Satu Malam Yang Menderaukan….!!

Hari Ahad, hari tu…. Rumah aku ramai tetamu yang biasa datang mengunjung yang aku rasa macam bukan tetamu dah…. balik2 muka ni, balik2 muka tu… Mereka ni terdiri dari makhluk2 nyata di alam maya ini… tak lain tak bukan anak2 buah aku, adik2 aku dan adik ipar aku…. Tujuan datang nak bagi perabih ais batu dalam peti ais aku, bukan nak buat balik…. mak aku juga yang kesian, sebab dia yang rajin buat….

Ais batu menjadi popular bila adik-beradik aku datang…. Bukan nak buat balik….

Macam biasa bila hari Ahad ke, Sabtu ke, diaorang2 ni rajinlan bebeno datang lepak rumah aku…. mentang bapa aku ada kat sini… kalau tak haram nak datang… yang rajin pun selalunya anak buah aku Intan dengan Izzat…. itu pun lepak tengok Konsert AF… Sekarang ni AF dah habis… kalau tak datang lagi aku tak tahulah….

Baru kemas peti ais dan pastinya akan penuh dengan macam2 makanan yang diaorang bawa….

Nak dijadikan cerita malam lepas diaorang2 ni balik, aku pun macam biasa kemas rumah dan buat apa yang patut sebab diaorang ni dah tinggalkan macam2 jenis kuman, penyakit berjangkit, sisa2 toksik, sisa2 pepejal dan macam2 lagi khazanah sampingan…. Dah settle semuanya, aku pun rehat kejap lepak2 dalam bilik dengan bapa aku… borak2 kosong… lepas tu, lepak kat ruang tamu tengok TV sambil baring2 atas sofa…. tapi mata aku selalulah pandang ke luar kat balcony depan, menjadi rutin mata pulak dari dulu lagi…. manalah tahu kalau ada mata2 yang memanjat, mengintai dari luar…. time tu dah pukul 2.30 pagi…. sekejap2 mata aku pandang2 balcony…. malam tu juga angin sepoi2 bahasa…. (wah… dah lama aku tak pakai perkataan tu… sepoi2…) jadi kain langsir rumah aku pun bergoyang setiap kali ditiup sang bayu (cewah ayat tak hingat lagi)… sejuk je udara yang bertiup…. mata aku pandang lagi…. hati mula berdegup laju kejap… apasal pulak ni…??? Tenangkan semula hati…. kejap2 tu aku pandang lagi….

Peti ais kesayangan aku…. Peneman di kala malam…. Di kala perut berkeroncong…

Masa nak pandang TV semula , anak mata aku meleret macam terpandang sesuatu… aku buat tak tahu je…. perasaan aku je tu…. menenangkan diri sendiri sebenarnya sebab jantung aku dan bulu roma tak tegak pun…. lepas tu sekali lagi aku terlihat bayang2 kelibat…. benda tu melintas dari kiri ke kanan balcony, di celah2 kain langsir aku…. rendah je pulak tu…. kurang ajar punya kelibat dalam hati aku berkata…. dalam masa tu, adik perempuan aku ada di hujung kaki aku, dia buat apa entah time tu aku tak ingat… tapi dia pandang tempat lain dan tak tahu apa yang berlaku…. aku bangun dari baring memandang keluar…. Adik aku dah perasan tentang keadaan aku…. Aku bangun dan dengan hati yang kurang berderau terus ke balcony dan selak langsir rumah aku…. kurang ajar punya hantu….!!!!! Aku lepak2 nak tengok TV, engkau kacau dan sakat aku ye…. nasib baik engko tak berani masuk…. kalau engkau masuk, aku pijak kepala engko…. bagi pecah…. cewah berani gila aku sound…. terkelip2 mata kelibat tu… bergoyang2 kepala dia…. Adik aku diam tak bersuara kat dalam rumah…. Aku kalau dah berani, memang berani betul…. Ambik engko…..!!!!!

Aku suruh adik aku ambil kamera, dia tak berani…. Aku kata takpe, malam ni aku lepaskan engko…. esok engko datang aku tangkap gambar engko sekali…. Riak betul aku time tu, perasaan takut dah hilang ke mana…. Itulah aku….. KURANG AJOR PUNYA HANTU….

Advertisements