Macam biasa, setiap petang atau pagi aku datang melawat bapa aku untuk melihat perkembangan dan menyediakan keperluan emak aku yang setia menemankan bapa aku di HUKM…. Tugasan aku setiap kali datang ke wad bapa aku, tanya khabar, apa doktor kata untuk hari ini dari mak aku, apa keperluan untuk disediakan untuk bapa aku dan macam2 lagi….

Tengah urut kepala bapa aku setiap petang…. Mak aku penunggu setia sebelah bapa aku….

Tapi sebelum aku balik, tugasan utama aku sebelum balik ke rumah adalah aku akan pastikan bapa aku dilap seluruh badan (macam mandikanlah), cukur janggut hari sekali, suapkan makan kalau tiba masa makan, berikan minum susu untuk tenaga (kalau dgn mak aku, selalu mengelat dan taknak minum)… kalau dgn aku, bapa aku ni dengar cakap aku sikit…. orang tua, adakalanya perlu dilayan dengan menggunakan psikologi… mak aku jenis terus je…. aku lain sikit… dan last sekali lepas lap badan tukarkan baju dan kain baru… sekarang ni baru perasan setiap kali petang je bapa aku mesti pening kepala… jadi dia akan suruh urut kepala dia…. extra sumbangan aku pada bapa aku, aku akan urut kaki dia untuk peredaran darah…. Sebelum ni kalau kat kampung, aku biasanya akan urut kakinya setiap malam bila balik hujung minggu…. jadi bila masuk wad pun aku dah terbiasa untuk lakukannya….

Kasih saya seorang isteri kepada suaminya…. Bila tiba masa aku nanti bagaimana pulalah keadaannya…..

Begitulah kehidupan aku untuk 2 bulan ni…. bila dikira2, bapa aku dah berada di dalam wad ni hampir 2 bulan rupanya… rasa sekejap je masa berlalu…. Begitulah tanggungjawab aku terhadap kedua ibubapa ku…. sementara tenaga dan kudrat aku masih ada…. Ya-Allah berikan aku kekuatan dalam menempuh hari2 yang mendatang ini….