Dengan muka yang tak cukup tidur aku balik ke kampung… Kampung ker….???
Selasa minggu lalu, aku terpaksa balik ke rumah keluarga aku di Banting… Tapi sebelum tu aku kena ke HUKM dahulu untuk ambil ubat mak aku seperti rutinnye 2 bulan sekali (cuma hantar persrepsi ubat dulu, ambilnye lain kali)…. Dari Damansara seawal 8.00 pagi, hantar wife dulu ke Damansara Perdana (office)… Tak jauh pun…

Kemudian bertolak terus ke Banting melalui Lebuhraya Utara Selatan….. lepas tu keluar ke Highway Kesas dan terus susur keluar Johan Setia, Klang…. Sampai je Pekan Banting, mata aku akan memerhatikan beberapa kedai yang akan aku singgah hari ini…. kerana ada beberapa perkara dan kerja di rumah yang perlu aku settlekan…. Kali ini aku balik seorang sahaja, anak buah aku mula2 tu janji nak ikut… last2 minit baru bagi tahu tak dapat ikut, kena ke sekolah (baguslah kalau ke sekolah, atau cari alasan malas nak ikut aku buat kerja)… selalu tu ponteng takpe pulak, time2 betul2 memerlukan pulak ada je alasan…. baguslah kalau ke sekolah, moga dapat keputusan yang membanggakan macam kakaknye….

Muka tak cukup tidur sebenarnye… Aku kena buat drawing untuk office malam tadi… Tidur pun lepas sembahyang Subuh… Kepala pun dah macam nak blank je….

Jalan susur keluar melalui Johan Setia, Klang…. Dah nampak signboard dah….

Haa nampak tak tu….!!!! Itulah subject untuk entry baru aku tak lama lagi…. cerita seram yang ke empat….

Sebelum sampai rumah aku singgah sekejap di tempat basuh kereta… Basuh kejap kereta yang dah berkeladak dengan debu pada body kereta…. Maklumlah ikut Highway Kesas, banyak lori bawa tanah…. Aku pulak jenis tak suka tengok kereta tak kilat… Rasa rimas je nak bawa…. Sampai rumah dah dekat pukul 10.00 pagi…. Check surrounding rumah kejap, tengok kalau ada apa yang tak betul….

Nombor satu yang aku nampak – rumput dah panjang…… kena tebas ni…. (Kena call orang mesin rumput)… tapi sapu rumputnye aku….
Kedua – banyak daun berterabur dalam ruang rumah…. kena sapulah jawabnye…..
Ke tiga – bila berjalan dalam rumah, angkat kaki tengok tapak, mak aii hitam…. kena mop lantailah aku….
Ke empat – daun banyak kat longkang… kena sapu kasi bersih….
Ke lima – daun banyak dekat salur hujan…. jawannye kena panjat atas bumbung untuk kutip daun takut tersumbat dan mengakibatkan air masuk ke dalam rumah….
Ke enam – bilik air berhabuk… kena cuci lepas tu…
Ke tujuh – banyak rumput2 halus celah2 tar depan rumah…. kena buang dan cabut satu persatu… melecetlah kulit jari aku lepas ni….

Itu kerja2 maintainent wajib kalau aku balik Banting….. Yang ni pulak kerja yang kena buat, pesanan dari boss rumah ni (mak akulah)…. sebab tu aku kena balik Banting juga….

Pertama – Angkat sofa (1 + 2+ 3) kat rumah tepi bawa ke rumah sebelah…..
Ke dua – Angkat meja makan (yang ni memang berat sebab kayu jenis Nyatuh) pun bawa ke rumah sebelah…. patah pinggang aku ni….
Ke tiga – Cari kedai nak repair sofa dan kerusi meja makan yang akan diangkat kejap lagi….
Ke empat – Kena sapu rumah tepi sebab dah berabuk sangat….

