Cerita Pasal April Fool

Masa tu aku berada di asrama Sekolah Menengah Vokasional Setapak, Kuala Lumpur. Masa tu tingkatan 4… aku masuk bidang Pengurusan Perniagaan (Business Study)…. bila masuk je sekolah ni orang akan memberikan tanggapan sekolah budak2 jahat…. yang jahatnye budak lain, tapi aku baik…. baiklah sangat…. sikit je, banyak juga yang jahat….

Bila cerita pasal April Fool, aku teringat kisah aku dgn senior aku yg tingkatan 5 tu… nama dia aku tak ingat dah… dia ada lembut2 sikit tapi bukan nyah tau…. setiap dorm ada seorang senior yg ditempatkan di dalam dorm budak tingkatan 4…. kononnye jadi ketualah…. tapi perangai sama je dgn kitaorang…. Malam April Fool tu dah dekat pukul 1 pagi…. semua dorm dah gelap sbb pukul 11 malam je semua diarahkan tutup lampu utk tidur… Senior aku ni tidur dekat sebelah tingkap…. kita orang masa tu dah tidur dah…. yang dia baru masuk bilik, ambil apa entah lepas tu pegi tidur bilik kawan2 dia kat blok lain….. masa dia masuk ke dalam tu dia nampak ada benda putih lalu luar tingkap yang dia nak tidur tu, dia ni kuat agama juga budaknye…. so dia buat tak tahulah… sebab kitaorang ni selalulah buat kerja menyakat macam ni, tak kira bulan apa pun…. 2 kali benda tu lalu…. dia malas nak layan jadi dia pun pegi kat katil tu dan nak tutup tingkap bilik…. Masa dia nak tutup tingkap tulah tangan dia dipegang dek benda putih tu, dia cakap benda tu pegang tangan dia rasa sejuk dr tangan sampai satu badan dan dia pengsan…. yang dia sedar dia dah dibawa ke balik rumah…. cuti seminggu sebab hilang semangat…. kesian2…. apa lah punya hantu….

Cerita pasal hantu ni aku banyak cerita tentang tu… pengalaman dari aku sendiri dan juga dari kawan2 terdekat… dari masa sekolah, universiti, sampailah masa bekerja…. nanti aku ceritakan dalam n3 akan datang…. jangan jadikan malam-malam anda diselubungi…. misteri…..