IKEA…. CURVE….. IKANO…… POPULAR……. Balik…….!!!

Aku….. dia….. dan Meetball IKEA….

Hari tu (4 Mei 2009 – Isnin) lepak time kejap dengan adik aku, anak buah aku dan makngahnya… Malas nak jalan jauh2 so lepak kat Curve dan Ikano…. Cari apa yang patut dan makan apa yang patut…. Adik aku sibuk nak makan meetball Ikea… apalagi jom lah…. Dari rumah aku ke Ikea taklah jauh sangat… dalam 15 minit dah sampai…. Keluar rumah pun dalam pukul 10.30 pagi…. ke Kota Damasara kejap, lepas tu terus ke Ikano dan Curve….

Adik aku tengah khusyuk menikmati apa yang dihayatkan…..

Sebelum makan tu, pergi kedai buku Popular di Ikano… adik aku nak cari buku untuk dibaca… aku kat bahagian majalah, biasalah belek2 majalah camera…. anak buah aku ikut Usunya kejap lepas tu ke makngahnya pulak…. Macam lalang…. lentuk sana lentuk sini…..

Makngahnya pun nak interframe juga…. makan je meetball tu……

Lepas tu aku ke Guardians nak cari alatan untuk buat dressing bapa aku…. kapas, pelekat, sarung tangan dan macam2 lagi keperluan yang wajib….. lepas tu baru pergi makan…. ehh… ehh… silap2…. aku makan dulu baru pergi cari benda2 tu…. silap…silap…. mentang2 perut dah kenyang….

Tak sampai sejam…. settle semuanya….. nasib baik tak pinggan2 sekali telan…. Yang paling licin sekali anak buah aku…… licin…..

Jalan2 kejap… sambil makan aiskrim IKEA… kalau nak tahu si Intan sampai 2 kali makan aiskrim….. lepas tu, tanya diaorang nak ke mana lepas ni..?? “Pakngah…., Intan nak baliklah…. malam nanti nak tengok Konsert AF…”, anak buah aku kata nak balik…. dah penatlah tu…. pagi tadi aku dengar dia dengan Usunya cakap, nak pergi One Utama, nak tengok wayang…. bila perut dah kenyang semuanya bertukar…. padan muka korang….

Dah besar dah anak buah aku ni….. Intan ni dari kecik lagi aku jaga dia…. dah besar, tak kuasa aku nak jaga dah….

Dalam pukul 4.00 petang, kitaorang balik rumah…. sampai2 rumah, masing2 tukar baju dan terbongkang tidur tak ingat dunia…. ambik kau….. termasuklah aku…. sedar2 dah pukul 7.30 malam…. bangun2 dah Maghrib…….