Satu hari yang mengenyangkan…. Alaaaah selalu pun kenyang juga….

Semalam (Jumaat), aku, adik ipar aku dan wife ke Ikano Power Centre…. Bukan jauh sangat dari rumah aku, 15 minit je…. Tujuan utama adalah untuk mengambil PS3 adik aku yang diservice di sana… Dah 2 minggu hantar semalam siap…. tu pun pasal aku call, kalau tak entah bila diaorang nak bagitahu… hampeh betul….. dahlah charge mahal….

A&W Ikano Power Center, Mutiara Damansara….

Adik ipar aku dah habis dah makan dia punya….

Sebelum tu ambil wife aku kejap kat Damansara Perdana… pun dekat juga dengan rumah dalam 5 minit je…. Baru ke Ikano… naik muak dah ke sana…. dulu hampir setiap hari aku ke sana cari makan lepas kerja…. semua kedai dah diterokai…. sekarang ni makan kat rumah dah sebab mak aku ada…. dia rajin sangat masak, jadi terpaksalah makan kat rumah…. Bila dah sampai dan dah pun ambil PS3 tu, teringin pulak nak minum Rutbeer Float A&W…. Best juga ni, sebab alang2 ada kat sana dan parking pun dekat dengan A&W… pa lagi singgahlah sekejap… Mula2 tu nak order float je, memandangkan adik ipar aku tak makan lagi… So, orderlah makan sekali…. aku float je…. dan kacau2 diaorang punya kentang….

Lepak depan Sony Centre…. Dengan wife aku….

Asyik SMS business lah tu… yang aku pun mulalah menyibuk juga… Hehehe….

Selesai makan, jalan2 kejap ke Guardian nak beli keperluan mak aku dan barang dressing bapa aku…. Macam2 dia pesan, sabun mandilah, shampoo lah, kapaslah dan banyak juga items…. Lepas tu lepak jap kat depan Sony Centre tengok apa gadget2 terbaru Sony….. Sambil2 tu jengok juga Outlet Crocs…. Rasa2 macam ada berkenan kat satu kasut baru…. macam kasut climbing…. best tu…. harga dah sure best juga…. nantilah takde budgetlah bulan ni….

Ye encik, mau order apa….??? Chinese tea for 3… 2 set lamb and 1 set beef ye….

Yeee… makana yang diorder dah sampai….. Chinese tea dah 2 gelas dah…. Nasib refill free….

Dalam duduk kat depan Sony Centre tu, tercadanglah pulak di fikiran nak makan steamboat…. alamak best juga ni…. wife aku dan adik ipar aku dah terangkat dah kening… Oklah, jom pergi makan steamboat…. kat Ikano ni juga kat tingkat bawah…. sama lecvel dengan A&W…. adik ipar aku dah melantak Hotdoglah, burgerlah tadi kat A&W… lepas ni makan steamboat pulak, mahu muntah kejap lagi ni…. macam aku dengan wife tak makan apa pun tadi….

Nilah wife aku yang amat memahami diri aku dan aku juga….!!!

Yang ni pulak budak yang tak reti nak kenyang2…. Dah macam model restoran pulak aku tengok….

Hidangan yang diorder telahpun sampai…. dan masa untuk makan….

Sampai kat restoran Steamboat tu, order set yang aku selalu makan iaitu Sliced Lamb Set (1 aku punya & 1 lagi adik aku punya)… Wife aku ambil Sliced Beef Set…. tambahan entah apa2 entah lagi lepas tu…. aku tambah Sliced Lamb satu…. ambil engko, makan kambing, lepas ni mahu pening ni… Tapi bagi aku, makan kambing aku takde kesan apa2 pun…. pasal aku selalu makan kambing kot…. Adik ipar aku dah pening dah…. order lagi lamb set… hehehe…. Kitaorang lepak makan dekat pukul 9.30 malam juga… lepas makan tu terus balik rumah… perut dah kenyang giler dah…. macam nak pecah…. melampau betul kali ni keluar makan…. benda tak dirancang….. Aduhai kenyangnye….Alhamdullilah….