Akhirnya aku tewas juga dengan kesihatan aku…. aku demam malam semalam…. pagi tadi aku pergi juga klinik lepas hantar anak buah aku di One Utama…. dari rumah aku dengan OU tak sampai pun 10 minit….

Sampai klinik je dah ada 3 orang sedang menunggu…. kiranya aku orang ke 4 lah bila doktor panggil…. siap terlelap kejap kat sofa dalam klinik tu…. Bila turn aku je aku tersedar… apa lagi dengan mata yang merahnya…. penyakit aku adalah demam dari malam semalam, batuk kuat, selsema sedikit, sakit tekak nak menelan susah, pening kepala, sakit mata sebelah dan sakit badan…. So, macam2lah ubat yang aku dapat….. Antara ubatnya : Antibiotik utk 3.5 hari (habis sambung lagi), ubat batuk pil & air (mengantuk), ubat gatal tekak (pun mengantuk), ubat demam (punyalah besar) dan ubat buang kahak (pun mengantuk)….. macam makan nasi aku buat bila makan…. aku akan telan semua ubat sekali gus, dari kecik lagi buat macam tu….. kecuali kalau tekak aku bengkak, itu pun pernah kena sekali je sampai nak bernafas pun susah…. tapi ubatnya antibiotik…. mujarab….

Balik dari klinik, mulanya aku ingat nak balik rehat kat rumah dulu…. tapi bila teringat mak dan bapa aku kat HUKM, aku rasa sebelum aku tumbang tak bangun lepas makan ubat nanti, lebih baik aku ke HUKM dulu settlekan keperluan mak dan bapa aku (makanan & minuman) mak aku, keperluan untuk bapa aku, buat apa yang patut untuk bapa aku (lap muka & badan), picit kepala dia, urut seluruh kaki dia sebab baring sahaja sejak operation dan macam2 lagi….

Bapa aku tengah buat latihan untuk paru2…… kat lengan dia dah naik lebam sebab doktor ambil darah untuk moniter jangkitan dalam darah….. hari ni bapa aku rajin buat, kalau semalam asyik tidur je…. semakin hari semakin pulih, berkat doa dari anak2, saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai dan juga blogger2 ku…. terima kasih diucapkan….

Dalam pukul 2.00 petang baru aku balik ke rumah… sampai2 je badan dah tak tentu arah, mula panas dan mata semakin merah…. tapi sempat juga on kan komputer (check email, memblog kejap dengan blogger ‘owhh… wawa’ dan lain2 blogger…. Lepas tu baru makan ubat, tukar baju (padahal towel je), terus baring…. sedar2 dah pukul 7.30 malam….

Badan dah rasa ok sikit…. mulalah mata tak boleh tidur…. so, tugas aku untuk malam ni meng update my blog “ChiLaBaey’S Spot”…. lepas makan ubat lagi barulah mata dah dapat simptom ngantuk yang ketara…… zzzzzzzzz… zzzzzzzz……. zzzzzzzzz…………

Advertisements