Ada gaya macam staff nurse hospital tak…. cuma pakaian je tak pakai macam nurse….

Ahad (12/4/2009) – Sebab aku tak dapat datang ke HUKM hari Sabtu (11/4/2009) semalam, jadi pagi2 lagi aku ke HUKM untuk melawat bapa aku dan mak aku…. terperanjat juga aku bila tengok mak aku bukan sekadar bertugas menjaga bapa aku rupa2nya dia dah jadi staff nurse dalam Wad Surgery 1…. Mak aku yang suka rela nak buat… jangan tak percaya, sekarang tugas dia dah bertambah… masukkan susu sampingan/tenaga kat bapa aku melalui tiub yang berada di hidung bapa aku…. padahal mak aku ni jenis yang penakut benda2 macam ni…. Habis, apa nak buat bila suami sendiri yang sakit…. itulah kasih seorang isteri kepada seorang suami…. CAYALAH MAK AKU…..

Tengah menuang masuk susu ke dalam picagari besar, melalui tiub di hidung terus ke perut…. sebab bapa aku makan sikit sangat, so tenaga tiada…. badan pun lemah je…. caranya macam inilah sahaja sekarang….

Time ni bapa aku tengah tidur…. jadi senang sikit untuk masukkan susu tersebut, kalau tidak asyik bergerak2 kepala dia…. Jadual untuk berikan susu kepada bapa aku bermula dari pukul 6.00 pagi, 9.00 pagi, 12.00 tengahari, 3.00 petang, 6.00 petang, 9.00 malam dan 12.00 tengah malam…. jadual macam ni merupakan tugasan staff nurse tetapi kerana terlalu ramai pesakit maka mak aku pun menawarkan diri untuk membuatnya sementara menjaga bapa aku…. mak aku ni jenis suka tolong orang…… dan dah biasa buat kerja…..