Betapa kuning dan tebalnya isi buah durian dari dusun Makngah aku di Melaka….
Pagi2 lagi mak aku dah kejutkan aku…. Ingatkan apahal… Bapa aku ada masalah ke?… Ada masalah lain ke..??? Rupanye mak aku suruh aku kopek buah durian yang makngah aku bawa semalam…. Buat suspen je mak aku ni……

Dahlah malam semalam tak berapa nak tidur sebab badan panas…. maklumlah mencekik durian dekat sebiji seorang…. Isinya yang terbaik dari ladanglah katakan…. Nak kata tak minum air dalam kulitnye, dah buat dah…. aku rasa dah terlebih makan kot….

Gambar ni baru tangkap pagi tadi…. itu pun tinggal separuh je isinye…. Yang lain dah kena makan dan buat sambal tempoyak….

Yang mak aku suruh kopek durian pagi2 buta tu, dia nak buat sambal tempoyak hari ni…. huiii sedap tu…. dengan pening2 lalat lagi aku pun kopeklah sebiji…. nak pakainya dalam 3 ulas je… jadi yang lain, nak buat apa..??? Buat makanlah jawabnye…. maka pagi2 lagi dah makan buah durian lagi…. panas badan malam tadi pun belum lagi reda dah tambah lagi temperature…. mahu demam nanti ni…. Memang family aku ni suka makan durian…. masa bapa aku sihat walafiat dulu, rajinlah dia balik kampung kutip buah2 kampung…. bila musim je makngah aku akan inform… penuh satu bonet kereta…. kadang2 tu family aku yang masih ada kat kampung pun datang bawa ke rumah mak bapa aku kat Banting…. Dari buah manggisnye, buah langsatnye, buah rambai, durian semestinyelah, rambutan dan macam2 lagi…. siap bagi2 lagi kat jiran sekeliling…. kadang2 jiran2 ni yang offer diri nak balik ke kampung mak aku di Melaka untuk makan buah2 kampung…. seronok jadinye….

Yang bagusnye durian ni… Bijinye kecik je dan selebihnye isinye sahaja….

Tapi sekarang ni dah jarang dah aku dan family balik kampung, sejak bapa aku tak sihat dan susah nak berjalan… sampailah sekarang…. tulah sebabnye makngah dan pakngah aku datang bawa buah2 ni ke Damansara…. Diaorang teringatkan kat bapa dan mak aku…. sanggup diorang luangkan masa untuk perkara2 macam ni….

Kalau makan 3 ulas je, tekak dah mula muak…. tapi aku tidak sama sekali… sebijik macam ni pun boleh habis…. betul aku cakap…..

Berbalik semula kita tentang durian ni, yang tak tahan tengoknye isinye… mak aii… kuning dan tebal…. ada ke mak aku kata nak buat tempoyak je semua durian tu…. buat apa, sikit2 dahlah…. makan terus lagi sedap… takkan nak makan tempoyak je kerjanye…. sayang sebab buah baik… kalau tak elok takpelah…. Mak aku muncung je bila aku cakap macam tu… tempoyak hari tu pun dalam peti ais pun belum habis lagi…. itulah perangai mak aku…. aku cakap “kalau ada buah yang tak berapa sedap nanti boleh buat tempoyak ye Hajah”…. Iyelah mak aku jawab…. mulut muncung masih ada lagi….

Jadi untuk jiran2 aku tak kira dari bangsa Melayu, Cina dan India… termasuklah Mat Saleh di hujung blok… aku minta maaf kalau terbau buah durian dan buah bachang untuk 2 ke 3 hari ni ye…. maklumlah buah durian kampung….. baunye power giler….. maaf ye…..