Sebelum pergi singgah kejap ke Petronas Sg.Penchala isi minyak si Putih aku….

Isi angin tayar sebab ramai sangat yang ikut…. Lagi satu lama tak isi angin sebenarnye….


Entry
kali untuk cerita aktiviti aku minggu2 lepas…. Saje bawak anak2 buah aku jalan2 kat One Utama sebelah malam pada 3 Jun 2009 tempohari…. One Utama dari rumah aku dekat je 15 minit pun tak sampai…. So, keluar rumah lepas Maghrib dalam pukul 8.00 malam… Wife aku nak shopping sikit baju kat Jusco sebab ada Jusco Sale…. dia je yang shopping, kitaorang tolong teman je…..

Time ni tengah turun eskelator Jaya Jusco….. Parking kat tingkat atas One Utama….

Shopping time……. Shopping jangan tak shopping….

Tengok…!!! Orang dah nak tutup pun wife aku masih sempat bayar…..

Wah penat ni…. Makan belum lagi……. Yang bagusnye bawa anak buah ni, barang boleh suruh diaorang yang bawa… hehehehe…..

Aktiviti utama malam tu nak melepak sambil makan2…. Macam2 cadangan dikemukakan dan akhirnya masing2 nak makan Western…. so, kitaorang lepak makan kat satu sudut di depan Supermarket Jusco… nama sudut tu California Express BBQ & Grille Station… Aku makan kat situ dah 3 kali dah… makanan ok dan sedap dan yang pentingnye banyak….

Lapar ni….. Tengah tunggu makanan yang baru diorder…..

Sebelum makan posing dulu…. Cameraman malam ni di Izzat…..

Aku, wife yang suka shopping….. Haaa.. tu dah check beg duit tu nak pergi beli baranglah tu kat kedai belakang dia tu….

Aku dan anak buah aku yang pertama Nur Intan Roslina a.k.a Intan @ K***h…. (Rahsia nama kampung)….

Aku, wife, Intan dan Izzat order menu yang berlainan… Aku mesti order steak lamb grill, wife ambil beef steak combo, Intan fish & chips manakala Izzat order apa entah di samping makanan sampingan yang lain… mushroom soupnye, kentang gorengnye dan lain2 lagi… Naik muntah juga makan malam tu….. lama juga tak lepak sambil makan2 dengan diaorang…. Bagus juga kalau selalu2 macam ni…. mengeratkan silaturahim…. katanye…..

Nilah tokey kedai kat belakang tu….. Tapi walaupun tokey kena bayar juga….. opsss salah kedai rupanye….

Tu buat muka kelaparanlah tu….. ke atau buat muka poyo dia depan kamera…..

Settle makan dan lepak lebih kurang pukul 10.00 malamJusco pun dah mula nak tutup…. kiranye kitaorang ni tolong tutup kedailah… bukan kitaorang je sebenarnye ramai lagi macam kitaorang…. malam relaks sikit….. tak kelang-kabut…..

Jangan cakap Izzat je yang kelaparan…. Aku pun sama….. Aduhai lapar ni…..

Haaaa…. Izzat punya order dah sampai….. Aku punya bila ni…..????

Alamak aku punyalah… ingat Izzat punya…….

Lepas tu ingat nak balik terus, teringat pulak adik aku kat rumah… dia malas nak ikut kita orang malam tu….. lepak rumah main internet…. dia cakap hari tu nak makan pizza… apa lagi, singgah Domino’s Pizza kat Taman Tun Doktor Ismail (TTDI) kejap…. Order 2 large pizza… sampai rumah dah sure diaorang2 ni pun joint sama….. nasib baik Domino’s tutup pukul 11.00 malam….

Tengah menunggu Pizza siap…. dalam masa 15 minit atau aku boleh dapat diskaun sekiranya lebih 15 minit….. tapi setakat ni tak pernahlah lagi lebih 15 minit…. diaorang handal…..

Ok…. masa untuk balik….. dah.. dah jangan nak singgah mana2 lagi… dah penat dah ni…..

Pukul 10.50 malam sampai rumah terus hidang atas meja dan kitaorang makan ramai2 satu family, yang dah kenyang pun sama joint… mula2 kata kenyang dah…..