Dalam perjalanan dari Damansara ke Shah Alam, kemudian terus ke Melaka…..

Dah nak sampai dah simpang keluar ke kampung aku….. lagi 2 km lagi….

Paparazi dan juga jounalist untuk trip durian kali ni….. Izzat The Poyos….

Ingat tak entry aku tempohari tentang makngah aku yang dari Melaka bawa durian ke Damansara…. Yang ni adalah sambungannye…. Tajuk entry aku tempohari ‘Orang Cari Durian.. Tapi Aku, Durian Cari Aku….’…. Sejekap je durian tu cari aku…. 2 hari lepas tu, aku pulak cari durian balik….. Ni sebab mak aku paksa balik Melaka ambil durian lagi… dan sebab lainnye juga, kerana makngah aku dah kumpulkan buah durian dari dusun dia untuk kitaorang…. Aku memang nak balik Melaka, lama sangat tak ke sana, kalau tidak raya ke tiga atau ke empat mesti balik… dah beberapa tahun ni aku tak balik sebab mak dan bapa aku sakit…. 2 tahun lepas mak aku operation hati dan tahun ni bapa aku pulak, dah sure tak balik kampung punya….

Lagi 1 km lagi dah dekat dah ni…. dah berbau durian dah….

Time ni dah keluar highway dah…. Tu simpang ke kanan menuju ke Brisu @ Lubuk China….

Keadaan jalanraya yang semakin baik dan banyak kemajuan di kampung ni…..

Yang ni selekoh maut…. kalau balik malam2 takut juga sebab kita tak nampak kenderaan dari atas… harapkan lampu kenderaan je… tapi kalau siang lagilah merbahaya….. sebelah kanan tu ada kawasan kubur…. Mengikur fakta Pakngah aku terdapat kubur perintis kampung ni… apa nama aku lupa…..

Dah nampak dah signboard kampung aku : Brisu @ Berisu….

Nilah dia pekan Brisu….. Pekan cowboy….. Kecik je pekan dia…. yang ni tak membangun langsung….. sari aku kecik sampai sekarang sama je kedainye…..

Cerita dia macam ni…. lepas makngah aku balik dari rumah aku tempohari…. mak aku memang giler makan durian, samalah dengan aku…. dan juga dengan yang lain…. esoknye makngah aku cakap durian dia dah kumpulkan untuk aku kalau nak…. dekat seguni setengah…. Makngah aku kata dia dah tak tahu nak kasi siapa lagi…. semua dah merasa dan taknak…. maklumlah orang kampung semuanye ada dusun sendiri dan tak heran dah dengan buah durian…. taklah macam kita di area Lembah Klang ni…. bila tengok durian buntang2 biji mata…. Kat sana siap bagi monyet je….

Pemandangan rumah pusaka arwah nenek aku di Kampung Brisu, Alor Gajah, Melaka…. Dah usang dah rumah ni….

Memandangkan buah2 durian makngah aku ni dari jenis grid AA (kebanyakkan pokok dari jenis D24)… dan terasa sayang sangat bila dengar takde siapa yang nak…. Aku pun dengan rasa rela hati bersetuju untuk balik ke kampug aku di Melaka…. Tapi aku cadang balik sorang je, senang nak buat kerja…. lepas tu terlintas di fikiran, boring juga kalau sorang2…. aku sms anak buah aku Izzat, tanya dia nak balik Melaka tak ambik buah durian… laju je dia jawab sms aku kata setuju…. “Kalau macam tu malam ni datang rumah pakngah, esok pagi2 lepas Subuh kita gerak…” Malam tu dia datang dengan adik aku Azu dan anak buah aku yang kecik Melly…. Kebetulan pula wife aku nak balik Ipoh (kampung mak mertua aku)… dia balik dengan akak ipar aku…. tapi kena hantar kat Shah Alam dulu dan janji pukul 6.30 pagi bertolak ke Ipoh… Cantik…. Maknanye aku dari Shah Alam nanti aku boleh terus ke Melaka… jalannye dah senang tak berpatah2 balik….

