Aku di depan kedai di Jalan Tuanku Abdul Rahman…..

Hari Khamis 2 minggu lepas, rasa 4 Jun 2009 lalu… Aku, wife dan anak buah aku Izzat ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) melayan wife aku ke Gedung Jakel beli kain untuk dibuat tudung…. Wife aku buat business tudung costum yang macam tudung Ikin, Sri Munawarah dan macam2 lagi….

Medan Tunku… Dah banyak berubah….

Tengah menunggu Izzat bayar tiket parking….

Stok kain selalunya dibeli dari Dubai, sebab kain dia murah banyak dari yang ada kat sini… sebab stok kain dari Dubai yang dikehendaki oleh clien habis kenalah beli kat sini Malaysia… Stok dari Dubai selalunya dikirim atau dipos oleh Abang Ipar aku di sana… Dia seorang arkitek kat Dubai untuk sebuah syarikat tempatan… So, bolehlah kirim2 kan stok kat sana…. kalau kirim stok pastinye 2 beg besar sampai di sini… nasib baik tak kena cukai, entah macamana dia buat entah…

Rasa macam tokey gedung kain pulak…..

Kadang2 tu boring juga tengok kain2 macam ni…. Tapi seronok juga tengok gelagat orang sedang membeli…..

Business ni agak baik dan mendapat sambutan menggalakkan…. Alhamdulillah…. Kalau nak tengok koleksi2 yang pernah kitaorang buat boleh di check kat http://penguinzigloo.blogspot.com … Kalau ada yang nak support business wife saya bolehlah layari blogspot tu ye…..

Apa pandang2… Ingat makngah model kain ke…???

Berbalik dengan cerita aku ke Jalan TAR tu, first time aku ke Jakel ni…. Mak aii besar giler kedai tu….. Satu lagi punyalah ramai staff untuk layan kita…. Berebut2 nak layan kita…. tapi ada juga buat tak tahu je…. Tapi lepas aku ke sana 2, 3 kali baru aku tahu kenapa mereka berebut nak layan kita, rupanya diaorang ni ada komisen untuk setiap jualan tersebut… dan mendapat nama yang bagus dalam company…. itupun sebab staff yang layan kitaorang yang bagitahu…. sebab tulah ada sekali tu wife aku tanyakan satu staff ni dia ada ke takde hari ni…. budak yang ditanyakan tadi boleh katakan staff tu takde hari ni…. pelik juga sebab sebelum datang aku dah call dulu, akak tu kata dia ada hari ini…. heran2, rasa tak puas hati aku call balik, memang dia ada kat tingkat atas…. lepas tulah baru aku tahu tentang sistem diaorang bekerja…. diaorang akan mendapatkan seramai mana clien untuk dilayan jadi banyaklah diaorang punya komisen…. macam2… duit punya pasal sampai boleh tikam orang dari belakang….

Tengah naik eskalator ke tingkat 2…. Kain tudung di tingkat 2….. Wife aku laju je dah pergi…. yang tinggal belakang sibuk berposing…..

Aku sebenarnye malas nak ke tempat2 macam ni, tapi selain ikut je, wife aku suka tanyakan pendapat jenis metarial dan design kain yang baru untuk koleksi tudung business dia…. kalau aku rasa tak cantik, aku akan kata tak lawalah…. cari yang lain…. kadang2 kalau dah 3, 4 kali dia dok pegang je kain tu, nak tak nak, aku kata ambillah sikit untuk buat sample…..

Time ni dalam lif tengah turun….. Kalu naik kena guna eskalator atau lif…. tapi kalau turun mesti guna lif….. Memanjang posing…..

Anak buah aku ni, memang rajin…. tapi rajin ambil gambar, mentang2 dah ada camera sendiri… ni tengah giler camera…. lantakkan… tapi dia akan cepat belajar dari kerajinan dia…. boleh jadi backup photographer aku nanti…. Untuk kali ni dengan kerajinan dia maka banyaklah gambar2 dia rakamkan…. banyak candid shot…. oklah tuuh…. jadi model sekali sekala….

Haaa… ni dia gerai yang menjual ikan bakar…. sedap giler…..

Yang tu aku punya…. makcik tu tengah bungkuskan untuk aku… Kak sambal lebih ye…..

Sebelum balik tu, macam biasa aku mesti singgah kat satu foodcourd dekat dengan Wisma Yakin…. Kat sana my favorite food adalah ikan bakar…. ikan parilah, ikan kembung bakarnye… perhhhh sedap giler…. yang buat sedapnye adalah dia punya sambal cicah…. hari tu aku beli 2 keping ikan pari bakar…. saiz besar… harga RM7.00 sekeping… dalam kereta mak aii…. semerbak baunye… cepat2… perut dah lapar ni……

Sempat juga posing bertiga dalam kereta…. time traffic light tengah merah…..

Masa untuk balik…… Rasa lambat sangat… sebabnye perut dah lapar…. Cepat Jat…. Dalam tengahari tu kitaorang sampai rumah…. Mak aku dah masak nasi dan lauk, so… tambah menu lauk lagilah jawabnye…… Makan time….