Lepas je repair kereta Sabtu hari tu… Macam biasa aku akan hantar kereta cuci kat tempat biasa…. tak kisahlah kalau lepas je service pun mesti aku ke sini…. budak2 cuci ni dah kenal aku lama dah…. diaorang suka tengok kereta aku bersih…. kalau datang kereta kotor, bukan aku yang bising tapi diaorang yang bising kenapa kereta aku kotor sangat….

Kali ni aku cuci semua sekali, luar dalam dan enjin …. baru RM15.00extra wax sekali…. Tapi aku puji dengan diorang sebab bab mencuci begitu detail sekali…. cermat giler… diaorang belek setiap sudut kat kereta…. memang bersih giler…. Aku kalau polish kereta pun dengan diaorang juga….. kalau kancil aku ni, putih giler…. pasti puas hati…..

Mamat tulah diaorang punya ketua…. Iyan namanye…. Dan nama kedai cuci dia D’Rumpun…. terletak di Kg. Penchala…. Yang bestnye tempat ni, kawasan dia yang luas dan sentiasa bersih… takdelah macam kedai2 lain dengan minyaknye semuanye ada… kat sini juga ada kedai makan bagi mereka yang boring menunggu…. macam aku, aku suka tengok diaorang membasuh…. cermat sangat…. Boleh promote untuk kedai ni…..