Dengan ikan pun jadi untuk berposing…. Jurugambar wife aku… Hehehe… Rajin pulak dia malam ni nak pegang kamera aku…
Petang semalam seperti biasa kat area Kampung Penchala ni akan adanye pasar malam setiap hari Rabu…. Pasar tersebut merupakan salah satu pasar malam favorite aku selain pasar malam di Taman Tun Doktor Ismail (TTDI)…. Sebab bestnye pasar Penchala ni adalah barangan yang dijual merupakan barangan2 kampung seperti pucuk ubilah, ikan pekasamlah, jeringlah dan macam2 lagi…. Tapi aku akan ke sini untuk membeli ikan sungai, aku bukan minat sangat ikan sungai… banyak tulang…. Tapi memandangkan bapa aku sekarang ni duduk kat rumah aku, maka menjadi rutin untuk membelikannye ikan sungai untuk salah satu menu harian…. Bapa aku memang gemar makan ikan sungai dari kecil lagi…. Kalau tak goreng, buat masak lemak berlada atau masak lemak tempoyak….

Ikan sungai yang telah dibersihkan dek aku….

Macam2 jenis ikan sungai ada kat pasar ni…. Tapi aku selalu beli ikan lampam sungai, ikan terubul, ikan tengas atau ikan seluang…. yang selalu ada ikan lampam sungai…. kalau yang lombongnye tak sedap rasa lumpur…. Aku kalau beli memang banyak, pernahlah beli sampai 6 kilo… buat simpan…. sampai habis atas meja penjual… dan diaorang pun dah kenal dengan aku…. sampai diaorang heran apasal aku beli banyak sangat…. Kali ni aku beli sikit je cuma 2 kilo je… itu pun sebenarnye dah banyak dah…. untuk bapa aku seorang je… aku dan family aku yang lain tak minat….

Sampai je rumah seperti biasa aku akan menyiang ikan…. cuma bersihkan untuk kali kedua… kat pasar tadi diaorang dh buang perut dan buang sisik dah…. tapi bukan bersih sangatpun… so, tugas membersih tu aku yang punya…. mak aku suka aku buat sebab aku buat selalunye terlampau teliti sampai sekeping sisik pun tak melekat kat badan ikan…. mana aku tahu, dah itu cara aku….

Nak dekat sejam juga aku menbersihkan ikan tu…. Dah settle bersihkan masukkan dalam bekas dan simpan kat dalam frezzer…. Bila nak pakai baru ambil….. Yang lecehnye bersihkan ikan sunagi ni, tangan dan sinki dan confirm berminyak dek lemak ikan…. dan bau dia perrhhh manyak mangi oooo…. Satu lagi yang aku suka dengan ikan sungai ni, bukan makan ye… telur ikan tu sendiri… walau pun tak banyak tapi kalau ada memang sedap…. telur dia berwarna hitam kehijau2an, tapi lepas goreng ia jadi colour kuning keemasan…. memang best….. kali ni dapatlah sikit buat merasa je….

Welcome to my Hell’s Kitchen… opss silap Chilabaey’s Kitchen….

Dek sebab dah bagi tahu kat bapa aku yang aku beli ikan sungai, dia pun senyum je bila dengar… maka malam tadi aku minta wife aku gorengkan 2 ekor bersama telur ikan tadi…. belum lagi siap bapa aku dah tanya, dah ada ker..??? Sabo2 menantu tengah goreng lagi…. hehehe….

Proses menggoreng ikan malam tadi….. Wife aku pakai periuk kecil je… Malas nak berminyak sangat dapur….

Ikan dah siap goreng… Boss dah tunggu kat meja makan….. Perut pun dah lapar, apa lagi bedallah…. Hehehe….

Bapa aku je makan seekor setengah…. Yang lain tu aku makanlah… mak dan wife aku tak makan, tak minat…. aku berdua jelah dengan bapa aku… Dah settle makan disulamkan dengan pencuci mulut, buah2an kampung…. Tadi kat pasar aku ada beli buah manggis dan buah dragon fruits.… tadi aku makan manggis dulu…. Dragon fruit simpan dalam peti ais kasi sejuk… baru sedap makan…. Oklah itu je aktiviti aku malam tadi…. Lepas ni hari Jumaat nak pergi Pasar Malam kat Damansara Damai… Kat sana pun best juga kalau nak belia buah2an kampung…. Arios Amigos….