Tengah menunggu giliran…. Dah pukul 11.00 pagi tak sampai2 lagi…..

Pukul 5.30 pagi lagi aku dah bangun… mandi2 dan terus ke HUKM…. Macam yang aku ceritakan semalam…. Doktor nak jumpa aku…. Sampai HUKM pukul 6.10 pagi…. so singgah surau HUKM jap…. solat subuh lepas tu baru ke Wad Surgeri 1…. pergi jumpa bapa dan mak aku…. Mak aku baru mandi manakala bapa aku baru tukar baju….. Bapa aku senyum bila nampak aku…. dah nampak sihat dah bapa aku…. 2 hari lepas dia demam teruk…. tapi mulut dia bebel je ajak berborak…. walaupun tak berapa jelas suara dia….. Aku tanya mak aku doktor nanti datang pukul berapa…. Mak aku kata pukul 7.00 pagi….

Pukul 7.00 pagi, doktor datang… bagitahu keadaan bapa aku hampir pulih walaupun luka operation masih terbuka tapi kecil dah…. Alhamdulillah…. cuma lubang dari tiub drainage masih lagi belum bertaut dan masih mengeluarkan cecair dari badan…. tapi cecair tu cecair yang elok tidak mengandungi nanah…. Lepas tu doktor pakar kata nanti bapa aku akan di bawa ke tingkat 7 untuk dijadikan sebagai contoh pesakit untuk doktor pelatih menjalani final exam…. Oooo itulah sebabnya….. Management minta ahli keluarga ada bersama pesakit untuk membantu pesakit membuat penerangan tentang penyakit dan sebab kemasukan di HUKM…. Kalau harapkan bapa aku yang menjawab dia bukannya ingat…. nanti entah apa2 jawapannya…. dari menghidap penyakit sekarang ni, langsung dapat penyakit yang lain….

Pukul 8.30 pagi, staff nurse bawa bapa aku ke tingkat 7…. Datang seorang doktor beri penerangan tentang prosedur exam yang akan dijalankan…. Bapa aku dikategorikan Long Case (LC)… akan memakan masa dalam 30 minit untuk seorang doktor exam tu… seorang je yang akan soaljawab dengan bapa aku…. Giliran bapa aku dalam pukul 10.30 pagi…. lama juga nak tunggu…. siap diaorang bagi sarapan dan air minum…. akhirnya giliran bapa aku pukul 11.15 pagi…. diaorang minta maaf sebab diaorang start lambat…. Exam ini dijalani oleh doktor2 dari semua Universiti2 di Malaysia yang ingin menjadi pakar bedah…. so exam mereka dibuat di HUKM….

Mak aku dah macam nak terlelap dah…. Menunggu giliran tak kunjung tiba….

Nasib baik aku datang, kalau nak suruh mak aku menjawab dan beri penerangan bila dijawab mungkin entah apa2 mak aku jawab sebab diaorang nak kita terangkan dari A to Z…. sejarah dan fakta dari kita…. semuanya ada dalam otak aku…. Rasa macam aku pulak yang nak exam…. siap buka digital diary lagi…. baik aku je yang exam… tapi memang susah sebenarnya nak jadi doktor….. abis siapa suruh ambil bidang perubatan….. hehehe…. dekat pukul 12.00 tengahari semuanye selesai…. So attenden wad hantar bapa aku ke wad semula…. aku dengan mak aku keluar dulu ke wad… jalan terus ke Wad Surgeri 1…. bapa aku tak sampai2 lagi… rupanya doktor2 di tingkat 7 tadi ada taklimat untuk semua pesakit… semua pesakit yang terlibat tadi mendapat angpau sebagai sumbangan dan penghargaan masa bersama doktor2 yang menjalani exam… seorang pesakit dapat RM50.00…. wah rezeki bapa aku…. masa di wad HDS dulu, bapa aku jadi contoh pesakit juga untuk budak kolej perubatan jalani exam… dapat juga sumbangan RM30.00….

Itulah namanya rezeki….. walaupun sakit rezeki tak pernah putus…. Alhamdulillah….

Advertisements