…Rumah Ku Syurga Ku Juga…

Hari ni aku cadang untuk balik ke kampung kejap dengan adik aku… Sebab nak ambil barang keperluan bapa dan mak aku…. Selain tu juga nak kemas rumah apa yang patut…. Hari tu balik dengan kakak aku, banyak juga benda yang tak sempat buat…. Kiranya hari aku nak pulun semua kerja selagi boleh….

Yang ni rumah No.32, Jalan Seluang 2, Taman Seri Putra…. Ni main house….

Yang ni pulak rumah No.34, Jalan Seluang 2, Taman Seri Putra…. Second house…. Sekarang disewakan kat staff nurse Hospital Banting…. Takdelah kosong sangat rumah….

Mula2 tu nak balik pagi kononnya, banyak pulak halnya kat Damansara so aku balik pukul 3.00 petang…. Badan pun tak berapa sihat, badan2 sakit… rasa macam nak demam balik…. bahaya ni… boleh sakit balik ni…..

Sampai kampung (Banting, Kuala Langat) pukul 4.30 petang terus pergi restoran, baru nak makan tengahari dengan adik aku…. settle semuanya baru balik ke rumah… sampai je rumah family aku terus ambil kunci spare kat rumah jiran…. nasib baik jiran tu ada, sebenarnya dah sampai Banting baru aku teringat yang aku lupa bawa kunci sebenarnya…. nasib baik kalu tidak buat penat je….

Sampai sahaja depan rumah, buka pintu yang sepatutnya terus masuk check kalau ada apa2 perubahan dalam rumah…. dulu rumah family aku ni dah dimasuki pencuri… time tu masa mak aku operation hati di HUKM 2 tahun lepas… jadi macam fobia dah bila nak masuk rumah… kalau adalah pencuri tu dalam rumah masa ni memang aku pakok betul2…. time tu rumah macam kena ribut, habis semua barang berselerak… banyak juga barang2 elektrik yang hilang…. nanti satu hari nanti aku buat entry pasal kemasukan pencuri….

Pemandangan dari depan rumah aku… padang yang sangat besar dan ada padang permainan budak2… luas mata memandang….

Tugasan pertama, suruh adik aku sapu lantai sebab dah berhabuk dan daun2 dari pokok depan rumah masuk…. aku pulak ambil tangga, panjat depan rumah tengok cembetung air untuk keluarkan daun2 dalamnya… punyalah banyak…. kata jiran2 memang ribut teruk 3 hari lepas…. Lepas tu pergi rumah sebelah (corner lot) tengok apa2 ada kat padang rumah… rumput dah panjang kena call orang potong rumput… kalau panjang sangat harimau pulak yang menyorok nanti….

Operasi pembersihan atap rumah dari daun2 pokok sena yang banyak dalam cembetung….

Adik aku punya kerjalah ni, sekarang ni dia pantang pegang kamera, banyaklah yang jadi mangsa paparazi dia… aku pun tak sedar bila dia tangkap….

Kemas bahagian dalam rumah, lipat baju yang dibasuh minggu lepas, mula2 tu nak mop lantai tapi bila check taklah kotor sangat so tak payahlah…. kemaskan peti sejuk, buang apa yang patut…. so sekarang ni dah bersih…. badan dah penat, lepak dengan adik aku yang tengah sibuk study untuk exam hari Khamis ni…. tengok gelagat jiran2 yang melepak depan padang depan rumah aku (biasalah makcik2 kalau dah berkumpul tu pastinya ada topik hangat yang diperkatakan… dulu mak aku joint juga tapi aku selalu marah dan dia dah pencen untuk selama2nya…)….

Cerita di sebalik ukiran besi pagar….

Makcik2 sekeliling rumah aku tengah bergossip depan padang rumah aku…. ingat lelaki je yang lepak kat kedai kopi sembang2 kosong…. tapi hakikatnya perempuan juga sentiasa bergossip dan mengumpat bila bertemu… cakap kuat2 pulak tu… tak berkenan betul aku…

Dalam pukul 8.30 malam tadi baru aku balik ke Damansara, tapi aku kena hantar adik aku dulu di asramanya di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang…. Kolej dia kat Sepang…. Hantar balik kunci rumah kat jiran aku… senang kalau ada apa2 hal macam dulu…. Sampai Sepang pukul 9.15 malam…. lepas tu terus balik ke rumah di Damasara, sampai pukul 10.45 malam… tu pun aku jalan slow2 layan perasaan sorang2…. best juga, dah lama tak layan2 di jalanan… feelling siot….

Advertisements