!!!!!!……Ngeri Siott…..!!!!!!

Ingat tak entry hantu tempohari, yang datang mengacau aku…. Semalam malam dia datang lagi… kali ni dia datang sorang je…. Hari tu datang 2 ekor…. tapi lain2 masa…. Maknanya 2 kalilah aku dikacaunye…… Kurang ajor betul……

Sekali lagi aku dikacau… kali ni dia usik kaki aku lagi…. time tu kat balcony, aku tengok keluar… sebab ada bunyi hon kereta…. sedap2 tengok keluar, terasa kaki aku macam dicuit2… mula2 tu aku buat tak tahu je sebab rasa dicuit sikit je…. lama2 lepas tu makin kuat dan buat aku terperanjat… bila dah terperanjat apalagi kaki aku ni terus sepak je benda tu, tindakan refleklah katakan…. Ambik kau…. Pecah kepalanya….. Aku pulak melompat terperanjat masuk semula ke dalam rumah…..

Tapi adik aku sempat tangkap gambar benda tu… sebab dia dah nampak dulu sebelum aku…. kebetulan dia tengah belek camera dia…. senyap2 dia snap… aku pun tak perasan…. Jadi aku ada bukti entiti yang aku cerita tadi dan juga entiti yang kacau aku minggu lepas….









Ini dia gambar yang sempat dirakamkan…… Apa yang anda nampak….????

Haaaa…… Ini dia gambar yang sempat adik aku rakamkan untuk tatapan kalian semua….

Siap duduk bertindih lagi…. Adoh ngerinye……

Hantu yang pertama yang mengusik kaki aku……kat balcony…….

Yang ni hantu kedua yang aku jumpa… kat bahagian dapur rumah aku…..

Yang ni je yang sempat aku pulihkan supaya dapat menjaga rumah aku…. khadam…. tapi jadi bangsa Pakistanlah pulak…. Hehehe…..

Kalau ada blogger yang mahukan khidmat menangkap hantu atau menghalau hantu di rumah anda… bolehlah hubungi aku di talian atau SMS aku di : 019-4404403…. ye… dengan segera aku sampai…. macam hantu juga….

Sebenarnya ia kepunyaan anak buah aku Emily yang datang bertandang kat rumah aku tempohari…. dia tak bawak balik rupanya…. yang terperanjatnya aku, sebab tiba2 je rasa macam ada sesuatu berada dan berlegar2 dalam rumah aku dan di bahagian dapur…. itu pun sebab malam tu agak berangin sebab nak hujan…. jadi belon2 ni bergerak2 dan berjalan2 dalam rumah aku…. aku pulak tutup lampu….. so, kuranglah nampak benda2 ni….. Wassalam…..