Makngah aku tengah buat senamrobik……

Pakngah aku lagilah entah apa2 dia buat entah…. tak sama langsung…..

Cerita punya cerita, rupanye adik aku pun sibuk nak ikut juga… sebab balik sehari je… pergi pagi petang atau malam balik…. maka esok paginye dalam pukul 5.50 pagi lepas Subuh tu aku bertolak ke Shah Alam dulu kemudiannye terus ke Melaka…. Ni first time aku dan aku adik aku balik sekali, selalunye mesti ada dengan mak bapa aku… So, aku, Izzat, Azu dan Melly… kitaorang berempat yang balik… Azu dan Melly bikin sibuk je… Rosak program aku dengan Izzat… kononnye malam tu aku nak ke A’Famosa Resort saje lepak2, tapi bila ada budak kecik susahlah sikit…. Next projek lah dengan Izzat….

Time ni tengah lepak2 dengan Pakngah dan Makngah aku…..

Entah apa2 entah disembangkan….. Yang best makngah aku ni… suara dia kalau bercakap punyalah kuat…. mentang2lah orang Melaka…..

Ni buat2 sibuk pegang kamera…. malas nak kena ikut diaorang…. nanti kena Poco2 pulak….. Kalau Poyo2 tu bolehlah…..

Yang ni lagilah…. saje pegang kamera macam pakngahnye…. poyolah tu… mentang2 ada aweks tengah buah senamrobik…..

Sampai Melaka dalam pukul 8.00 pagi…. Call makngah dulu dia kat mana, sebab pagi2 lagi dia call aku, dia kata dia kutip durian kat dusun dulu lepas tu dia ke sekolah Brisu sebab ada acara kemasyarakatan kampung… dia turut serta… macam hari sukan… ada macam2 acara…. Makngah aku ada kat sekolah dah… ok…. dia suruh aku masuk ke sekolah tu dulu…. jointlah apa yang patut, aduhai malasnye….

Yang ni atuk saudara aku…. Dia ni macam orang kuat kampung nilah…. kalau ada acara majlis atau YB datang kampung dialah yang jadi ‘orang tua’ kampung ni…. Tu tengah bercerita tentang tangan dia yang patah tempohari…..

Macam2 juga yang aku sembangkan dengan atok aku ni….. kebetulan dia datang so, ambik kesempatanlah bertanya khabar berita…. tapi tak dapat ke rumah dia sebab lepas ni dia nak ke KL ada anak buah dia buat kenduri……

Family aku kalau balik beraya, rumah dia wajib singgah……

Yang ini Izzat punya kerjalah ni…. paparazilah katakan…..

Pasal malas nak joint jadi aku volenteer untuk tangkap gambar diaorang je…. selamat… kalau joint diaorang siap ada Poco2 lagi, senamrobik, acara sukan kampung dan banyak lagi… aku dahlah pakai smart, kalau pakai seluar sukan ke, sempoi2 sikit ke, bolehlah…. untuk kali ini aku tarik diri….

Seronok juga bila tengok orang2 kampung berkumpul, yang bestnye tengok orang2 tua menari Poco2… entah apa2 gayanye…. kelakar pun ada…. makngah dan pakngah tak padan juga orangnye… mentang2 bekas guru besar…. habis je acara padang tu, makngah dan pakngah aku bawa ke dusun durian dia…. saje nak tunjukkan kat kitaorang kat mana tempat tu…. tapi pakai kereta dia, pakngah aku tak bagi bawa kereta kitaorang nanti rosak…. ok…. kereta ditinggalkan kat kawasan sekolah….

Turun je kereta terus duduk bawah pokok durian…..

Budak ni pun sama…. padahal ikut pakngahnye….

Makngah aku dengan aksinye……

Yang ni jangan cakaplah…. nak juga posing…..

Budak ni pun boleh tahan juga poyosnye…. seronok sangat balik kampung……

Nampak tak buah durian tu, rendah je buahnye….. yang ni dari jenis D24…. sedap giler rasanye…..

