Aku Balik Kampung….!!! Sorang2….

Rumah takde orang jadi tingkap kenalah tutup, nanti pencuri masuk….. Haaa…. nampak tak orang kat luar tu…?

Hari ni aku balik kampung kejap… Nak ambik barang, baju mak aku dan kemas rumah…. selain tu juga kenalah check semua plug2 elektrik, kunci2 pintu, dapur gas, check keliling rumah depan belakang, atas bawah…. bawah..???

Nilah ruang tamu (bahagian dalam) rumah aku, tempat lepak2 bila balik kampung…. bukan apa, sebab ada tv besar mak aku…..

Sampai2 je ambik kunci kat rumah jiran aku jap… masuk2 je nombor satu sapu lantai rumah yang dah berabuk…. kemaskan peti ais…. buang apa yang patut dan macam2 lagi seorang diri…. Kalau ramai2 pun adik beradik aku bukan rajin sangat buat sakit hati je……

Tinggal kosong buat sementara waktu, sehingga bapa aku sembuh sepenuhnya….

Sebenarnya aku balik kampung sebenarnya bukanlah dalam rancangan minggu ni, sebab adik aku Anor baru habis exam Uitm, jadi barang2 asrama dia kena bawa balik… dari rumah aku (Flora Damansara) bersepah dengan barang artwork dia yang banyak, baik aku bawa balik kampung simpan dalam stor… Dia pulak ada sukan Uitm kat Shah Alam selama seminggu…

Dalam pukul 9.00 malam baru aku balik ke Damansara…. Sampai rumah dekat pukul 12.00 tengah malam….

Advertisements