Buah durian dari Melaka yang didelivery ke Damansara Perdana…… Sedap gila…. Buah grid AA…

Korang kalau nak makan durian, mesti pergi cari kat gerai atau balik kampung kalau ada musimnye ye tak??? Kalau kat Damansara ni nak cari durian agak susah juga kalau takde musim… so, kalau tengah ada musim barulah tercari2… kena pulak kat kawasan Damansara ni, dengan harganye yang mahal, nak makan atau nak beli pun fikir banyak kali….

Rezeki aku dan family….. Buah durian yang diimport dari Melaka….. Dikutip pada pagi tadi…. Baru gugur dari pokok terus ke Damansara Perdana…..

Tapi tahun ni rezeki murah kot selepas aku ditipu oleh peniaga durian minggu lepas… Time tu aku balik ke kampung aku di Banting untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan sekolah aku di sana dan sekali gus nak kemas rumah mak bapa aku yang tidak bepenghuni untuk sementara waktu ni…. macam biasalah aku akan balik melalui jalan kampung… Dari Damansara mengikuti Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) menuju ke Dengkil/Sepang…. kemudian mengikuti Jalan Olak Lempit… kat sini banyak gerai2 yang menjual buah2an tempatan termasuklah durian… mula2 tu nak beli buah nenas madu je… tapi mata jeling durian pulak…. dgn hati terbuka da agaknye aku ni kena ‘mandrem’ dek perempuan tu, aku pun dengan rela hati membelinye… dahlah kecik besar kepala kera, aku ambil 5 biji… tu pun dah 5 kilo… semuanye RM35.00… siap diskaun RM3.00 lagi… Ok… dalam hati aku…

Sampai kampung, aku taklah check dulu buah tu sebab nak bawa balik Damansara… mak aku teringin nak durian kampung…. So, malam tu baru aku check bila dah sampai rumah aku…. bila buka punyalah tak cantiknye buah tu… siap ada yang dah kena kopak dek tupai lagi… pandai betul dia tunjuk buah tu masa timbang dan masukkan dalam plastik…. kurang asam punya peniaga…. lepas ni takkan aku singgah lagi ke gerai dia…. meniaga tak ikhlas….

Makngah aku dan family makan malam kat rumah aku…. Lauk tak masak, order guna sms kat restoran bawah….

Jadi nak jadikan cerita, petang semalam pukul 2.00 petang, anak makngah aku yang kat Melaka call aku…. apasal pulak ni… ada kecemasan ke kat kampung…. Melaka kampung mak aku…. Oooo… rupanya diaorang nak datang rumah tengok bapa aku…. Ingat ada hal lain…. Diaorang jangka sampai dari Melaka ke Damansara lebih kurang pukul 5.00 petang…. tapi aku agak2 diaorang sampai dalam pukul 6.00 petang….

Tengah memunggah keluar buah durian yang aku pikul dari Ground Floor…. Punyalah banyak makngah aku bawak dari Melaka….

Nah ambik engko…. Nak sangat makan buah durian banyak2kan…. Sampai kena gelek kat kaki pun tak perasan….

Tekaan aku betul…. diaorang sampai dalam pukul 6.30 petang…. sampai diaorang kat bawah rumah aku, makngah aku call suruh turun ambik barang…. Sampai je kat Ground Floor, mak aiii… terperanjat aku dibuatnye…. siap bawa buah durian, seguni besar lagi…. selain tu dengan buah bachang lagi…. (buah bachang : spesis buah mangga)… dalam guni tu ada lebih kurang 20 biji lebih, nak dekat 30 kilo… punyalah berat… bau dia punyalah power…. sebab aku tahu buah dari dusun makngah aku ni memang kelas A punya…

Nilah makngah aku dari Melaka tu… Nama dia Amnah, aku panggil Makngah Menah…. Tu dia tengah asingkan jenis durian yang bagus Durian D24…. isi kuning dan tebal….

Dengan gagahnye aku walaupun sakit belakang, aku angkat guni durian tu sorang2…. masuk pulak dalam lift…. perhhh… bau dia menusuk kalbu…. segan juga aku dengan orang lain yang sama2 masuk dalam lift time tu…. nak buat macam mana, dah buahnye banyak…. aku kalau beli buah durian selalunye aku akan naik tangga ke Tingkat 10… segan dengan baunye… selain tu boleh buat aktiviti senaman…. tapi kali tak dapek den nak tolong, ekau bau je yo…. minta maaplah kat den….

Lepas sajian makan malam tu, macam biasalah makcik2 kalau dah jumpa…. punyalah rancak bersembang….. Bapa aku pun joint sekali walaupun masih lemah…. depan bapa aku tu Pakngah Razak aku…. Makngah dan pakngah aku ni dulu bekas guru besar sekolah kat Melaka… Makngah aku baru 3 bulan pencen…. tu yang rajin sampai ke Damansara……

Sampai depan pintu rumah macam nak pitam pun ada…. tapi pasal durian makngah aku ni, kenalah gagahkan diri…. mak aku dah senyum lebar dah…. rupanya dia dah tahu makngah aku ni nak bawak buah durian tapi dia diam je…. manakala buah bachang yang aku cakapkan tadi ada dekat 20 biji diaorang bawa…. memang puas makan lepas ni….. terima kasih diucapkan pada makngah aku…. macam dah tahu je aku tengah teringinkan durian….

Itu pun siap offer lagi suruh balik Melaka, ambik lagi buah durian lagi kat dusun dia… 2 hari lepas makngah aku cakap ada sekumpulan pelajar universiti datang kampung aku kat Melaka, makngah aku offer kat diaorang untuk datang ke dusun untuk makan buah durian kat sana…. seramai 30 orang, puas budak2 tu makan…. Itu pun buahnye tak habis2 lagi…..

Buah durian yang dibawa oleh makngah aku dan juga buah bachang….. banyak giler…..

Tengoklah kalau takde hal minggu ni, bolehlah lari kejap balik Melaka…. Tapi kalau difikir2kan juga minggu ni minggu last budak2 cuti sekolah…. confirm jem gila2 jalan dan highway…. tengoklah nanti….. lama juga aku tak balik kampung mak aku…. rindu juga aku kat kampung….

Sebelum balik, macam biasalah sesi bergambar untuk kenang-kenangan…. Bukan selalu dapat berkumpul macam ni…. kalau ada pun time raya je……. Yang tengah tulah anak makngah aku….. dia ni pun dah ikut jejak mak dan bapa dia, jadi guru sekolah….. Makngah aku ni cuma ada 2 orang je anak…. dua2nye lelaki….. Lepas je diaorang balik apa lagi kenduri buah durianlah jawabnye….. selamat menjamu selera…… Tak lama tu makngah aku call aku, dia suruh turun bawah balik….. rupanya dia bagi lagi buah bachang lagi dekat 20 biji lagi….. mak aiii…. apa aku nak buat pun aku tak tahu… jawabnye sedekah kat jiran kelilinglah…… Itu dinamakan REZEKI…… ALHAMDULILLAH….