Apa2 hal pun tugas pertama, aku kena keluar semula ke Pekan Banting cari kedai repair sofa…. aku dah survey dah kedainye dulu… cuma nak confirmkan balik material yang sesuai dan harganye… Aku dah tangkap beberapa keping gambar untuk tunjukkan pada tauke kedai tersebut…. Aku keluar kejap lepas dah check rumah… dekat 2 jam juga aku keluar nak confirmkan material sofa mak aku ni…. Dah confirm lepas tu terus balik ke rumah sebab cina kedai sofa tu nak datang ambik sofa…. aku singgah kejap gerai tepi jalan beli sarapan pagi…. maklumlah takde siapa yang akan masak di rumah….

Kereta dah bersih… hati dah senang dah….

Nilah sofa (1+2+3) mak aku…. Umur dah 21 tahun dah… sejak adik aku Anor dilahirkan…. Metarial lama ni memang tahan lama, kalau sofa sekarang dah lama dah reput….

Gambar sofa di atas ni adalah contoh metarial yang aku pilih untuk sofa mak aku…. Kalau siap nanti macam nilah rupanye…. Harga kain ni yang paling mahal dalam contoh yang kedai tu ada…. Kain yang tahan lama…. Untuk sofa sahaja RM1500.00 dan untuk kerusi meja makan RM720.00 dan total semuanye RM2220.00 – RM20.00 (Diskaun lagi)… Final Price :RM2200.00… Itu pun kongsi2 dengan adik aku Azu…. Siap dalam masa 2 minggu…. sempat bawak raya ni….

Cina kedai sofa tengah menunggah sofa mak aku ke dalam lori….

Adalah dalam setengah jam lepas aku sampai rumah.. tengah kemas2 apa yang patut, lori kedai sofa tu sampai…. cantiklah…. jadi aku boleh buat kerja yang lain pulak…. Bye2 sofa lama…. Settle je diaorang angkat, mata aku dah terpandang rumput yang panjang tu…. call mak aku suruh dia call brother yang biasa potong rumput rumah ni…. aku takde nombor phone dia…. mak aku call aku kata brother tu boleh datang pukul 4.00 petang…. Ok…. No hal…

Aku sarapan dulu, lepas tu start buat kerja yang aku listkan di atas tadi…. Sapu sampah seluruh rumah, mop lantai…. buang daun2 yang banyak kat atas salur hujan dan sebagainyelah…. Rasa nak pitam juga rasanye…. Maklumlah buat sorang2…. lambat sikitlah nak siap…. Dalam pukul 4.20 petang tu brother potong rumput sampai… bagus2…. aku pun ada kerja lain yang belum buat lagi ni….. Meja makan kat dalam rumah tepi belum bawa masuk ke rumah sebelah…. Kenalah angkat sorang2…. dahlah besar meja tu (meja 8 orang)….. dengan tenaga yang ada, baca apa yang patut aku angkat sorang2 meja tu…. takut je terkehil pinggang…. Alhamdulillah semuanye berjalan lancar….

Nampak tak rumput rumah tepi dah panjang sangat dah…. jarang panjang macam ni kalau mak aku duduk kat sini….

Brother tu tengah mesin rumput…. Dia ni parttime je potong rumput…. Dah biasa dengan dia, dah bertahun2 dah…. Satu padang ni RM15.00…

Dah pendek dah rumput… tapi banyak daun dari pokok sena kat depan rumah…. Ni nanti nak kena sapulah pulak…. Siapa yang sapu, aku juga…..

Dalam masa brother tu potong rumput, boss aku call pasal drawing malam tadi… ada lagi pindaan yang perlu dibuat…. nasib baik tak banyak… dan nasib baik aku bawa laptop dan brondband…. bolehlah aku email kerja tu…. tak lama lepas tu, brother tu settle kerja memotong, aku bayar upah… lepas tu ulalah tugas paling penat iaitu menyapu rumput yang dah dipotong….. kerja paling leceh yang selalu aku dan mak aku buat dulu sampai sekarang…. adik beradik aku yang lain tak pernah buat aku rasa kecuali Anor…. itu pun buat ramai2 jadi cepat sikit siap… tapi hari ni aku kenalah buat sorang2…. penat siot sebab dah lama tak menyapu sampah rumput…. nombor satu yang terasa sangat adalah pinggang….

Tengah curi2 masa menyiapkan kerja drawing….. sementara orang potong rumput…..

Kerja menyapu sampah rumput bermula…. kenalah buat sorang2…. yang lain tak nak tolong….

