Macam nilah keadaan peti ais mak aku…. dah lama ditinggalkan dan tak dibuka….. Masih banyak barang yang perlu dibuang…..
Pada 29 Mei 2009 hari tu, aku dengan adik aku macam biasa balik sekejap ke rumah mak bapa aku di Banting (kampung ker…??) Kira kampung jugalah…. Kali ni menjalankan operasi pembersihan peti ais yang dah lama ditinggalkan… selain itu nak kutip surat2 dan bill2 rumah….

Ikan2 dan daging masih lagi…. dan dalam keadaan elok…. ais krim Malaysia pun ada….
Kerja pertama aku, check sekeliling rumah dulu, kalau ada tanda2 orang masuk rumah atau ada orang dalam rumah… kalau ada memang aku bantai cukup2…. Alhamdulillah semua ok buat masa ni… aku masuk dulu, buka kunci pintu… check semula kalau2 ada orang di dalam… line clear… baru buka lampu semua… sebabnye aku balik malam…. Kalau siang2 tak mungkin diaorang pecah masuk…

Tengah check apa yang ada lagi di dalam peti ais tu…. Haaa… ni perlu dibuang dah…. Nak tengok apa yang aku lihat…. kejap…..
Kali ni aku balik dengan adik aku yang last Anor… Tugas dia sapu lantai dari depan rumah sampai ke bahagian dapur…. dan tugasan kedua menjadi cameraman aku… bukan untuk tangkap gambar aku tapi untuk ditunjukkan kepada mak aku nanti… biar dia puas tengok apa yang ada di rumah…. tapi kalau ada gambar aku tu… paham2 jelah bukan itu yang ku pinta….

Ok… nilah dia kalau dah 2 bulan tak buka peti ais… Halia dan limau kasturi dah kecut giler…. keras pulak tu….
Tugasan aku pulak…. nombor satu nak kemas peti ais dan buang apa yang boleh dibuang…. kesian tengok khazanah yang ada…. dari elok cantik sampai kecut sekecutnye…. kalau telur ayam ada dalam peti ais lagi time tu, mahu juga jadi anak ayam…. nasib baik dah bawak balik Damansara tempohari….

Kerja2 mengelap habuk… dan mengelap dapur…. naik tebal dah habuknye…..
Tugasan kedua aku kena lap dapur, lap kabinet dapur, meja makan kat dapur dan macam2 lagi…. tugasan akhir sebelum balik malam ni, aku nak basuh kereta Porche a.k.a Tekoyong aku dulu bagi segar macam tuannye juga…. Kalau Blogger Wawa-Nadwa ada Si Biru…. aku ada Si Putih…. kereta kesayangan aku….. Umur dah 14 tahun dah….

Kalau kereta tu warna lain selain putih senang jaga… kotor sikit pun tak nampak…. Kalau warna putih ni kena rajin yang amat sangat sebab kalau lama tak basuh sah akan nampak kekotorannye….

Aku memang suka basuh kereta…. Dari zaman bapa aku lagi….. Dulu kereta bapa aku pun warna putih…. yang basuhny akulah semestinye…. mentang2 aku je sorang anak lelaki….

Sebenarnye bila basuh kereta warna putih ni, kita dapat rasakan kepuasan selepas kita dapat lihat warnanye menyerlah….. Haaa…. tu yang nampak calar tu tanda sempena hari raya tahun lepas… ada mamat tu bawa anak ramai naik kereta, time tu parking Tesco… entah macamana entah dia nak U-Turn dia boleh gesel bumper kereta aku, aku punyalah hangin tapi bila tengok anak2 dia ramai dalam kereta terus tak jadi marah dan kesian…. dahlah nak dekat raya ni…. aku tengok calar sikit aku suruh dia blah cepat….. sebelum aku naik hangin lagi…. Sabo2 bulan puasa…. Haaa… tulah kalau pakai kereta warna putih, kena sikit dah nampak dah kesannye….

Dalam pukul 11.00 malam, baru selesai buat kerja2 yang sepatutnye…. so, dalam pukul 11.30 malam baru bertolak balik ke Damansara…. Itu pun macam tak puas hati je kemas rumah kali ni sebabnye sekejap sangat… Lain kali nak balik lama sikit, boleh buat macam2 lagi…. mak aku suka sangatlah tu kalau aku balik rumah dia, dapat kemas rumah….. dan macam2 arahan dan pesanan akan diberikan untuk aku…. Siapa tak sayang rumah sendirikan..???