Aku…. Izzat…… Dan Bukit Jugra……

Pemandangan muara Sungai Langat di salah satu jeti di kawasan Jugra…. Dulu aku rajinlah lepak memancing kat sini…. sekarang takde genglah…. anak didik aku sekarang ni Izzat…..

Sahajalah tengok memory phone aku….. apa ada dalamnya pun aku tak ingat….. buka folder image, banyak juga gambar yang aku snap….. lepas tu terjumpalah gambar aku dengan anak buah aku Izzat…. gambar semasa aku balik ke kampung tengok bapa aku…. sebelum bapa aku masuk HUKM….
Muhamad Nur Izzat Rosli a.k.a Ijat @ Dat

Heranlah sekarang ni budak2 kalau tangkap gambar mesti pose sengal macam ni…. poyo betullah… ni semuanya bahana MySpace lah ni……

Petang hari Ahad tu, aku dengan anak buah aku Izzat jalan2 ke Bukit Jugra….. merupakan salah satu bukit bersejarah di dalam Negeri Selangor….. dari rumah keluarga aku cuma dalam 20 minit perjalanan…. Di sinilah terdapatnya Makam Sultan Abdul Samad…. tempat rekreasi dan sukan terbaru Paraglading…. bekas tapak kaki Hang Tuah… dan macam2 lagi…..

Posing dengan anak buah dan pakngahnya….. padahal time ni panas giler… kontrol je ni…. untuk lightinglah konon….. berkerut muka….. terkebil2 mata…..

Tapi petang tu aku lepak di salah satu jeti nelayan yang terdapat di kawasan Jugra ni…. anak buah aku ni bab bergambar nombor satu…. sikit2 tangkap gambar, saje tangkap nak masukkan dalam Myspace…. tak pasal2 muka aku ni pun masuk sekali dalam Myspace dia…..

Kat luar kereta pun dia nak tangkap gambar juga…. terlepas phone baru tahu….. satu pun tak dapat apa….. Poyo…. poyoo……
Dekat2 nak Maghrib jugalah kita orang balik… tempat yang aku bawa Izzat ni tak berapa bagus time dekat2 Maghrib, sebab banyak cerita disebaliknya…. kawasan Di Raja Selangor….. banyak pantangnya…. “Balik jom Jat….. “, kata aku….. “Lepaklah dulu pakngah….”…. “Gila engko, nak jumpa harimau ke..???”… “Apaaaa.. Rimau..??? Dahlah jom… jomm….”… Sampai rumah dah Maghrib…..
Advertisements