ALAMAK ADALAH HADIAH….!!!!

Notis Penghantaran POS LAJU….

Hari ini aku dapat hadiah dari seseorang…. aku rasa blogger popular hari tu…. sebenarnya ada kad pos laju sampai kat rumah aku pada 4 Mei 2009 hari tu, aku takde rumah so diaorang masukkan kad tu dalam peti surat aku kat bawah…. Pada esoknya aku pergi turun bawah check pos box… ehh.. ehh… ada pos lajulah…

Notis bertarikh 4 Mei 2009…. Tengok peti pos 5 Mei 2009…. Ambil pada 7 Mei 2009 akhirnya…

Memandangkan aku ada urusan di HUKM maka aku tangguhkan untuk mengambilnya…. Hari Khamis lah aku ambil…. Pagi2 lagi hari ni aku ke Menara TM ada urusan sikit… lepas tu hantar seseorang ke pejabat dan kemudiannya ke Pusat Pengambilan Pos Laju di Sg.Buloh…. Dah nak sampai dah kat Sg.Buloh aku pun keluarkanlah kad tersebut, tiba2 je kepala aku pening dan rasa nak marah… Bukan kat Sg.Buloh rupanya… sebenarnya kena ambil kat Glenmarie, Shah Alam…. Haaaa..aaaa…. buduh betul aku…. tak tengok betul2…. sebab selalunya kalau pos laju macam ni aku kena collect kat Sg.Buloh…. buduh…buduh….

Besar sungguh hantarannya….. Tak sangkalah pulak….. Seronok ni…..!!!

So, alang2 dah sampai Sg. Buloh, akupun ambil keputusan ikut jalan dalam untuk ke Shah Alam…. takdelah berapa jauh… jauh tak jauhlah… bernanah telinga…. tapi kerana seronok dapat something, ku gagahkan jua…. cewah….. rasa2 macam tahu je jalan ke sana…. tapi lokasi sebenar tak berapa pasti… so aku call Pos Laju, ok… terletak di belakang Politeknik Shah Alam…. Ya… aku dah tahu kat mana….. Sampai je terus ke kaunter, serah notis tunggu 10 minit diaorang panggil…. bagi diaorang ic, sain kat buku register… kemudian terima kasih encik… sama2…. Assalamualaikum…. Jumpa lagi….

Telah tiba di rumah dah….. Tunggu masa untuk buka je…. Sebelum tu tangkap gambar dulu untuk bukti hadiah dah sampai….

Tapi yang pasti hadiah dalam genggaman….. rasa tak sabar pun ada…. malas nak buka pun ada, biar ianya jadi supprise sampai bila2…. Bila digoncang macam mainan budak kecik je… tapi bunyi sekata…. musykil2…. Sampai rumah nantilah buka, dalam kereta nanti takut bersepah…. manalah tahu ada budak tu nak mendajalkan aku ke…. tapi aku tahu dia budak baik…. Insyaallah dia takkan buat macam tu….

Haaaaa…. Ini dia hadiahnya….. Apa tu…???

Yee… aku dapat Jigsaw Puzzle 1000 pieces….. Mati nak siapkan ni….. Boleh juga menghilangkan rasa bosan bila malam2 ni….. Terima kasih pengirim…..

Sampai rumah, aku rehat kejap… kemudian baru teringat nak buka hadiah tersebut…. Ok juga dapat hadiah, dapat juga menggembirakan aku di kala hati aku ni dalam kekusutan…. Sebelum tu aku tangkap gambar dulu sebelum dibuka… bukti penghantaran telah diterima dengan seadanya….

Jigsaw gambar pemandangan rumah kampung pengirim kot….. rasanye macam luar negeri ni….

Buka sikit2, tangkap gambar, buka sikit lagi aku tangkap gambar…. bila nak buka sampai habis ni….??? Aku dah agak dah, memang satu permainan…. Saiz 75 cm x 50 cm…. memang besar hadiah tu…. seperti yang dijanjikan… tapi bila dah siap nantilah…. baru jadi besar…. Tq… tq… Aku dapat Jigsaw Puzzle…. 1000 pieces lagi…. jenuh nak siapkan ni…. dulu pernah buat Mountain Everest 1000 pieces, tu pun makan masa 1 bulan nak siapkan…. yang ni mungkin cepat sikit kot sebab nampak senang….

Kiraan unit pecahan 1000 pieces untuk disiapkan x saiz 75 cm x 50 cm = 3 bulan baru siap…. lebar juga tu…. Insyaallah akan disiapkan….

Kepada blogger Wawa_Nadwa a.k.a misswawa.blogspot.com , terima kasih banyak diucapkan untuk hadiah yang tak pernah terlintas difikiran untuk awak bagi kepada saya…. Itu satu pengorbanan namanya…. Terima kasih sekali lagi…

Advertisements