Dalam perjalanan dari Flora Damansara menuju ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras…. Aku selaku model dan adik aku selaku jurugambar/paparazi…..

Hari Isnin (27/04/2009)… Berakhir juga penantian, di mana bapa aku dapat juga keluar wad dengan kondisi yang amat baik…. walaupun tiub untuk bahan fluid badan dan tiub kencing masih tergantung/digunakan, ianya menunjukkan tahap kesihatannya yang ketara berbanding 3 minggu sudah…. Masih ditempatkan di dalam wad yang sama di Wad Surgeri 1 tetapi diletakkan di dalam private room bagi mengelakkan jangkitan dan kuman dari pesakit yang ramai yang berada di katil luar….. rasa macam bilik hotel pulak, ada kemudahan tandas dan beberapa benda lagi…. agak selesa untuk menunggu pesakit di sebelah malam….Hampir seminggu juga doktor tempatkan bapa aku di sini….

Amaran : Jangan memandu dengan cara begini walau apapun keadaan sekalipun… Membahayakan diri sendiri dan juga orang lain…..

Seperti biasa prosedur untuk keluar wad dilakukan, pemeriksaan kali terakhir oleh doktor pakar dibuat, dan malam sebelumnya (Ahad) ketua doktor datang melihat dan memeriksa bapa aku samada kondisinya bagus atau masih lagi memerlukan rawatan… satu keputusan telah dibuat dan akhirnya bapa aku akan dikeluarkan pada esok harinya (Isnin)…. Sebelum keluar macam biasa, pembayaran bil dan senarai ubatan untuk bapa aku akan dibuat terlebih dahulu…. punyalah banyak ubat…. 10 jenis ubat yang diperlukan…. Ubat ini akan diberikan untuk tempoh 2 minggu sahaja dan akan disambung semula pada minggu seterusnya…. Bil rawatan dan perubatan selama 50 hari di sini termasuk operasi pembedahan sebanyak RM2346.50…. (pening2, takpe janji bapa aku sihat, duit boleh dicari berbanding nyawa)…. Itu tak termasuk beberapa lagi ubat yang diperlukan yang kena beli sendiri dari farmasi luar…. Janji sihat…. Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar….

Sedang menunggu staff nurse dan doktor membuat report, bil pembayaran dan juga senarai ubat yang perlu diambil di farmasi…..

Gambar kenang2an sebagai bukti yang bapa aku telah bermastautin selama 50 hari di HUKM… Akhirnya dapat juga keluar wad….. Alhamdulillah….

Jangan tak percaya, mak aku dengan suka hati sekarang ni…. Suami dah beransur pulih, dan tidak lagi perlu untuk duduk di wad HUKM lagi…..
Yang tak bestnya… lagi 2 hari kena datang balik dan juga masuk wad 1 hari untuk satu lagi pemeriksaan di Bahagian Urologi… Maknanya pada tarikh 29/04/2009… hari tu hari jadi bapa aku… terpaksalah sambut lepas balik hospital… tapi elok juga, boleh suruh diaorang buat dressing sekali…. Maka bermulalah satu lagi perjalanan hidup aku seterusnya…. Insya-Allah aku akan menjaga bapa aku dan mak aku dengan sebaik mungkin….. itu janji aku pada mereka….
Advertisements