Seperti yang dijanjikan dengan anak2 buah dan adik2 aku, hari ni aku nak bawa mereka ke Zoo Negara… Tujuan utama adalah untuk bawa Si Melly sebab tak pernah pergi lagi…. Kalau nak diikutkan yang lain dah banyak kali pergi… Kalau untuk aku pulak dah lebih 20 kali dah sepanjang umur aku ke Zoo Negara ni….

Asalnye nak pergi dalam pukul 9.00 pagi…. Aku tunggu Azu, Intan dan Si Melly kat rumah aku sebab diaorang nak datang ambik aku…. Tunggu punya tunggu dah dekat pukul 10.00 pagi ni tak sampai2 lagi…. Ni mesti kalau tak Si Melly tak bangun lagi atau mak dia yang terhegeh2 tak siap lagi…. Last2 dekat pukul 10.30 pagi baru diaorang sampai…. Hampeh…. Terlepas jadual aku…. Tapi pagi tu cuaca tak berapa cantik sebab rengai2 dari Subuh lagi…. Ok juga sebab taklah berapa panas nanti kat sana…..

Sampai kat Zoo Negara dah dekat pukul 11.00 pagi…. Cuaca dah bertambah baik…. Semakin panas, lantaklah diaorang kepanasan… macam aku dah biasa berpanas….. Intan tolong beratur beli tiket….. 4 dewasa dan 1 free sebab bawah umur 3 tahun…. semuanye RM60.00…. tapi sekarang dah ada tambahan tiket untuk masuk ke Butterfly Park dan Insect Park…. tambah RM5.00 seorang… Kitaorang tak tambah pun…. ambil normal price je….

Masuk je ke dalam zoo tu, yang paling excited Si Melly… tu baru tak entrance baru sebab tengok patung binatang banyak…. ni yang buat kopak aku ni nanti….. Pergi beli air untuk makan sarapan kat dalam nanti dan diteruskan dengan perjalanan yang memenatkan…. Kalau sorang2 tu cepat sikit nak berjalan, bila dah ramai2 ni maklum sahajalah…. dia tunggu dia…. Bila sampai kat kawasan zirafah, Si Melly melompat nak dukung sebab dia takut tengok zirafah tu besar sangat kot….. Yang jadi mangsanye akulah…. Tapi tak lama dalam 15 minit je dia takut, lepas tu tak terkejar aku dibuatnye… lari sana, lari sini…. Entah apa2 dia bebelkan…. Budak2….

Mak bermulalah sesi bergambar di dalam zoo…. Nombor satunye adik aku Azu….. Yang keduanye aku…. sebab ramai photographer hari ni… jadi aku boleh tumpu capture portfolio aku…. Semuanye bawa camera masing2… So, aku cuma selit2 je…..

Budak ni dari kecil lagi dah biasa masuk Zoo Negara ni… banyak kali jugalah…. Dulu kita boleh naik gajah lagi, sekarang ni dah takde dah….

Melly dan pakngahnye dengan aksi burung….. Bila tanya Melly kat mana puting dia dulu, dia kata “Bird dah ambik….”, itu cara mak dia nak suruh dia berhenti hisap puting. Jadi bila dia nampak burung2 yang banyak dan besar kat sana hari tu, itu je yang dia sebut….

Jalan dah penat dah ni…. diaorang lambat sangat…. perut dah berkeroncong dah…. Sampailah kat satu tempat yang selalu aku lepak, walaupun sorang2 aku akan berhenti kat sini…. Tempat ni merupakan tempat untuk tetamu buat party ke, game ke dan macam2 lagi…. kat sini yang aku suka sebab terletak ditengah2 kolam dalam zoo ni… Ada bangku panjang untuk duduk… Ada kipas siling lagi…. keliling air kolam dan pulau ungka…. macam2 boleh kita tangkap gambar kat sini…. Ular terlepaslah… biawaklah, kawanan ikan tomanlah…. Kat sinilah aku kadang2 berehat sekejap atau tempat tidur aku….. Tenang je dengan bunyi suara haiwan2 dan serangga…..

Sesi bersarapan dan merangkap makan tengahari…. sebab diorang lambat jadi sarapan dah jadi makan tengahari…. Ambik engko…. Aku dah biasa macam ni….

Si Melly hyper giler hari ni…. Excited sangat kot….. Aku pun seronok juga…..

Gaya poyo seorang photographer bila seseorang ambil gambarnye… cewah… bukan selalu bergaya macam ni… asyik ambik gambar orang je…. bosan juga….

