ENTRY KATEGORI 18SX & 18SG

AMARAN DARI AKU :
SILA ABAIKAN ENTRY INI SEKIRANYA ANDA TIDAK TAHAN UNTUK MELIHAT APA YANG DIGAMBARKAN. UNTUK IBU MENGANDUNG DAN KANAK2 BAWAH UMUR DINASIHATKAN MENDAPATKAN KEBENARAN SUAMI DAN JUGA IBUBAPA SERTA PENJAGA TERDEKAT.

Aku terpaksa memblurkan gambar ini untuk mereka yang tidak tahan atau tidak sanggup melihat gambaran sebenar apa yang berlaku pada aku dan bapa aku….

Beginilah keadaan bapa aku selepas operation tempohari…. Luka operation masih terbuka… Tiub saluran bendalir dari dalam badan masih ada…. Aku buka semua balutan untuk buat dressing semula….

Pukul 9.00 malam, hari ni aku terpaksa menjadi doktor sambilan di rumah…. akibat dari tindakan bapa aku yang membuka tampalan balutan luka operation dia tempohari…. Bapa aku tengah tidur time tu, tangan dia merayau sendiri dan membuka balutan tersebut… mak aku punya menjerit bila masuk bilik, tengok2 semua kapas tampalan dah tertanggal… dan mengerikan bila bapa aku dah bawa keluar satu jenis kapas (Aquecel) yang disumbat ke dalam lubang luka operation dia… Kapas ni punyalah mahal, saiz baru 5×5 inci tapi harga RM22.00 sekeping…. Tapi amat berguna untuk mereka yang telah menjalani operation secara terbuka…. Bila dengan mak aku menjerit, aku pun terperanjat juga…. Apahal lah pulak ni… memang aku pernah tengok nurse2 HUKM buat dressing, tapi bila nak buat sendiri ni memanglah menggerunkan… nak pitam pun ada….

Bapa aku boleh senyum je bila kena marah dek mak aku…. mak aku dah panik sebenarnya…. Time ni dah lepas cuci dan bersihkan bahagian luka, tinggal nak tampal balutan sahaja lagi…. Nampak tak kapas mahal yang aku cakapkan, disumbatkan ke dalam luka yang masih terbuka…. masa masukkan kapas tulah detik paling mengerikan sebab kita kena masukkan dicelah antara luka tersebut…. erkkkkkkk….. ngeri kaki aku siot….

Tapi nak buat macamana, bila dah emergency terpaksalah juga memberanikan diri… Aduhai Allah je yang tahu aku punya perasaan…. bapa aku cakap time ditanya kenapa buka balutan, dia selamba je cakap “aku tak sedar, tangan merayap sendiri…“… Yelah nak buat macamana, time sakit macam2 boleh jadi…. Lepas tu bapa aku cakap lagi, “nanti ikatkan tangan abah ye, taknak bagi berjalan…“. Aku cakap balik, “memang boleh ikat, tapi nanti kalau nak korek hidung, macamana?“… Dia terus sengeh sambil gelak je lepas tu…. Mak aku punyalah bebel time tu…..

Doktor Muzafar tengah merapikan tampalan balutan luka di bahagian drainage dahulu…. kemudian diikuti pada bahagian operation pula….. aduhai…… Tuhan sahaja yang tahu…..

Aku ikut macamana nurse HUKM buat semasa dressing… tapi tangan menggigillah juga bila nak sapu dan cuci di bahagian belahan luka…. eerrrkkk… ngerinya….. Jadi malam tu kitaorang adik beradik pakat berjaga malam untuk check bapa aku…. setiap 15 minit atau bila dengar bunyi katil terus check apa dia buat…. Mak aku dah tak larat nak berjaga, so aku suruh dia tidur, nanti tak pasal2 darah tinggi naik….