Sampai di dusun aku dah nampak keseronokannye…. pokok2 nye rendah je tapi buah punyalah besar2 dan banyak…. apa lagi sesi bergambar pun mulalah… cameraman kali ni aku lantik anak buah aku Izzat…. yang adik aku pun sibuk juga nak bergambar….. seronok giler kiatorang…. Si Izzat pun dah macam m****t juga dah…. time tu juga ada beberapa biji buah durian yang baru gugur… tambah lagi koleksi di dalam guni….

Nilah dia rumah dusun makngah aku…. rumah batu, aku ingatkan pondok kayu….. kira oklah tu…..

Yang bestnye di dalam dusun ni, makngah dan pakngah aku dah buat sebuah rumah untuk sesiapa yang nak menunggu buah durian di dusunnye ni…. besar juga rumahnye tu…. rumah batu lagi, ingatkan pondok…?? Ini kiranye macam dusun modenlah….. kat sana kitaorang sarapan pagi, mak aku dah buat bekal untuk kitaorang…. macam2 menu ada, nasi gorengnye, pulut dengan pengat durian, rotilah, biskut lah, makngah aku pulak bawa makanan bungkus dari sekolah tadi…. dan menu penting adalah buah durian yang dikutip pagi tadi…. perghhhh best giler…..

Tengah melaporkan diri untuk makluman pihak orang Damasara….

Lepas sarapan aku rounder2 sekeliling dusun dengan Izzat…. kat dalam dusun ni juga pakngah aku ada buat kolam ikan…. ikan talapia merah… besar2 juga yang ada dalam tu…. nanti satu hari nanti aku akan pancing ikan tersebut…. tunggu….. selesai sarapan dan pusing2 dusun, Si Melly siap bagi ikan makan lagi dengan Pakngah aku, rajin betul pakngah aku layan budak kecik tu… siap berdukung lagi…. kitaorang nak balik ke rumah makngah aku, dan sebelum tu nak ambik kereta dulu kat sekolah….. Sampai je kat sekolah, kereta kitaorang dah kena block dengan kereta lain… so, tak bolehlah nak bawak balik…. acara masih belum habis lagi… mahu juga pukul 3.00 petang baru clear…. Keputusannya balik rumah makngah aku dulu… Rehat2 kejap… makngah aku masak lauk untuk makan tengahari dulu….. lepas ni nanti baru ke sekolah balik untuk ambil kereta…… oklah tu…..

Time ni berjalan menuju ke rumah pusaka…. dekat je dengan sekolah…..

Melly macam boss pulak bila berjalan…. baru keluar dari kebun belakang rumahlah ni… habis tangan dan kaki digigit nyamuk….. ambik engko…..

Tayang buah rambutan lagi si Melly…..

Rambutan belum semuanye masak…. lagi 2 minggu baru boleh dikatakan musim….

Bawa anak buah aku pusing2 rumah pusaka…. nak masuk kuncinye takde dengan aku….

Berpeluh2 aku dibuatnye…. Melly nak dukung je kerjenye…. dia geli rumput…..

Pukul 12.30 tu makngah aku selesai masak lauk tengahari…. kemudian dia ajak aku, Izzat dan Melly pergi ke sekolah ambil kereta….. Azu malas nak ikut…. so tunggu rumah….. nak membutalah tu….. sampai sekolah masih sama kereta masih kena block…. macam tu kita pergi tengok rumah darat kejaplah…. kata aku….. Kitaorang berempat ke rumah kampung mak aku…. dekat je jalan kaki je dah boleh sampai…. Kat sana kitaorang rounder2 keliling kawasan rumah….. kutip manggis peninggalan arwah nenak aku dulu…. sebenarnye banyak pokok buah2an di sana, tapi atuk saudara aku yang kat sekolah tu suka potong pokok…. mana yang dah lama je dia potong…. tu yang mak aku marah tu….. anak cucu nak makan dah takde pokok lagi…. dia bolehlah ada dusun buah2an…..

