Semalam, aku banyak urusan dan rasanye dah tak tercukup tangan nak buat seorang…. Tapi bila nak minta tolong kat family sendiri pun susah, nak tak nak, kena jugalah buat seorang…. Dah jadi tanggungjawab aku….. Antara family dan kerja yang perlu disiapkan…

Buat masa ni aku rasa tersangatlah penat dan letih sangat bila memikirkan aku sahaja yang terpaksa melakukannye…. Otak pun penat sama sekali….. Kalau fizikal yang penat, aku boleh tangani, tapi bila otak yang penat…. Aku risau…. Tapi nak buat macamana, kalau aku tak buat siapa lagi nak buat dan mak aku harapkan…. Sebab aku terlalu banyak benda yang aku perlu buat dan siapkan….

Banyak lagi perkara untuk diri aku ni aku telah abaikan…. Tanggungjawab untuk diri aku sendiri juga aku terpaksa aku abaikan…. Dan aku rasa macam masing2 ni mengambil kesempatan diri ku dan melepaskan tanggungjawab mereka…. Itu antara mereka dengan tanggungjawab merekalah…. Semuanye itu akan dicatit dan dihisab kelak…. Janji tanggungjawab aku selesai selagi kederat aku masih ada dan masih diberikan kesihatan sepenuhnye…. Doakan aku untuk menghadapinye dengan lancar dan sempurna….. Insya-Allah….