Time ni kat farmasi HUKM untuk ambil ubat mak aku….

Pagi semalam aku mempunyai banyak tugas yang aku kena selesaikan….. Malam tadi aku tak tidur sebab nak menyiapkan tugasan office yang kena submit hari ini…. nasib baik sempat siap, last minit punya pindaan…. selalu macam tu…. itu siap dalam pukul 5.00 pagi…. ahhh ngantuknye…. Lepas solat Subuh baru aku tidur…. Pukul 7.30 pagi dah kena bangun sebab nak hantar wife ke office…..

Pukul 8.30 pagi bergerak dari rumah ke Damansara Perdana dahulu, lepas tu baru aku ke HUKM untuk sambung ubat mak aku….. Dah jadi rutin aku 2 bulan sekali aku akan ambil ubat semula… Bapa aku punya ubat lambat lagi….. Sampai HUKM dah dekat pukul 10.00 pagi… Hari ni jalan jam sikit…. lagi2 dekat Mid Valley….. Nasib aku baik hari ni sebab parking aku dapat satu, selalunye mesti berpusing2 untuk dapatkan parking….. semuanye berjalan lancar….. Terus ke Klinik Perubatan 1 untuk tunjukkan persrepsi ubat untuk di sambung…… Staff Nurse yang bertugas bagitahu doktor hari ini takde sebab Hari Khamis…. alamak aku dah terlupa rupanye… mati2 aku ingatkan hari ni hari Rabu…. So, untuk dapatkan sambungan ubat untuk 2 bulan kenalah dapat kebenaran dari doktor yang bertanggungjawab dahulu…. Ok itu aku fahamlah dah…. staff nurse berikan memo kat farmasi untuk aku ambil ubat untuk 2 minggu dulu dan kena datang balik ke situ pada minggu depan untuk ambil semula ubat bagi tempoh 2 bulan pula…. tak kisahlah janji mak aku tak putus ubat….

Nombor giliran dan fail mak aku dengan segala surat dan tarikh appointment yang akan datang…..

Terus ke farmasi dengan memo ditangan… dan serahkan di kaunter untuk dapatkan nombor…. Alhamdullilah orang tak ramai…. nombor depan aku pun tak banyak dalam 4 orang je lagi…. Yang bestnye hari ni, nak dijadikan cerita…. aku bertemu semula kawan aku sama2 SPM dulu kat dalam farmasi ni…. Masa aku masuk tu aku tak perasan dia…. Time dia dah ambil ubat dia dan nak beredar keluar, aku terpandanglah mamat ni, muka macam aku kenal…. aku pun tegurlah….. dia pun macam kenal tak kenal aku…. last2 baru dia perasan yang aku kawan dia dulu…. Nama dia unik sekali bagi akulah…. Munawerruzzaman bin apa entah aku lupa…. Sebenarnye aku dah putus hubungan dengan sejak lepas SPM dulu…. bila dikira2 dah dekat 15 tahun…. lama tu, tapi aku kenal lagi dia….. lama juga kitaorang berboraklah… maklumlah lama tak jumpa….

Tapi aku sedih bila dengar cerita dia, itupun sebab aku tanya dia ambik ubat untuk siapa…. dia jawab untuk dia… rupanye dia buat operation buang separuh usus, sakit colon katanye… so, sekarang dia terpaksa pakai beg di tepi perut dia…. jadi kos rawatan tinggi juga untuk maintain penyakitnye tu….. sedih betul aku…. dulu masa sekolah dia sihat walafiat je…. dan merupakan geng baik aku…. bab agama juga aku banyak belajar dengan dia….. tersentap hati aku bila dia ceritakan penyakit dia tadi….. dekat pukul 11.30 pagi akupun minta undur diri sebab aku banyak lagi urusan nak selesaikan…. aku pesan kat dia, agar jaga kesihatan dia dengan sebaik mungkin dan kalau ada apa2 masalah suruh call aku untuk sebarang bantuan, dan aku kata akan tolong dia sepenuh hati aku…. aku pandang mata dia dah macam nak berlinang air mata, cepat2 aku buat2 lawak sikit…. Itulah lumrah kehidupan….. Sebak sebenarnye hati aku untuk tinggalkan dia tadi…..

Nampak tak mamat yang baju belang hitam tengah duduk tu, itulah kawan aku yang aku ceritakan…..

Dari HUKM aku ke Bandar Tasik Selatan sekejap untuk serahkan CD drawing yang aku siapkan malam tadi kat boss aku…. kepala sebenarnye dah macam nak blank je ni…. relaks2, singgah Petronas beli Nescafe Latte setin…. lepas tu baru gerak ke BTS….. jumpa kejap dan bincang drawing… pukul 12.20 tengahari settle…… tunggu apa clien kata je petang ni….

Tugasan aku masih belum selesai, ada 2 lagi kerja yang belum terlangsai iaitu nak pergi CIMB tukar kad ATM baru, sebab yang lama terpatahlah pulak…. terpatah kat area sim pulak tu…. nak taknak kena juga tukar… hehehe… maklumlah duit sewa rumah aku kat Sri Kembangan masuk dalah akaun tu setiap bulan (nanti aku ceritakan tentang rumah aku di sana dalam next entry)….. Tukar kad baru CIMB charge RM15.00…. oklah tu…. settle kerja yang dah lama tertunggak….

Last sekali tugas aku hari ni… ambil adik aku Anor kat Mid Valley, dia dari kolej dia di Sepang (yang aku hantar minggu lepas)…. Malas nak ke Sepang jauh sangatlah….. so, aku suruh dia ke Mid Valley je… nanti aku pickup kat sana….. Pukul 2.00 petang dia sampai dan terus bawa balik ke rumah aku di Damansara….. Aduhai…. penat giler aku hari ni……

Sampai je kat rumah, boss call ada pindaan atas pelan yang dibuat…. macam2 pulak kerenah clien kali ni, macam2 pulak dia suruh tambah….. ni mesti nak lambatkan payment atas pelan tersebutlah ni….. hampeh….. macam tulah cari rezeki….. takdelah macam sesetengah orang senang je dapat duit dari orang lain tanpa melakukan kerja….. makan suaplah namanye tu…..

Malam ni tadi ada lagi beberapa perkara yang aku kena buat, kali ni untuk urusan wife aku pulak…. mula2 tu ke Sri Damansara, kemudiannye ke Taman Tun Doktor Ismail (TTDI)…. Pukul 9.00 malam baru sampai rumah balik…… Sampai rumah ada lagi tugasan aku untuk mak aku dan bapa aku pula…. mak aii… banyak juga perkara yang aku buat untuk hari ini….. mahu demam aku esok ni…..