Chef Izzat sedang menumbuk bahan masakan…. First time aku tengok….. Rajin betul boleh jadi bakal menantu ni…..
Ni aktiviti kat rumah aku pada 2 Jun 2009 hari tu… Adik2 aku dan anak buah aku datang rumah lepak dan entah apa pulak rajinnye nak tolong mak aku @ wan nye memasak… Lauk apa entah aku tak ingat dah… Aku goyang kakilah hari ni…. Yang pergi kedai diaorang2 je turun kat kedai bawah…

Yang baju biru ni, Ketua Tukang Masak…. Jangan bantah arahan, ikut je…. Nanti kena marah…. Kalau nak makan tolong masak….. Itu arahan pertama dia….. Mak kaulah tu…..

Haaa…. yang belakang ni selaku Pembantu Ketua Tukang Masak…. Arahan dia juga jangan dibantah dan jangan komen masakan dia, pasti akan dapat perkataan yang panas telinga mendengar…. Kalau tak sedap, cakap je sedap dan puji sikit2…. Kalau tidak nahas engko…..

Aku tunggu siap dan makan je nanti… Manakala bapa aku, aku uruskan dalam bilik… Lepas tu dia cakap nak tangkap gambar ramai2 nanti bila dah selesai makan…. Apahallah pulak ni… Aku cakap ok…. nanti kita tangkap gambar ramai2… tolak kakak aku je… sibuk dengan kerja…. takpelah wakil ada… Intan dan Izzat

Yang ni juga jangan dikacau….. anak buah aku Emily…… Tapi arahan dia kita boleh bantah…. Ni adalah penyibuk di kaki2 kitaorang…. Arahan dia, abaikan…. bukan apa tapi tak faham… entah apa2 yang dia mengomelkan….

Memang riuh sekampung bila semuanye berkumpul…. dengan anak buah aku yang keciknye pun tak padan menyibukkan dapur je dengan keletahnye…. Mana ada orang buat kerja mesti ada dia…. Kecoh pulak mulut dia, baru pandai nak cakap jelas….

Yang 2 orang ni ditugaskan untuk merasakan masakan yang akan dimasak…. Tengah menunggu semuanye siap, jadi tugasan kami akan bermula…..

Yang si kecik ni, tugasan dia dah habis kat dapur… so, tugasan menyibuk dengan kitaorang pulak…. Nampak tak…??? Kaki kacau…..

Selesai sahaja memasak, belum makan lagi…. bapa aku dah suruh tangkap gambar ni untuk dia….. sebab tu muka masing2 entah apa2 entah…. Cuba cari muka yang belum mandi…???

Yang akhir ni…. Tugasan bila perut dah kenyang…. semuanye akan lepak dalam bilik dan melabuhkan perut….. Lepak dalam bilik bapa aku….. Adik aku ni memang kaki interframe…. pantang nampak camera, pasti ada aje gambar dia….