Keadaan dalam Wad High Deficiency Unit tengahari tadi.

7 April 2009 (Selasa) – Selepas sahaja aku publish aku punya entry pagi tadi, aku mendapat panggilan dari HUKM tapi aku tak sempat jawab sebab aku tengah ada line masuk… bila tengok miss call punyalah aku panik…. mak aku jangan ceritalah dah panik habis dah…. cepat2 aku call balik… rupanya dari wad HDU bapa aku… doktor nak jumpa aku, dan perlukan tandatangan aku…. apahal lak pulak ni….

Keadaan bapa aku hari ni. Lemah sebab terpaksa berpuasa dah masuk 4 hari..

Bapa aku akan dihantar ke Unit Teleskopik untuk scan melalui mulut menggunakan kamera bagi tujuan melihat sekiranya ada pendarahan di dalam saluran yang dibedah tempohari…. aduhai…. sakit tu…. punyalah laju aku bawa kereta, 30 minit tepat dari rumah sampai ke wad HDU bapa aku… dah lama aku tak bawa kereta macam tu… dahlah tengahari orang nak keluar lunch pulak tu….

Dia banyak tidur mungkin ubat bius masih lagi ada dalam badan dia.

Sesampai je kat wad nurse suruh aku tunggu sekejap nanti doktor datang bagi penerangan…. time tu aku tengok bapa aku lemah je sebab diarahkan berpuasa untuk jalani CP Scan (Teleskop)… masuk ni dah 4 hari bapa aku puasa, cuma air dalam botol tergantung je masuk ke dalam badan dia… bapa aku pun hari ni sedar tak sedar je kalau ditanyakan sesuatu…. kejap2 tidur… jadi aku tunggu diluar wad…. ramai pulak orang yang menunggu time tu…. dalam 10 minit lepas tu nurse yang bertugas keluar panggil aku…. rupanya doktor dah masuk, maka satu penerangan menyeluruh pun diberikan…. dari pemerhatian doktor cecair yang keluar dari tiub pada badan bapa aku mengandungi air badan dan nanah… kemungkinan nanah yang keluar tu berpunca dari kebocoran pada jahitan tempohari…. sebabnya semasa pembedahan organ hempedu bengkak dan bila ia kecut jahitan tu longgar dan berlakunya kebocoran… selain itu juga bapa aku mengalami batuk, tekanan dari batuk tu juga pun boleh menyebabkan kebocoran…. itulah sebabnya prosedur ini perlu dijalankan dengan segera….

Setelah bersetuju dengan penerangan tersebut, borang kuning pun ditandatangani oleh aku… bila melibatkan borang kuning, pembedahan kecil juga boleh dilakukan semasa prosedur tersebut…. takpelah kalau itu cara jalan untuk menyembuhkan bapa aku…. nasib baik ianya dapat dikesan dari awal… Scan tersebut akan dilakukan pada pukul 2.30 petang di Unit Endoscopic di tingkat 1…. 3 orang doktor pakar yang memberikan penerangan pada aku ketika itu… time tu jam menunjukkan pukul 2.15 petang… ada lagi 15 minit sebelum bapa aku dihantar ke tingkat satu… aku pun duduk sebelah bapa aku tengok attenden wad menyiapkan alatan untuk bapa aku di transfer dengan oksigennye, alat jagaan/bacaan jantungnye dan macam2 lagi…

Pukul 2.30 petang, doktor masih ada di katil bapa aku untuk check keadaan bapa aku… nak dijadikan cerita dan pengalaman aku hari ini, dalam wad HDU ni ada seorang pakcik tu sakit macam mak aku hati bernanah, dah 3 bulan di ICU dan sekarang ni ditempatkan kat Wad HDU bersama dengan bapa aku…. dah 6 hari dia di transfer di sini….

Nilah alat untuk moniter pesakit. Dari jantung, oksigen dalam badan, darah tinggi, dengutan jantung, tekanan darah dan banyak lagi benda yang aku tak faham…

Masa tu aku pandang2kan juga pakcik tu sementara doktor tengah check bapa aku…. aku tengok alatan bacaan untuk nyawa di atas kepala dia…. daripada ada nombor bacaan 98 untuk nadi, 100 untuk bacaan BP, 122/75 untuk darah tinggi… tiba2 nombor tu jadi kosong dan garisan untuk menunjukkan manusia tu bernyawa menjadi garisan lurus serta bunyi ‘tuuuuut’ yang panjang…. aku pandang pakcik tu dia diam je, takde pulak mencungap2… berdenyut jantung aku… dan kebetulan nurse yang jaga pakcik tu pun masuk dan memandang alat tersebut… dia berlari kat pakcik tu dan memanggil ‘Pakcik… pakcik… buka mata pakcik….’ sekuat2nya…. Staff Nurse tu nama dia Nhada…. dia tepuk2 tangan pakcik tu… tapi takde respond…. aku dah cuak dah…. terus dia panggil staf nurse lain untuk bantu dan kebetulan doktor bapa aku ada kat situ, diaorang pun pegi kat pakcik tu dan dengan segera arahan dan prosedur kecemasan diberikan…. aku takut gila time tu…. bapa aku pun pandang sekali tapi aku alih2kan muka bapa aku…. bertungkus lumus doktor tu beri bantuan pernafasan… dada ditekan terus oleh doktor, alatan elektrik yang diletakkan pada dada pesakit pun sampai…. doktor yang lain segera call seorang doktor jantung…. tak sampai 5 minit berlari doktor jantung tu sampai…. entah apa2 alatan untuk bantuan nyawa sampai…. staff nurse terus kejutkan pakcik tu dengan memanggil nama dia…. doktor jantung tu memang pakar, entah apa yang dibuatnya tak lama tu pakcik tu bernyawa semula…. satu jarum panjang serta ubat dimasukkan terus ke jantung aku rasalah…. sambil tu juga doktor lain terus menekan2 dada pakcik tu macam orang buat CPR… sebenarnya nyawa pakcik tu dah keluar… tapi ajalnya masih panjang, Alhamdulillah masuk balik ke dalam badan… sebab dekat 15 minit takde apa2 respond…. korang bayangkan… isteri dia entah ke mana2 entah…. merayau kat tempat lain… nasib baik tak meninggal, kalau tidak meraunglah isteri dia…

