Apakah Yang Tak Kena Dengan Gambar Ni…??

Hari ni aku lepak 2.5 jam kat Mid Valley menemankan seseorang sebelum ke HUKM seperti biasa….. Selain tu, aku tengah kumpulkan gambar2 untuk simpanan portfolio aku…. so layanlah diri ini sorang2 kat sekitar Mid Valley ni…. Bermula di Garden hinggalah entah mana2 ceruk aku pergi…. Lebih kurang 2 jam lepas tu balik semula di Garden….

Kaki dah penat berjalan…. separuh kedai dah masuk kecuali outlet perempuan dan barangan dalaman wanita…. Di Garden aku lepaklah kat kawasan menunggu…. dengan sofa warna hijaunya…. duduklah sekejap sementara menunggu seseorang tu… Adalah seorang apek@uncle cina ni depan kerusi aku…. akupun curi2 capture gambar dia dengan selamba dan memberanikan diri beberapa snap….

Jadi persoalannya, apa yang tak kena dengan gambar ini dari sudut pandangan kawan2 blogger aku sekalian….???? Sila berikan comment dan jawapan pada persoalan ini…. Sekian terima kasih…..