Aku hulur tangan kat Emu ni….. Buat2 macam nak bagi makan….. Yang kelakarnye anak buah aku Si Melly menjerit2 tak bagi aku buat macam tu…. Takut sangat dia… lagi aku buat2….. Macam nak terjun ke dalamlah…. yang urung Emu tu pulak pandai berlakon… dia diam2 je kat situ….. Si Melly siap pegang sambil berpaut kat kaki aku lagi tak nak bagi pakngahnye kena gigit dek Emu tu…. “Pakngah…!!! Jangan pakngah, biar bird gigit kak tuteh…”… Haa… apasal Si Intan a.k.a Tuteh pulak dia suruh burung tu gigit…. Sayang sangatlah Si Melly dengan aku, sanggup dia suruh orang lain yang kena gigit….. Lawak betul time tu….

Nampak tak siap berpaut dan tarik kaki aku lagi…. taknak bagi aku kena gigit dek Emu…..

Time ni dalam Bangunan Akuarium Ikan….. Mula2 dia taku sebab lampu malap je…. Lepas tu jangan cakaplah mulut dia membebel je sampailah keluar….

Dah hampir separuh perjalanan dalam zoo ni, Si Melly dah kepenatan… dia nak dukung je kerjanye…. Kesian budak tu…. Dahlah beg camera aku je dah dekat 10 kg tambah Melly lagi… naik sakit pinggang aku…. apa nak buat sayang anak buah…. nasib baik yang besarpun tak nak dukung lagi….. masuk hospital aku….

Aku suka macam ni, selain dapat beriadah, dapat juga mengeluarkan peluh yang dah lama terkumpul tak keluar2…. dekat pukul 3.15 petang baru selesai aku berjalan dengan Melly dan Anor…. Yang lain entah aku pun tak tahu mana perginye…. Bila dah dekat sampai tu, baru aku nampak Intan dan Azu dah tunggu kat kawasan Train Zoo Negara…. Siap beli tiket lagi untuk naik Train Zoo mengelilingi kawasan zoo…. Ok juga, dahlah penat berjalan sambil mendukung Melly… So, kitaorang naik train dan pusinglah satu pusingan dalam zoo ni sekali lagi…. santai sikit sambil borak2 dengan pemandu train tu… Macam2 juga aku borakkan… sampai cerita hantu dalam zoo pun ada….

Atas train mengelilingi zoo sekali lagi sebelum balik…. Sekarang ni dah kena bayar kalu nak naik… Tiket RM3.00 seorang…. dulu free je… tapi kenderaan dia buruklah… sekarang ni dah cantik sangat dah….

Adik aku tak sudah2 dengan posing majalah mangga dia….

Gambar kenangan di Zoo Negara untuk tatapan kalian….

Dekat pukul empat barulah kitaorang keluar untuk balik….. Penat siot…. sebab bawa budak2…. kalau sorang2 tu relaks banyak… tapi apa2 pun seronok juga trip kali ini…. Aku mungkin akan selalu ke Zoo Negara lepas ni…. Ini kerana sebelum balik semalam… Aku, Intan dan Anor singgah ke dalam pejabat pengurusan Zoo Negara sekejap untuk bertanyakan tentang kerja Volenteer di dalam zoo ni…. macamana kerja2 yang akan dibuat dan masa yang diperlukan…. Setelah mendengar penjelasan dari pihak zoo, maka aku bertiga pun isi borang untuk menjadi Volenteer Zoo Negara…. Kemahiran yang aku dan Anor pilih : 1. Photography dan kedua Graphic Design…. Manakala Intan pilih Public Speaking…. Nanti kitaorang akan diselia oleh dari Bahagian Pendidikan…. Tak sabar rasanye….

Tengah isi borang di kaunter…. aku borak2 dengan pegawai tu…. kalau aku boleh diserapkan bahagian Akuarium sebab mamat tu kerja bahagian tu…. memang dia nak pakai photographer untuk tangkap gambar ikan2 yang terdapat di dalamnye…. Itu sudah baik…. Tapi aku tak kisahlah, janji ada pengalaman baru dalam hidup….. Elok je setengah jam dalam perjalanan balik, zoo call aku dan tanya bila aku boleh buat volenteer… aku cakap minggu depan boleh sebab minggu ni aku kena hantar adik aku Anor masuk Uitm balik….. nak uruskan pendaftaran dan asrama dia…. Jadi hujung minggu depan aku mungkin akan berada di dalam Zoo Negara pada hari Sabtu dan Ahad…. Insya-Allah…..

Advertisements