Tarikh : 22 Jun 2009 (Isnin)
Lokasi : Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia HUKM, Cheras, Kuala Lumpur….

Renungan jauh mak aku sambil memandang bapa aku….. mengenangkan nasib…..Untuk sekian kalinye, bapa aku dimasukkan semula ke wad untuk mengikuti appointment bulanan, dijangka hanya 2 hari sahaja prosedur yang akan dijalankan……

Kemasukan wad dan appointment kali ini adalah untuk mengeluarkan semula tiub 12 cm yang berada di dalam badan bapa aku…. ia terpaksa dikeluarkan sebab untuk melihat semula luka operation di dalam iaitu di bahagian hempedu yang dibuang tempohari…. sekiranye telah sembuh sepenuhnye, tiub tersebut akan dikeluarkan terus, tetapi sekiranya tidak lagi sembuh maka ianya akan diganti dengan yang baru….

Hari pertama di wad….. Bapa aku dalam keadaan sihat…. Kalau tengok air muka dia macam risau je….. Tapi dari segi mental bapa aku merupakan orang kuat semangat…. cuma dari segi fizikal sahaja dia tak berapa nak kuat…..

Cara2 yang akan dijalankan, bapa aku akan ditidurkan semasa prosedur itu dijalankan…. tiub tersebut akan dikeluarkan melalui mulut terus ke usus kecil, then berpatah semula ke saluran hempedu pula untuk melihat samada saluran tersebut telah bertaut atau tidak…. berkemungkinan ada kebocoran lagi, maka kamera akan menunjukkankannye…….. selain itu juga kamera akan bergerak masuk ke dalam semua saluran2 yang ada di dalam badan kita untuk membuat tinjauan sepenuhnya….. tekak akan merasa sakit dan selera makan akan kurang kerana terdapat ubat yang akan dimasukkan…. Ini merupakan kali kedua prosedur sedemikian dijalankan…..

Mak aku duduk kat wheel chair bapa aku…. nanti orang ingat siapa yang sakit entah…. sebenarnye sedap duduk kat wheel chair ni…..

Macam biasa bapa aku akan menjalani beberapa prosedur lain semasa masuk wad…. Kali ini diadmitkan di Wad Surgeri 1….. Pagi2 lagi aku dan family ke HUKM…… Seperti biasa aku akan menguruskan dahulu kerja2 pendaftaran….. Mula2 tu kena ke kaunter pendaftaran di Lobi HUKM, isi borang kemasukan wad….. lepas tu register dikaunter dan mereka akan check di Wad Surgery 1 samada ada katil kosong atau tidak….. Malangnye tiada dan untuk sementara waktu, bapa aku akan ditempatkan di Wad Surgery 3 (Urology)… cantik juga sebab bapa aku kena tukar tiub urine atau dipanggil CBD…. shortform untuk apa tak check pulak…. Kena tukar 2 minggu sekali sebab taknak dijangkiti kuman…..

Bawa bapa aku ke wad kemudian register semula kat wad tersebut dan barulah bapa aku diberikan katil….. Dengan itu bermulalah semula tugasan aku dan mak aku di HUKM….. Mak aku bermalam di HUKM dan aku akan datang setiap hari untuk menyediakan keperluan mak aku dan juga bapa aku…. Dijangka cuma 2 hari sahaja di sini….. Hari ni masuk dan esok doktor akan mengeluarkan tiub tersebut dan petang dah boleh balik…….

Staff nurse tengah membuat pemeriksaan jantung… entah apa2 wire dipasang di badan bapa aku….

Selain tukar CBD, pemeriksaan jantung juga perlu dibuat….. Dalam tengahari tu staff nurse datang buat checking…… tekanan darah tinggi diambil dan gula dalam darah juga diperiksa…. Semuanye ok….. Alhamdulillah…… Tapi dekat pukul 3.00 petang, bapa aku mengadu dia rasa sejuk…. siap tangan menggigil lagi….. aku dah penik dah….. apa dah dan dia macam hayal je time tu….. selimut 3 helai atas badan pun dia kata masih sejuk…. rasa suhu badan panas macam biasa….. hairan ni… doktor datang check pun katanye tiada apa2…. rupanya gula dalam darah bapa aku kurang cuma 2.4 sahaja…… kelangkabut staff nurse dan doktor memulihkan bapa aku….. doktor masukkan jarum dan tiub di tangan bapa aku dan staff nurse masukkan air glucose….. setiap setengah jam je nurse datang check darah….. dah dekat 2 jam pun bacaan gula masih rendah (kalau bawah bacaan 4 dipanggil Hypo)… satu lagi cara, air gula akan disuntik masuk melalui tiub di tangan…. apa namanye entah aku lupa…… lepas tu barulah bacaan gulanye ok semula….. macam2 dugaan bila masuk wad ni…..

Botol air dah digantung dan dimasukkan di dalam badan bapa aku….

Tiup dan jarum pun dah selamat dipasang….. punyalah payah nak dapat urat yang sepatutnye sebab urat2 bapa aku menyorok….

Pukul 7.00 petang, aku dan Anor balik ke rumah…. Itu pun setelah semua keperluan mak dan bapa aku disediakan…… Balik pun sebab nak ambik wife aku di office……. Tinggallah mak aku di HUKM untuk sekian kalinye….. Petang tu akak aku, anak buah aku Intan pun ada juga datang…..