Dah settle sapu dan longgok rumput tersebut…. kerja menyutip masuk dalam plastik beg pulak…. hari hasil kutipan aku mencecah 5 beg…. kalau duit tu sedaplah juga…. angan2 je lah…. rumput tu aku longgokkan pulak depan padang rumah… kat situ ada tempat makcik2 sekeliling letak dan bakar sampah…. nak buat baja kata diaorang… ok… jadi tak payahlah aku tunggu lori angkat sampah ambil…. yelah bukannye sampah rumah cuma rumpuh dan daun2 je…. bagus juga idea makcik2 ni….

Tugasan akhir aku petang tu, mencabut rumput2 halus di tar depan rumah…. ni pun kerja2 yang leceh dan tension…. tapi bagi aku dah biasa buat dah…. yang tak biasanye bila jiran2 lalu bertanya khabar mak dan bapa aku…. terhenti seketika kerja tadi…. sambung balik kerja, lepas tu sorang lagi datang bertanya khabar…. berhenti baliklah jawabnye…. petang tu dekat 10 orang yang lalu bertanya kat aku…. rasa macam nak akan je dalam rekoder lepas tu playkan balik…. sebenarnye aku ni, kalau dalam perumahan aku ni semua orang kenal… sebab aku selalu ikut bapa aku pergi kenduri dulu… so, ramailah yang nak singgah bertanya…. macam jejaka pilihan Malayalah pulak….. yang angkat tangan jangan cakaplah… punyalah ramai…. dah rasa macam DO masuk kampunglah pulak…. siap yang lambai2 pun ada…. kalau yang lambai tu awek takpelah juga, tapi yang ramai lambai makcik2 kawan mak aku…… hehehe…. layan je, macam tulah kalau hidup bermasyarakat…..

Settle kerja aku hari ni, itu pun dah Maghrib dah…. Check balik keliling rumah simpan dan kunci apa yang patut…. masuk dalam rumah bersihkan diri dan mandi….. Sebenarnye aku mengemas rumah mak aku hari ini sebab ada orang nak sewa rumah yang sebelah tepi… dulu ada staff nurse Hospital banting sewa, dah keluar dah 2 bulan lepas…. So, sekarang ni ada orang baru nak sewa, dia kerja kat Maybank Banting, tapi ada rumah kat Klang ke Shah Alam aku tak ingat…. Jadi dia malas nak berulang-alik, maka dia nak sewa je kat sini senang…. Aku mula2 tu tak berapa setuju nak disewakan kat orang, yang hari tu pun macam2 perangai diaorang buat….

Kali ini orang yang berkahwin dan ada anak seorang kot…. Tak kisahlah janji ada orang kat rumah aku ni, boleh dia tengok2 kat rumah sebelah…. Janji malam ni dia nak datang rumah, pengabihnye tak dapat datang sebab ada hal emergency…. ok takpe aku serah kunci kat anak jiran aku yang rekomen penyewa ni… sebab kawan dia…. mungkin esok kot dia masuk tengok rumah… tapi memang dia dah setuju nak masuk dan nak bayar deposit lagi…..

Yang aku pun siap2 apa yang patut, pukul 10.30 malam juga aku bertolak balik Damansara dalam keadaan lapar dan penat yang amat sangat….. Itulah susahnye kalau dalam keluarga cuma ada seorang je anak lelaki….. tugasan dan tanggungjawab yang takkan anak perempuan fikir tentang pembahagian masa dan tanggungjawab yang berada di bahu….. Apa2 pun tugasan atau kerja2 yang dipertanggungjawabkan ke atas diri kita, semuanye perlukan keikhlasan yang amat mendalam di dalam hati kita… kalau semua ni takde atau diawang2an je, semua kerja yang dibuat akan berkata di hati dan berkira2 untuk melakukannye…. bagi aku semua tu aku tolak ke tepi, yang penting tanggungjawab aku dengan family dan mak bapa aku selesai…. Mudah-mudahan diredhai Allah….. Aku tak suka orang yang bermuka2, itu semuanye palsu belaka…. Minta dijauhi dengan perkara2 tersebut…. Insya-Allah…. Huyuuuu kerja aku dah siap…..