SELAMAT HARI LAHIR UNTUK SEMUA2NYA…….

Kek topping buah…. sedap giler kek ni…. yang bagusnya, rasanya tak manis macam sesetengah kek….

Hari ni aku pakat dengan adik beradik aku untuk buat sambutan harijadi bapa aku…. yang ke-70 tahun…. selalunya tiap2 tahun aku akan buat untuk family yang lain sekali….. ada 5 orang dalam bulan April, so sambut biasanya pada tarikh birthday bapa aku iaitu 29 April…. Tapi tahun ni lambat sikit sebab bapa aku kena tahan wad 2 hari lepas…. sekarang ni dah ada kat rumah aku….

Selamat Harijadi Abah yang ke-70… Moga panjang umur dan diberikan kesihatan sepenuhnya lepas ni…. Dulu bapa aku ni garang gila…. tapi bila dia dah pencen, garang dia dah slow down… aku dengan adik perempuan selalu kena tali pinggang….

Mak aku niat buat pulut kuning untuk bapa aku dan ada seorang anak buah aku yang sibuk suruh Wannya buatkan bulan lepas…. tapi disebabkan bapa aku masuk HUKM, semua pulut dan sebagainya tergendala…. Yang aku beli kek buah, buat pulut dengan mak aku, tukang buat air (air sirap je, malas nak buat yg bukan2) wife masak kari untuk pulut, adik ke-2 aku beli kepak ayam, akak aku pun beli kepak ayam juga (sebab tak tanya dulu, punyalah banyak, tempat beli yang sama pulak tu…) sebab tak sempat nak buat macaroni cheese bakar dan 3 anak buah aku serta adik aku yang ke-4…. tukang melantak dan menghabiskan makanan yang masih ada…. Bagus juga ada mereka ni…. Taklah penuh peti ais….

Belum lagi adik-beradik aku sampai, bapa aku dah nak makan dulu…. So, layan bapa aku dulu…. kek dah depan mata dah…. dia kata nantilah potong kek…. badan masih lemah lagi, jadi lepas makan dia duduk kejap…. lepas tu nak masuk baring semula….

Ni mak aku dengan cucu kecik dia….. Mak aku penyokong bekas Perdana Menteri Thailand Taksin Shinawat…. pakai baju Thailand lagi….

Pukul 9.30 malam barulah semuanya sampai dengan hidangan masing2…. Sambutan biasa2 je, selalunya kitaorang buat kat kampung…. best sikit sebab mesti ada BBQ punya…. Aku akan jadi leader…. menu wajib : Ayam bakar, kambing panggang, kerang bakar, nasi impit (mak aku buat), mee rebus (adik aku masak), nasi goreng (beli je) dan macam2 lagi…. tahun ni sempoi je, semuanya beli….

Pakat ramai2, masuk bilik kacau bapa aku yang tengah berehat….. penuh bilik tetamu aku…. Apasal gambar tak cantik ni…. Pucat je….

Izzat tengah suapkan atoknya kek harijadi…. Bapa aku ni bukan suka sangat kek2 macam ni…. Tu pun pasal kek buah, mahu jugalah dia makan…. Kalau tak langsung dia taknak….

Bila semuanya dah makan dan minum dengan suka hati…. pakat ramai2 bawa kek birthday masuk bilik dan bergambar dengan bapa aku yang tengah baring…. takut je kek tu jatuh atas bapa aku, dahlah tu siap ada lilin sekali….. tak pasal2 kena panggil bomba lepas ni….. Jadi mereka2 yang terlibat untuk sambutan harijadi bagi bulan April dan termasuk bulan Mac hari tu pun menyibuklah atas katil bapa aku untuk sesi bergambar…. huru-hara jadinya tahun ni….

Nilah family aku, kalau bab bergambar memang handal diaorang ni….. Pantang nampak kamera, pasti ada sahaja posing masing2….

Senarai yang menyambut harijadi dari kiri : Makngah, Izzat, Azu, Anor dan sepatutnya ada bapa aku Haji Zainal dan bukan dalam senarai rasmi, Intan dan Melly (anak Azu)….

Kalau dalam bulan April, adik aku yang ke-4 nilah yang mula dulu harijadinya iaitu pada 11 April… Nama penuh Nur Hidayah a.k.a Anor @ Daia @ Usu…..

Yang ini pulak, adik perempuan aku nombor 3 – nama Zurina a.k.a Aju @ Mak Tam @ Petot…… tarikh lahir 14 April……

Yang ni pulak hero poyo family aku…… nama Muhamad Nur Izzat Rosli a.k.a Izzat @ Dat…. tarikh lahir dia 17 April…… Sekarang dia tengah gila kamera…..

Barisan mereka yang menyambut harijadi…. Pantang nampak kamera…. Nombor satunya yang tengah duduk di tengah…..

Izzat dengan makngahnya, nama penuh Norazlinawati a.k.a Iena @ Ienawati……. Makngahnya pulak tarikh lahir pada 15 April….. sehari selepas adik aku Aju…..

Adegan kekejaman terhadap kek….. sebenarnya tak sabar2 nak makan, dari tadi duduk depan keke je….

Ni aku dengan akak aku, nama Zailina a.k.a Lina….. Aku nombor dua, nama Muzafar Shah a.k.a Shah @ Muz…..

Yang tersengeh je kerja ni, anak buah aku yang pertama, nama Nur Intan Roslina a.k.a Intan @ Kuteh…. Dari kecik aku jaga dia sampai sekolah tadika….. Pagi2 hantar dia kat tadika di Jalan Ampang, siap dukung lagi….

Yang kecik ni, anak buah aku yang ke-3…. nama Raja Nur Emily Fareesna a.k.a Melly @ Adik

Nilah anak2 akak aku….. Entah apa kenanya, dari dulu sikit2 nak lepak dengan pakngahnya…. sampailah dah besar pun macam tu…. anak buah aku cuma 3 orang je…. family aku tak besar…..

3 orang sepupu atau kupu2….. 2 dah besar dan seorang lagi tersesatlah pulak……..

Ooo…. Lupa pulak, yang ni adik ipar aku, nama Raja Iskandar Syahrim Shah a.k.a Is….. suami si Aju….. bapa Emily….. Sekarang dia dah bertambah berat badan….. dulu punyalah slim…..

Bila perut dah kenyang, mata dah mula mengantuk….. Adik-beradik aku pun mula beransur balik ke rumah masing2…. Settle kemas rumah malam tu juga dalam pukul 2.00 pagi….. tu pun mata tak berapa mengantuk sangat, so aku labuhkan diri dengan mengupdate blog aku…. Dalam pukul 5.00 pagi baru aku masuk tidur…. Terlangsai juga hutang aku untuk adakan majlis ringan2 ni untuk bapa aku…. Minta2 pada Allah agar aku dapat buat sambutan di kampung pula di masa akan datang…. sebab mak aku, adik ipar aku dan abang ipar aku masih belum lagi samai tarikhnya…. Insya-Allah…. Harap2 dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki…. Amin…..