……………………………………………………………

Hari Kedua – 23 Jun 2009 (Selasa) Hari Operation ERCP…

Sign PUASA ditangan kiri, tapi tangan kanan tengah buat apa tu…..

Pagi2 lagi hari ini aku dah ke HUKM sebab bapa aku akan menjalani operation…. Sampai2 wad dah ada label tertulis PUASA….. dah start puasa dah bapa aku…… dijangka dalam pukul 2.00 petang baru pergi buat….. sebab bapa aku tak berapa stabillah….. gula dia tak menentu, sekejap tinggi sekejap rendah…. darah tinggi pun sama…. mungkin risau kot….. Akhirnye pukul 3.00 petang baru bapa aku dibawa ke dewan operation…..

Yang ni bilik kat Dewan Operation tu…. bapa aku time ni dah ada dalam…. mak aku tak sanggup nak tengok bapa aku dibaringkan atas alatan tu…. dia lari duduk kat ruang menunggu…..

Dekat 1 setengah jam juga baru bapa aku keluar….. Doktor terangkan bahawa tiub yang dikeluarkan dalam keadaan ok…. tetapi terpaksa dimasukkan yang baru sebab terdapat lagi kebocoran kecil di saluran hempedu tempohari…. dan belum baik sepenuhnya….. dan dalam masa yang sama doktor juga terjumpa 2 biji batu yang melekat di saluran dalam perut bapa aku…. batu yang sama seperti yang telah dikeluarkan….. jadi 5 biji kesemuanye….. beberapa alatan lain juga dimasukkan….. dari segi aliran cecair yang melalui tiub tersebut amat baik dan tiada masalah….. 15 minit kemudian staff nurse hantar semula bapa aku ke wad dalam keadaan masih belum sedar…… tapi semuanye selamat…. Alhamdullillah….. 2 jam lepas tu baru bapa aku mulai sedar dari tidurnye…. itu pun entah apa2 yang disebutnye sebab tekak dia sakit lagi dan masih lagi mengantuk…..

Gambarajah yang dilukis oleh doktor…… dan kedudukan batu yang diaorang jumpa…..

Gambar dari kamera yang dimasukkan ke dalam tekak bapa aku yang menunjukkan batu yang dijumpai…. ngeri siut…..

……………………………………………………………………………………………….

Hari Ketiga – 24 Jun 2009 (Rabu)

Sepatutnye boleh balik…. disebabkan bapa aku mengalami demam sedikit maka doktor bapa aku tak syorkan untuk balik hari ini….. tidur lagi semalam…. untuk diaorang monitor bapa aku…. Tapi bapa aku dah pindah wad yang sepatutnye… Wad Surgery 1…. ada bagusnye juga….. kalau kat rumah bukan aku boleh buat apa2 pun….. Tapi aku hari ini tak pergi ke HUKM pun sebab mak aku tak bagi datang….. suruha datang esok je terus…. tak payahlah nak berpatah2 balik….. dari Damansara ke Cheras….. Mungkin akan balik esok sebab bergantung pada bapa aku sekiranya tidak demam lagi hari ini dan esok maka bolehlah balik hari Khamis….. Insya-Allah…….

…………………………………………………………………

Hari Keempat – 25 Jun 2009 (Khamis)

Menurut doktor bapa aku boleh balik hari ini….. Bagus… Tapi kena tunggu doktor pakar lain (dari bahagian Hepatologi) dulu untuk membuat pemeriksaan akhir….. Keadaan bapa aku semuanye ok….. cuma masih lemah lagi….. tapi takde demam dah….. Dalam pukul 3.00 petang tu baru aku ke sana sebab aku tahu laporan doktor mesti lambat dan mengambil masa lama juga sebab duduk di Wad Surgeri 1…. wad yang paling sibuk dan ramai di HUKM…. Kena pulak kalau ramai pesakit discharge….. sure lambat, mahu malam pun boleh jadi…. itu belum lagi doktor ada emergency, confirm balik esok…..

Bapa aku dah bersedia untuk balik….. sebenarnye dah pakai seluar dah tu…. cuma baju je belum tukar……

Muka kebosanan menunggu report dari doktor…… bapa aku dah tidur semula……

Tengah menunggu aku bawa kereta datang pickup…… Izzat punya kerjalah ni…..

Akhirnye pukul 7.15 petang baru report bapa aku siap…. macam biasa aku akan settlekan bill dan ubatan baru untuk di bawa balik….. sebab dah lebih pukul 6.00 petang maka semuanye ini akan disettlekan di kaunter bahagian kecemasan…. jauh juga dari wad bapa aku….. Kaunter kat lobi dah tutup…. Kali ini bayaran selama 4 hari 3 malam bapa aku semuanye RM582.00 tunai….. Banyak juga tu….. nak buat macamana…. hakikat hidup…… Sampai rumah dekat pukul 8 lebih…. Selesai sudah bab untuk bulan Jun ini….. Lepas ni nak mengharungi appointment2 bulan Julai pulak….. tak banyak tarikh kot…. nantilah aku semak…. penat ni…. nak rehat dah….. Arios amigos…….