Ni kurang nampak bersepah ni…. kalau tengok kat lantai, berterabur pelan2 untuk rujukan….
Aduhai.!!!!! Kerja aku tak siap lagi ni…. Nak pakai hari Isnin ni pulak tu…. Untuk aku semuanye akan berjalan lancar…. cuma tinggal 15% lagi dan pengiraan keseluruhan tapak…. Itulah tugas aku selama ini dalam bidang Perancang Bandar @ Town Planning…. Dari tanah kosong sehinggalah kerja2 penyusunan pembangunan Perumahan, Industri, Komersial, Padang Golf, Pelancongan dan macam2 lagi yang boleh dibangunkan… Dari design atas paper sehingga mendapatkan kelulusan pelan pembangunan….

Nampak tak coklat atas kotak tu, itulah peneman aku untuk 2, 3 hari ni… macamana badan tak naik…. tapi bukan selalu pun….

Sekali tu dapat panggilan dari boss yang menyatakan layout ni nak ditunjukkan kat clien hari ni (Sabtu)… pagi ni pulak tu…. Jawabnye tak tidur malamlah aku…. Lastly pukul 6.00 pagi tadi semuanye siap… Nasib baik…. So, aku e-mail kat boss pukul 6.30 pagi….. semuanye sukses…. entahlah boss check e-mail dia ke tak, lantaklah sebab aku kalau buat kerja, kalau aku dah janji hari ni, maka hari juga aku akan bagi… kalau aku kata esok, maka esoklah aku serahkan… Itu bergantung juga pada keluasan tapak yang diberikan….. Macam kali ini, keluasan keseluruhan yang diberikan seluas 1372.08 ekar…. besar giler tu dan aku bangga aku dapat menyiapkannye dalam masa 4 hari, tu pun tolak setengah hari kat Zoo Negara dan tengok Transformers….. Selalunye dengan keluasan macam ni ianye memakan masa hampir seminggu atau lebih lagi….

Alhamdulillah dengan kemahiran yang Allah berikan, bolehlah untuk cari rezeki…. Lepas ni satu lagi projek nak kena siapkan di Jasin, Melaka… Keluasan lebih 1,000 ekar…. luas juga tu…. tengah tunggu Survey Drawing dari Surveyer….. Mungkin minggu depan dapat kot…. Busy lagi aku….. Tapi update blog tetap juga dilakukan…. Sekian terima kasih…..