untuk memberi ruang untuk aku berada di Hospital….. Sebenarnya bapa aku sakit dan berada di dalam wad sejak 9 Mac hari tu…. Puncanya dia mengadu sakit perut, perut keras, senak perut, demam, kulit dan mata kuning… dah sahlah ada kaitan dengan hempedu…… sebab dulu dia pernah dimasukkan ke wad sebab batu dalam hempedu 2 tahun lepas…. kemuadiannya pulih semula…. bila discan batu tersebut semakin mengecil….. dengan pengambilan ubat khas tersebut semuanya berjalan dengan lancar….

Pada 7 Mac (Sabtu) lalu, pukul 5 pagi aku dikejutkan oleh deringan phone aku dari mak aku, jantung aku dah mula berdengut laju…. apahal pulak ni…. sebab bapa aku sejak akhir2 ini tak berapa sihat….. mak aku cakap bapa aku sakit perut dan meresah tak dapat tidur…. badan dia lemah…. bapa aku minta untuk di hantar ke hospital untuk pemeriksaan….. sebelum ni bila kitaorang ajak pergi hospital langsung dia taknak pergi…. tapi pagi tu dia sendiri yang suruh mak aku bawa ke hospital…. serius ni…. aku dah tak senang duduk…. aku pulak dah janji dengan clien tengahari ni…. pukul 8 pagi aku call mak aku bertanyakan tentangnya…. mak aku kata dia dah ok semula…. senang hati aku….. tapi apa2 pun aku akan bawa juga ke hospital….

Sampai di Banting dah petang, bila tengok bapa aku dah tak larat nak bangun…. makan pun sikit…. tapi dia tenang je time tu…. bila nak ajak ke hospital dia mula malas nak pergi…. aku rasa mungkin salah makan…. tu punca perut dia sakit….. pagi pukul 3 tu dia mula muntah, tapi hitam… aku syak takut darah beku…. pukul 8 pagi aku call doktor keluarga aku untuk datang rumah…. setengah jam lepas tu doktor sampai…. pemeriksaan dibuat….. lepas tu dia panggil aku dan kakak untuk berbincang di luar bilik…. apa yang difahamkan berkemungkinan bapa aku ni ada pendarahan dalaman…. lagilah aku panik…. sampai macam tu sekali… sebelum ni sihat walafiat…. doktor syorkan hantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut….

Kebetulan baris rumah aku ni ada jiran tu kerja kat Hospital Banting…. Jadi minta dia hubungi hospital untuk dapatkan khidmat ambulans…. Alhamdulillah dapat, sebabnya bapa aku dinasihatkan untuk baring kalau hantar dgn kereta terpaksa membongkok sedikit dan satu lagi dia tak dapat nak berjalan…. Dalam 15 minit tu ambulans sampai…. jiran2 dah penuh kat rumah bila dengar bapa aku sakit….. Aku yang tak pernah2 naik ambulans, ikut naik sekali…. Sampai hospital terus ke wad kecemasan…. sampel darah dan urin diambil… untuk test kat lab….. Dari pukul 10 pagi sampai pukul 4 petang menunggu, keputusannya semuanya normal….. aku bukan nak merendahkan hospital daerah…. kalau tengokkan diaorang ni tak profesional langsung…. dengan keputusan yang ada diaorang takde alasan untuk memasukkan bapa aku ke dalam wad…. cuma dapat masuk air dalam badan sebotol dan antibiotik sahaja…. Bila ditanya tak perlu ke buat scan…. doktor tu boleh cakap hari Ahad, semua tutup untuk buat scan…. bullshitlah….. punya doktor…. boleh pulak cuti2…. pesakit bolehlah dibawa balik…. dengan kenderaan sendiri…. dia tak bagi pakai ambulans untuk bawa balik….

Aku contact balik jiran aku tu untuk minta tolong, jiran aku tu terus contact kawan dia, tak lama lepas tu ambulans dah stanby dengan lobi kecemasan…. pakai orang dalam lagi senang…. bullshit sekali lagi kat doktor tu…. Aku akan boikot terus Hospital Banting….. Dulu mak aku pun macam tu juga keputusan cantik je, bila bawa ke HUKM result nye pada dalam keadaan kritikal… nasib baik cepat…. Nanti aku ceritakan pasal mak aku pulak…. di lain entry…..

Pakat adik beradik untuk bersiap sedia apa2 sahaja kemungkinan bila di bawa ke HUKM…. diaorang ni memang profesional dan mempunyai pakar2 yang diikhtiraf…… Dan kitaorang ambil keputusan untuk membawa bapa aku pada pagi 9hb Mac 2009 ke HUKM…. Sesampai sahaja di HUKM tanpa berlengah kakitangan HUKM telah bersiap sedia untuk menerima sebarang pesakit…. diaorang telah sedia menunggu di depan lobi…. tak macam Hospital Banting, kita pulak kena cari attenden yang entah mana2 perginya….

Satu demi satu pemeriksaan di jalankan apa punca sehinggalah satu keputusan secara kasar menunjukkan sesuatu telah berlaku pada bahagian Penkreas bapa aku….. dari pukul 10.30 pagi aku sampai hingga pukul 7.00 petang (6 jam) barulah doktor boleh mengesahkan bahawa bapa aku perlu ditahan wad….. segala proses mencari apa punca penyakit aku lihat…. segala kerja2 scanning (x-ray, ct scan, ultrasound) aku ikut sebab aku seorang je yang berada di dalam kecemasan…. yang lain2 duduk di luar….. cukup aku puas hati dengan kerja kakitangan HUKM….. sama seperti kejadian yang menimpa mak aku tahun lalu…..

Jadi kepada follower2s aku, doakan kesihatan bapa aku sepanjang beliau berada di HUKM ini serta kesihatan diri aku juga untuk menjaga dan menguruskan bapa aku sekarang ni…. Aku akan update dari masa ke semasa tapi tak seperti dahulu…. Arios Amigos….