Sabtu lepas 20 Jun 2009…. aku, Izzat, Intan, Melly, Azu dan adik ipar aku Is ke Air Terjun Ulu Yam…. Rancangan yang tak masuk jadual aku untuk hari Sabtu tu…. Sabtu ni aku reserve untuk kereta aku Si Puteh…. Nak repair kat bengkel dan buat apa yang patut….. Tak berapa sihat….. Otot kiri dia sakit dan memerlukan pembedahan segera….. Itu tak menjadi masalah sebab aku boleh tinggalkannye kat bengkel…. Bila dah siap, nanti diaorang hantar kat rumah…. No hal punyoooo….

Sebenarnye ni first time aku picnic kat sini….. Diaorang selalulah pergi… aku tak ikut… ada je halnye….. Memandangkan aku dah letih sangat kat bengkel dari pagi dan wife aku pun takde kat rumah buat facial kat SK2 di Mid Valley dengan akak ipar aku…. So, time nilah boleh melepak dengan anak2 buah aku 3 orang…. Itu pun sebab sekejap je kitaorang pergi… Pergi pun dan pukul 3.00 petang….. Diaorang datang ambil aku kat rumah dan terus ke sana… Nak ke Ulu Yam dari rumah aku mengambil masa 40 minit juga…. Sampai je terus cari port……

Tempat yang kitaorang port taklah kawasan besar sangat dan air terjunnye taklah tinggi sangat…. Ok2 je untuk anak2 buah aku mandi dan main2 air…. Aku selalulah lalu kat kawasan Ulu Yam ni kalau aku nak ke Kuala Kubu Bahru… tapi tak pernah singgah pun sebab selalu tengok orang ramai sangat…. Aku jenis rimas kalau orang ramai2 ni….. Kalau kawasan yang tak ramai orang aku suka….

Tengah bersantai sekejap sebelum melakukan aktiviti…. makan…..
Aku tak mandi pun kat sana, saje lepak2 dan tangkap gambar…. Melayan budak tu je….. Sebab aku kalau mandi nanti, mahu tak mahu naik dah…. nak berendam je terus…. pantang sebenarnye jumpa air….. rendam2 kaki je…. Dan pentingnye makan….. Adik aku Azu dah masak kat rumah dan macam2 lauk dia masak…. aku lenggang kangkung…. cuma bawa pinggan dan gelas polistrin dari rumah….. sapa suruh ajak aku…..

Melly siap nangis lagi…. takut nak masuk air…. mula2 je… lepas tu dia yang tak ingat donia…..

Mula2 tu kawasan port kitaorang taklah ramai orang, dah dekat pukul 5 lebih makin ramailah pulak….. oklah juga memeriahkan tempat… namapun tempat awam….. Sebenarnye kawasan Ulu Yam ni banyak betul tempat untuk beriadah…. Cuma ramai tak ramai je orangnye….. Kawasan aku pergi ni sebenarnya ada lagi tempat yang menarik, tapi kena turun tangga di seberang dari kawasan kitaorang ni…. memandangkan masa takde so, aku cadang kat sini je…. lagi pun air terjun ni merupakan sumber air untuk kawasan di sebelah bawah…. maknanye kalau orang kencing kat sini, orang bawahlah merasakannye….

Seronok juga kat sini…. lama tak jumpa sungai….. dan air terjun…… Aku rasa nanti aku nak cadang datang kat sini lagi, tapi kena buat perancangan betul2… kalau dapat berkhemah pun best juga…. 3 ke 4 orang dahlah…. ramai2 pun buat susah je…. dan banyak barang nak bawa….. kalau semuanye rajin takpe lah……

Kaki siapa kah ini….. Cuba teka……????

Nilah budak yang paling seronok kat sini….. Yang kecik tu mula2 semuanye taknak…. bila bapa dia dah celup sekali dala air tu, ambik engko punyalah suka……

Yang kat batu tu, bapa Melly…… Dia pun tak padan juga…. Pantang nampak air….. Kalah anak dia….

Dah kesejukanlah tu….. Dari tadi berendam je kerjenye….. Kamera tak pernah lepas……

Yang ni lagi teruk, makan banyak lepas tu kelang kabut cari tandas…. melepaskan hajat…. membazir je…..

Lambaian keseronokan…. padahal baru ke tandas….. Hehehe…..

3 orang sepupu…. Yang dah besar pun macam budak2….

Si Melly makan banyak time ni siap suap sendiri…. Maklumlah baru berendam dalam air….

Dalam pukul 6.30 petang, kitaorang pack barang untuk balik….. badan dah sejuk, perut dah kenyang….. nak naik tangga pun malas….. Walau pun sekejap tapi bila dah ramai2 ni satu keseronokan yang dialami….. Dekat pukul 7 petang juga baru bertolak balik…. Nak makan ais krim lah budak2 ni….

Lepak kat kereta sambil makan ais krim….

Sampai rumah aku dah dekat pukul 7.20 malam…. Sampai je kat parking rumah aku, punggah barang….. diaorang lepak kejap kat rumah aku….. sementara Melly macam biasa bila masuk je kereta tadi, kena pulak aircond… apa lagi tidurlah kerjenye…. bawah masuk ke dalam rumah pun dia tak sedar…..

Sedapnye dia tidur….. Tak sedar apa dah tu…..

Diaorang lepak rumah aku dekat pukul 1.00 pagi baru balik….. mentang2 esok hari Ahad…. tu pakat tidur sampai petanglah tu…. Bagi aku, esok aku ada kerja yang perlu dibuat sebab Isnin ni bapa aku kena masuk wad 3 hari untuk bawa keluar tiub dari dalam perut melalui mulut…. dan perlu ditidurkan dulu semasa prosuder dijalankan…. Ok kita jumpa dalam entry akan datang….

Advertisements