Sempat juga snap gambar…. Sorang2 pun jadi sekarang ni….

Hari ni dalam sejarah aku menonton wayang sorang2…. tak pernah sekali pun aku buat macam tu…. Ini kerana aku telah ditransform oleh Transformers 2….. Disebabkan tak puas menontonnye tempohari , hari ni aku berjaya juga menontonnye untuk kali ke-2…. Hehehe….

Lengang je macam takde orang, tapi sebenarnye kat dalam ramai giler….

Mula2 tu aku rasa macam tak sempat je menontonnye… sebab aku ada kerja luar pagi tadi…. Dahlah clien lambat nak jumpa, tunggu2 punya tunggu… last2 postpone esok barangkali…. hampeh….. Tengok jam dah pukul 11.40 pagi…. Tiket pukul 12.00 tengahari…. Tak sempat aku ni…. Dengan lajunye aku membesitkan menuju ke arah One Utama (OU)….. Naik2 parking, alamak penuhlah pulak…. Lastly dapat juga satu parking dan dekat dengan GSC…. Cantik…..

Kedudukan U-Bowl ni sebelah je GSC…. Tu yang mata aku memandang semacam je bila dah habis movie…

Pukul 12.10 aku masuk…. Nasib baik tak start lagi…. Baru nak iklan…. Sebelum masuk tu sempat jugalah beli Coke dan Popcorn…. Seat kali ini cantik sangat dan taklah pening sangat….. Rupanye movie pun start pukul 12.30 tengahari…. Tapi aku rasa tengok kat Cinelasure lagi cantik dan lagi puas hati sound system dia…… Kat GSC ni ada kurang sikitlah….. Pendapat akulah….. Macam tak puas dengan dengar sound effect Transformers ni….. Ni yang nak buat pergi tengok lagi ni…. hehehehe…… Kat Cinelasure kot……

Hari ni main tak berapa baiklah… 3 games main sama je matanye… Musykil2…..

Penuh juga seat hari ni, masa kat luar tadi taklah ramai sangat….. Dari yang muda sampai apek tua pun datang tengok…. cayalah…… Movie habis pukul 2.30 petang….. Aku masih tunggu panggilan clien yang pagi tadi, tapi masih tiada apa2 lagi…. Ok….. Mata dah mula memandang pusat bowling dah ni….. Buka wallet, tengok Member’s Card U-Bowl…. Alamak ada baki lagilah…. Bagus ni…. check semula baki kat kaunter, boleh digunakan….. Apalagi “3 games please, satu kasut ye..”. Mainlah aku sorang2 bowling kat U-Bowl, lama juga tak main… naik sakit tangan dan peha….. Ambik engko….

Nilah member’s card aku yang dah lama aku simpan…. ada lagi bakinye…. naik berkarat dah dalam wallet….

Lepas je main bowling, tak lama lepas tu clien aku call, dia nak jumpa esok kat office dia di Shah Alam….. Oklah jadi hari ni aku terus balik rumah… badan dah penat, tangan dah sakit… perut dah lapar… mata mengantuk….. sampai2 rumah update blog ni kejap… ingat nak tidorlah lepas ni…. Oklah itu sahaja aktiviti aku untuk hari ni… Arios Amigos…..