Transformers 2 Revenge Of The Fallen

Filem yang aku tunggu2 : Transformers 2 Revenge Of The Fallen

Akhirnye malam tadi aku berjaya mendapatkan tiket untuk filem tersebut setelah berkali2 cuba mendapatkannye dan juga di kedudukan kerusi yang terbaik…. Punyalah susah….. Kalau ada pun tinggal kerusi depan je…. Kali ini dapat di kerusi tengah…. Kira oklah juga…..

Bila dah dapat tiket ni, rasa tak sabar sesangat nak tonton…. Aku beli untuk 4 orang terus…. sesiapa yang nak ikut nanti kena cepat2 jumpa aku…. Itupun aku kirim dengan adik ipar aku yang kebetulan ke Cinelasure, Mutiara Damansara….. Waktu tayangan 9.15 malam…. Wah seronoknye…..

Aku ingat aku pun nak buat macam ni lah…..

Tapi sebelum aku pergi menontonnye, aku ada satu lagi aktiviti yang telah dirancang di sebelah pagi iaitu pergi ke Zoo Negara….. Lama juga aku tak ke sana…. Aku berlima sambil bawa anak2 buah aku dan adik2 aku…. Sebenarnye nak bawa si Melly (anak buah aku yang kecik) tu pergi sambil nak buat portfolio untuk photography…. So, hari ni ada 2 program santai yang aku akan lakukan… Moga semuanye berjalan lancar dan cuaca yang baik….. Insya-Allah…..