Tak padan dengan semputnye… nak juga memanjat pokok durian….

Nak juga bergambar….. dengan buah durian…… baru kutip tau…..

Hasil kutipan depan rumah makngah aku….. buah kecik sikit…..

Rambutan hijau pun habis kitaorang kerjakan…. kalau tak bergaduh dengan monyet…. baik kita orang kerjakan….

Ambil durian yang gugur di luar pagar rumah makngah aku…..

Sibuk dengan kamera dia…. Canon Powershot G10…..

Dalam sejam juga aku kat rumah kampung tu, lepas tu kitaorang balik semula ke rumah makngah aku untuk makan tengahari…. sebelum tu pergi tengok acara sukan kampung kat sekolah Brisu kejap….. jumpa pakngah aku kejap dan bagitahu kalau dah habis nanti bagitahu…. boleh ambik kereta bawa balik…..

Bawa anak buah aku Melly pusing keliling rumah makngah aku sambil makan buah rambutan… suka betul dia makan, nombor satu buah durian…. sekali makan mesti 3 ulas….. lepas tu je dia mula nak uweek…..

Siap peace lagi bila Izzat tangkap gambar kitaorang…. tangan pegang buah rambutan…..

Nilah rumah makngah aku…. kat sebelah kiri rumah ni ada sebuah lagi rumah bentuk yang sama tapi baru lagi dibina….. kalau sesiapa datang bolehlah tidur kat rumah sebelah….

Kat kawasan rumah makngah aku ni pun best juga, sebab sekelilingnye ada pokok2 buah2an…. yang tengah berbuah sekarang ni, buah rambutan…. selain tu juga ada pokok durian…. aku dan Izzat kerjanye lepak kat bawah pokok durian sambil makan rambutan kuning…. Maklumlah baru makan tengahari dan mandi….. badan dah sejuk lepak pulak bawah pokok buah…. memang seronok…..

Posing je kerjenye aku…..

Posing lagi…. sambil lepak bawah pokok durian depan rumah makngah aku…..

Nilah dia orang yang bakal menghabiskan buah durian makngah aku…..

Yang ni pun sama, kuat makan durian…. Pakngah senyum sikit…..

Betul aku kata, acara tu habis mesti dalam dalam pukul 3.00 petang sebab pakngah aku balik rumah dan ajak aku ke sekolah ambik kereta…. yang bestnye naik motor pusing kampung….. petang tu kononnye diaorang nak ajak kutip durian kat dusun makngah aku… manalah tahu kalau2 ada lagi buah yang gugur… kalau lambat nanti monyet yang tolong kutipkan….. tapi akhirnya rancangan tu tak jadi sebab cuaca tak berapa baik dan masing2 keletihan….

Cuma pukul 6.00 petang tu kitaorang pergi ke rumah kampung mak aku je, kutip buah manggis…. yang aku seronoknye bila tengok anak buah aku yang kecik Si Melly main lari2 dengan ayamlah, masuk semaklah, kutip buah manggislah…. ini merupakan pengalaman yang jarang berlaku untuk budak2 macam ni… hidup dan membesar kat bandar, apa yang ada…. Azu tak ikut, pakngahnye tak halang apa yang nak dia buat, cuma perhatikan dari jauh je, yang lain biar dia sendiri yang rasa macamana hidup kat kampung….. kena gigit nyamuk budak tu…. lantakkan…. bila lagi…….

Tengah menunggu makngah aku, Azu dan Melly….. Aku memang dah siap lama kat luar untuk ke rumah kampung mak aku….. nak kutip buah manggis…..

Yang Izzat macam biasa mengerjakan rambutan kuning makngah aku sebelum pergi ke rumah pusaka mak aku….. minat giler budak ni dengan rambutan……

Inilah rupanya rumah pusaka arwah nenek aku….. Rumah kayu yang masih mengekalkan tradisi lama…..

Senyum sampai ke pipi aku….. seronok balik kampung…. dulu kecik2 sukalah lepak atas tangga ni….

