Selesai Sudah Hutang Aku Dah….!!!

Inilah budaknya yang bagi aku hadiah sempena Visitors Counter Number 22,222 tempohari….

Ingat lagi tak hadiah yang aku dapat dari Blogger aku tempohari… Blogger popular dan baikku http://misswawa.blogspot.com a.k.a Wawa_Nadwa…. Hadiah yang aku terima hari tu sebab aku dapat print screen dia punya Counter Number Visitor 22,222 Last2 dia cakap dia nak bagi aku hadiah…. fulamak seronoknya…. Niat tolong dia je…. Tak tahulah pulak ada ganjaran…. Tapi aku tak minta ye….

Inilah hadiah dan hasil kerja tangan aku dan adik aku pukul 4.00 pagi….

Hadiah yang aku dapat dari Wawa adalah Jigsaw Puzzle 1000 pieces…. Banyak tu…. Aku terima hadiah tu melalui Pos Laju pada 4 Mei 2009 tempohari…. Tapi aku ambil pada 6 Mei 2009 sebab ada hal lain kebetulan hendak ke area Shah Alam… Mula2 ingatkan kat Sg.Buloh, rupanya Pos Laju Shah Alam sebab aku tak pandang Notis Pos Laju tu betul2…. Padan muka aku….

Hadiah yang menjadikan aku dan adik aku lambat tidur malam…. Bila dah start susah nak berhenti….

Tujuan sebenar aku buat entry ni adalah untuk memberitahu Wawa_Nadwa bahawa aku telah pun menyiapkan Jigsaw Puzzle tu….. Settle dah takde hutang lagi….. Aku buat pada Isnin lalu… baru buka plastik hadiah…. so, malam tu juga buat dengan adik aku… dia yang seronok nak buat…. start pukul 11.00 malam siap pukul 4.00 pagi… menungging2, terguling2, terjulok2, terjeliaq2 membuatnya…. bendanya sama je rupa….

Inilah hasilnya setelah bertungkus lumus menyiapkannya dalam tempoh yang singkat….

Esoknya spray gam kat belakangnya, tampal kat board keras… lepas tu spray clear kat permukaan depannya supaya nampak berkilat…. Jadi kalau nak framekan nanti senang…. Maka siaplah hutang yang dijanjikan dahulu….