Inilah wajah terbaru bapa aku… Haji Zainal Bin Haji Osman… 29 April 2009 ni genap umurnya 70 tahun…

Alhamdullilah, syukur kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang serta memanjangkan umur bapaku… walaupun mengharungi kesakitan yang tidak disangka2… Penyakit yang berpunca dari Batu Dalam Hempedu, kemudian membabitkan Pankreas, mengganggu sistem penghadaman, mengecutkan kedua2 Paru-paru dan mengandungi air, serta mengusik perjalanan Jantung dan akhirnya pembedahan terpaksa dilakukan dengan keputusan yang amat berat bagi aku untuk menerimanya…. Organ Hempedu bapa aku terpaksa dibuang selama2nya….. Kalau itu yang telah ditentukan aku redha sepenuhnya…. usaha telah dilakukan cuma yang aku mampu bertawakal dan memanjatkan berdoa semoga segalanya berjalan dengan lancar…..

Walaupun masih lemah tapi banyak perkembangan dalam dirinya selepas pembedahan hari tu….
Semalam petang aku ke HUKM untuk melawat bapa aku dan untuk mengetahui perkembangan selanjutnya keadaan bapa aku…. segala doa dan permintaan kepada-Nya aku harap termakbul bila melihat bapa ku sudah kelihatan sihat, cuma masih lemah untuk bergerak kemana-mana…. Tiub saluran air kencing pun telah ditanggalkan… cuma sekaran tiub kumbahan dari dalam perut sahaja yang masih terlekat di rusuk kanan bapa ku….. bagus2…. banyak perkembangan nampaknya….

Tengah giat membuat latihan paru2… Mak aku kata kadang2 tu dia malas juga nak buat… ni pasal aku datang dibuatlah…. kalau tak aku akan bisingkan….
Bapa ku sudah mula didudukkan di wheel chair dan dibawa berjalan2 di kawasan hospital…. Tugas aku sekarang, aku akan mengangkat dan menolong bapa aku untuk turun dari katil ke wheel chair tersebut… ini kerana bapa ku tak mampu untuk berdiri sendiri…. ini biasa terjadi kepada pesakit yang telah lama baring di atas katil wad… otot2 kaki akan lemah selemahnya… tiada keyakinan untuk melakukannya sendiri…. takut untuk berjalan dan macam2 lagi…. dengan kekerapan yang dilakukan, Insya-Allah ianya akan pulih seperti sedia kala…..

Sempat juga bergambar walaupun tak dibenarkan oleh pihak hospital…. senyap2 bolehlah….

Dengan keadaan bapa aku yang sudah sihat, mak aku sering senyum sekarang ni… dah pandai bergurau dah dengan bapa aku…. bapa aku ni kalau nak tahu sukan sangat kacau mak aku semasa dia sihat…. bila bapa aku kacau mak aku, mak aku mula tersentap…

Aku bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana memberikan aku dan keluarga aku dapat bersama lagi dengan bapaku…. jadi aku harapkan kepada adik-beradik ku agar berikanlah sokongan penuh dan keyakinan kepada bapaku untuk menjalani kehidupan selepas pembedahan….. walaupun bukan dalam bentuk wang ringgit tapi motivasi dan sokongan moral kepada bapa ku…. itu yang aku harapkan…. Insya-Allah…. Amiin Ya Rabbal Alamiin….