Hari Jumaat (17 Julai 2009) malam yang lalu, adik aku datang rumah bawa 2 ekor ayam panggang yang dibelinye dari pasar malam kat Damansara Damai….. Dia beli kat pasar, lepas tu dia bawa kat rumah aku dan suruh mak aku yang masak…. Menu : Masak Lemak Cili Padi Ayam Panggang…. Hampeh punya adik… bukan dia yang masak siap2 dan bawa ke rumah aku untuk mak aku dan abang dia…. Mak aku juga yang jadi mangsa…. Tapi aku rasa dia ada pakatan dengan mak aku ni…. kalau tak meski pokok bergoyang kalau takde angin…. ayat tak hengat…..

Jadi malam tu diaorang masaklah bersama… lantaklah janji lepas ni dapur aku korang kemas balik…. Aku macam biasa akan menemankan mereka2 yang tak buat kerja…. Melayan anak buah aku yang kecik Si Melly…. Tergendala kerja2 drawing aku…. Orang lain yang masak dia yang paling sibuk kat dapur…..

Seperti biasa Si Melly tengah menyepahkan rumah pakngahnye…. Ini entah apa2 yang dibuatnye….

Bapa akupun ikut serta dalam majlis ni… ayat tak hengat lagi…..

Selesai je masak, majlis memakan apa yang dimasak pun bermula… Kenyang makan malam pun tak habis lagi…. diaorang boleh makan lagi… isshhh… isshh… ohhh lupa diaorang belum makan lagi…..

Melly pun sibuk juga nak makan… tapi makan ayam je…. lauk mak aku dia tak boleh makan… pedas…… Confirm nangis nanti…..

Bila dah kenyang diaorang lepak kejap borak2 sambil tengok TV…. dekat pukul 1.00 pagi baru gerak balik….. Aku macam biasa masih ada kerja yang belum disiapkan… Drawing hari tu, ada pindaan lagi…. Dekat pukul 4.30 pagi baru masuk tidur…. Yang lain semua dah tidur dah…. Apa program aku ye esok… entahlah aku nak settle satu2 dulu…. yang penting drawing kena siapkan….. Oklah Arios Amigos….