Aduhai takutnye aku masa tu, Allah sahaja yang tahu…. tapi ketika tu aku tak putus2 berdoa kepada Allah SWT supaya panjangkan umur pakcik tu… sedih aku time tu, berlenang juga air mata aku bila tengok… macam rasa keluarga sendiri pulak…. tapi apa salahnye mendoakan sesuatu yang baik kepada sesama Islam…. Alhamdulillah semuanye pulih semula…. bacaan pada monitor ada semula…. moga pakcik tu panjang umur…. Staff nurse tu keluar dari kawasan katil tu, aku tunjukkan signal jari untuk tahu samada pakcik tu ok ke? Dia urut dada dia rasa lega semuanye kembali pulih…. Syabas pada doktor tu, doktor perempuan, nampak garang gila susah nak senyum, muka macam Arab2 sikit… dulu dialah yang tebuk belakang bapa aku untuk keluarkan air dari paru2…. 2 kali bapa aku kena tebuk bila jantung bapa aku tak stabil… kedua2 paru2 kiri dan kanan…

Gambar ni aku curi2 tangkap pakai camera phone semasa dalam Unit Endoscopic.

Dalam pukul 3.15 petang barulah bapa aku dibawa ke tingkat 1 untuk menjalani scan telescopic tersebut… sampai di tingkat 1, ramai juga yang sedang menunggu… ada 4 orang lagi… tapi masuk sekali 2 orang… tinggallah bapa aku sorang2… appointment last sekali…. dalam pukul 4.00 petang doktor panggil aku dan memberikan penerangan semula sebab dan tujuan apa prosedur ini dijalankan… biasanya pada pesakit biasa dalam setengah jam sahaja dah selesai… tapi time giliran bapa aku mengambil masa 1 setengah jam…. apahal lah pulak ni…. mesti ada apa2 yang berlaku… bapa aku akan ditidurkan menggunakan gas tidur, tidak dibius… kamera akan dimasukkan melalui tekak dan terus melalui organ perut sehingga usus yang pertama, kemudian undur semula sehingga simpang di mana kawasan pembedahan tempohari… di situlah doktor akan check samada ada kebocoran atau tidak….

Bapa aku menunggu giliran untuk menjalani prosedur untuk petang ni.

Memang ada kebocoran pada kawasan jahitan… diaorang terpaksa menggunakan kaedah ‘Bypass’ pada salah satu saluran ke perut bapa aku…. takut aku dengar… ‘Bypass’ tu menggunakan satu jenis tiub yang akan diletakkan di dalam saluran ke organ perut… melepasi saluran hempedu yang telah dibuang tempohari… baki saluran hempedu yang masih tinggal tu akan pulih dan mengecut dengan sendirinya… kat situlah kebocoran itu berlaku dan terdapat juga nanah yang dibawa keluar… tiub tersebut akan berada dalam badan bapa aku selama 2 – 3 bulan… setelah baki saluran hempedu itu baik dan pulih sepenuhnya, tiub tersebut dikeluarkan melalui mulut semula…. aduh sakitnye…. kesian betul aku tengok bapa aku…. tapi aku redha dengan apa yang terjadi… ‘kerana segala penyakit yang berlaku pada diri kita sebenarnya menghapuskan dosa2 kita….’

Macam tulah bilik di mana bapa aku akan dibaringkan dan kamera akan masuk melalui mulut dan dipaparkan pada TV yang berada di atas alat tu.

Pukul 6 petang, baru bapa aku di bawa semula ke Wad HDU di tingkat 5…. Mak aku aku arahkan supaya duduk di rumah sebab tak sihat lagi… hari ni dia demam pulak… jadi aku seorang sahaja menguruskan bapa aku dari awal sehingga selesai operation tersebut…. tanggungjawab sebenarnya…. aku pohon kepada Allah SWT supaya diberikan aku kesihatan dan kekuatan sepenuhnya untuk menguruskan bapa aku sehingga dia sihat semula…. Walaupun aku terpaksa ambil cuti tanpa gaji dan kebetulan ada offer dari company besar yang menawarkan aku kerja dengan gaji yang besar, tapi aku terpaksa menangguhkannya…. kalau ada rezeki tak ke mana…. Insya-Allah…. buat masa sekarang aku akan menumpukan urusan bapa aku dan menjaga kesihatan mak aku juga…. kiranya macam serampang 2 mata…. Pukul 8.15 malam tadi baru aku balik ke rumah dan baru teringat nak makan, rupanya aku belum sentuh apa2 makanan dan minuman dari pagi tadi…. patutlah kepala aku pening2 sikit hari ni…. selesai juga urusan dan tanggungjawab aku untuk hari ini… Esok pulak macam mana pulak ?… aku tak tahu, tapi suratan telah menentukannye….