Dulu kitaorang masa kecik2 rajin duduk atas tangga ni…..

Rumah pusaka yang menjadi nostalgia untuk aku dan family……

Gambar kenang2an untuk hari tua nanti…… Tua dah ker….???

Inilah pewaris rumah dan tanah pusaka ini…. Rumah dan tanah ni kepunyaan mak aku dan diamanahkan kepada aku untuk memberikannye kepada kakak aku….. tapi kalau 2 atau 3 bulan ni takde apa2 respond…. aku akan uruskan hal tukar nama aset ini kepada anak kakak aku iaitu Izzat dan Intan…. mungkin lepas raya nanti aku akan uruskan….. itu yang dia posing sesangat tu….

Melly tengah memandang pakngahnye mengait buah manggis….

Aksi Melly mengutip buah manggis…. Punyalah seronok dia….

Orang tangkap gambar dengan sesuatu subjek… dia suruh aku tangkap tengah jalan… dahlah kenderaan laju2…..

Time ni dah nak balik ke rumah makngah aku…… ni pun dah dekat pukul 7.00 malam….

Petang balik dari rumah kampung mak aku tu, apa lagi acara yang dinantikan telah tiba, sembang2 kat luar rumah makngah aku sambil menikmati buah durian yang dikutip dari dusun… sebenarnya tengahari tu, aku cakap kat makngah aku yang kitaorang ni nak tidur semalam kat kampung…. makngah aku ok je…. lagi dia suruh tidur rumah lagi…. baju memang dah standby dalam kereta, termasuklah barang budak kecik sekali….

Nilah dia tuan rumah…. Pakngah aku….. aku panggil Pakngah Razak…. dia ni dulu bekas guru besar…. masa aku kecik2, aku takut dengan dia, tapi sekarang kamceng giler…..

Nampak tak isinye… kuning ….. sedap giler….

Pakngah aku rajin melayan kitaorang petang tu…. dia tak makan dah durian ni… dia tolong kopekkan je….

Saje tayang tengah makan durian….. Poyo je rupa…… mesti mak aku dengki lepas ni……

Waktu melepak depan rumah sambil makan durian….. seronoknye kalau dapat macam ni setiap tahun….. Insyaallah…. adalah tu nanti…..

Malam tu kitaorang lepak2 lagi kat luar rumah… sembang2 dengan makngah dan pakngah aku…. cerita tentang kampung, tentang masa depan, saudara mara… dan macam2 lagi….Pakngah aku sibuk suruh kitaorang buat rumah dan duduk kampung…. macam aku duduk kampung lagi aku suka, tenang je….. nak makan senang… tak payah beli2 sayur, petik je keliling rumah, janji rajin menanam…. Pukul 10.00 malam pakat masuk rumah balik, kononnye nak tidur dah…. lepak dalam bilik melayan kerenah anak buah aku yang kecik tu, susah betul nak suruh dia tidur…. mentang2 dah tidur petang, malam susahlah nak tidur….

Lepak depan rumah makngah aku…. mata pun dah mula mengantuk….. sejuk je udara malam kat kampung aku ni….. perut pun dah kenyang……

Bukan nye nak tidur….. masih bergurau je lagi….. termasuklah aku……

Punyalah riang si Melly malam tu…. padahal esok pagi nak pergi dusun lagi ni…. mata tak mahu lelap……

Yang aku sedar pukul 10.30 malam baru mata terlelap….. entah pukul berapa entah aku tersedar tengok2 Izzat takde kat sebelah…. Tengok kat tilam kat bawah Azu pun takde…. Ni mesti cari makan kat dapur ni….. Ye…. betul…. Azu nak minum air dan Izzat temankan….. siap buat air panas lagi…… Macam tulah ceritanye aku balik kampung kali ni….. Oklah nanti aku sambung cerita seterusnye lagi…. hari kedua kat kampung pulak… dalam Sesuatu Memanggil Aku…. Part 2…. Tunggu…..