Pukul 4.00 petang tadi, aku bertolak dari rumah aku di Flora Damansara menuju ke HUKM Cheras untuk membawa keperluan harian dan makan kepada mak aku yang setia menemankan bapa ku yang sedang sakit di sana. Semalam bapa ku telah dipindahkan katilnya ke katil lain, sebelum ni diletakkan di kawasan hujung Wad Surgeri 1…. itu pun aku complain sebab dekat sangat dengan tandas dan kawasan pengumpulan kain2 cadar pesakit dan sisa buangan… masuk kali ini dah 4 kali katil bapaku dipindahkan… mula2 tu Katil 14, lepas tu Katil 24, kemudian Katil 12 dan last sekali ni Katil 15… kali amat aku puashati… sebelum ini entah apa2 alasan diorang berikan…. wad penuhlah… tapi memang wad ni penuh sesaje… yang kesiannya, mak aku sebab dia yang duduk menemankan bapa aku…….

Tag nama bapa aku…. Katil 15 Wad Surgeri 1…. Yang atas kabinet tu barang mak aku je yang lebih…. Barang bapa aku sikit je….

Sampai di HUKM dah dekat pukul 5.00 petang, terus ke Wad Surgeri 1 bapa aku… dan tanyakan apa yang mak aku nak makan malam ni….. mak aku pun bukannya sihat sangat, dia pun baru lepas operation hati tahun lepas….. 2 bulan dalam Wad Surgeri 2, lama juga masa untuk pulih…. tahun ni giliran bapa aku pulak yang sakit….

Nilah mak aku….. kalau bergambar susah sangat nak senyum…. entah apa2 reaksi muka je dia buat… tapi dalam hati siapa yang tahu…. risau sebenarnya tu…..

Yang inilah bapa aku Haji Zainal Bin Haji Osman…. Gambar ni aku tangkap malam tadi 1/4/2009…. Kesian bapa aku, hari dah 3 hari dia kena puasa untuk kosongkan semula perut dia….. sebelum ni dia sihat dah… dan macam2 dia nak makan…. ayam golek lah, nasi gorenglah tapi sebenarnya dia tak boleh lagi makan2 benda2 macam tu… siap letak kain atas kepala sebab dia tak suka silau lampu…. yang tu dia tengah buat latihan paru2…. tengah tiup alat ukuran sedutan…. tapi hari ni paru2 dia tak berapa bagus…..

Nak dijadikan cerita dan pengalaman, sebelah katil bapa aku adalah seorang pesakit berbangsa cina yang baru dipindahkan pagi tadi…. macam pernah lihatlah cina ni….. rupanya dia adalah pesakit yang sama wad ICU tempoh hari…. dia ni duduk di hujung kaki katil bapa aku dulu….. tengok dia dah sihat dah… cuma masih pakai topeng oksigen…. kalau tak silap aku dia ni sakit cancer usus…. dah operation dah tempoh hari….. dan dia merupakan salah seorang pesakit yang bermasalah…. sebab masa dalam ICU dia cabutlah tiub2 yang ada kat badan dia…. alat pernafasan dia tanggalkan, dahlah tu dia tak reti cakap melayu dan tak faham pulak bahasa melayu…. punyalah bising…. pening nurse2 yang ditugaskan untuk jaga dia…. degil pulak tu…..

Tapi petang tadi dalam pukul 5 lebih tu dia macam tersedak…. masa tu aku lalu sebelah dia, ada jugalah aku jeling2 kat dia dan dia pun pandang kat aku juga…. aku buat tak tahu je…. bini dia tadahkan kahak dia tapi bunyi macam orang berkumur pandang ke atas….. macam biasalah aku tengok… tiba2 tu mata dia pandang ke atas macam orang tercekik tapi relaks je dan mula lemah…. bini dia dah terjerit2 dah panggil nama laki dia tu bagi sedar kot… tak lama tu juga keadaan jadi huru hara dengan family dia jerit2, anak2 dia nangis panggil nama bapak dia…. bayangkan 7 orang punya suara….. nurse2 dan doktor datang kelang kabut buat sesuatu kat cina tu…. macam2 alat bantuan hayat diaorang bawa…. aku yang berada kat sebelah dengar je…. tirai diaorang dah tutup….. mak aku, aku suruh dia pergi tempat lain sebab dia lemah semangat…. bapa aku buat tak tahu je…. tidur atau pura2 tidur…..

Dalam bunyi suara2 yang bising2 tu sampai satu ketika semuanya dah tak memanggil nama dah, mereka menangis je terus…. aku rasa dah takde dahlah tu…. tapi tak pasti sebab semua tirai tertutup rapat…. doktor arahkan anak2 dia dan bini dia tunggu luar….. aku rasa dia dah reda dah kot…. sebabnya mesin denyutan jantung masih berbunyi….. dalam tirai tu ada 3 nurse dan seorang doktor….. tengah buat sesuatu….. family diaorang time tu dah senyap dah, kat luar…. dalam hati aku sedih juga bila perkara ni terjadi…. apa perasaan diaorang time tu….

Suasana time tu kembali reda semula…… tirai tu masih lagi ditutup…… masa tu mak aku dah duduk semula kat sebelah cina tu….. yang aku time tu dah ambil air sembahyang nak bacakan Surah Yassin untuk bapa aku…. dan sebelum tu lapkan muka bapa aku dengan kain basah macam biasa…. tengah2 sibuk mengelap muka bapa aku, kain langsir di bahagian kepala pesakit cina tu terselak sedikit….. Masya-Allah rupanya cina tu dah mati dah…… sebab aku aku tengok kepala dia dah diikat dan dipunjut di atas kepala, manakala hidung dia disumbat dengan kapas….. aku mati2 ingatkan dia masih hidup…. rupanya nurse2 dan doktor tadi sedang membersihkan dan menguruskan mayat dia….. cepat2 aku suruh mak aku duduk tempat lain…. Dekat sejam lepas tu datang troli mayat untuk ambil mayat cina tu… tirai katil bapa aku attenden wad tu tutup rapat…. Subhanallah…… patutlah hati aku tak sedap je time tu…. Walau pun pesakit tu berbangsa Cina, hati aku sedih juga mengenangkannya sebab dia satu wad ICU dengan bapa aku dan kadang2 jadi bahan ketawa aku dengan nurse2 ketika itu…. Ucapan takziah kepada keluarga mereka….

Yang belakang anak buah aku tulah arwah pakcik yang dari Raub, Pahang tu…. Masa ni dia baru lepas operation…

Cerita punya cerita, ada seorang lagi pesakit dalam wad ni pun dah meninggal pagi tadi dalam pukul 4.00 pagi…. tapi dalam wad ICU…. mereka dari Raub, Pahang….. Ni tengah cari nombor telefon bini arwah tu….. sakit batu hempedu…. dah operation…. dah masuk wad bapa ku balik semalam…. mungkin ada masalah kot masa operation, dia bleeding dalam perut dan dimasukkan dalam ICU semula…. malam tadi bila tanya nurse yang jaga dia time tu… rupanya dah meninggal…. Al-Fatihah untuk arwah tersebut…..

Advertisements